• Mari Berdoa

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    "I am not worried about whether my du'a will be responded to, but rather i am worried about whether i will be able to make du'a or not. So if I have guided (by Allah) to make du'a, then (I know) that the response will come with it."

    (Saidina Umar Ibnu Al-Khattab)

    Alhamdulillah, sahabat-sahabat, moga sentiasa dalam keadaan sihat iman, berusaha bersungguh-sungguh untuk dekatkan diri kita dengan Allah. Sungguh hidup kita tak lama pun, tambah pula kita tak tahu bilakah mungkin ajal kita. Boleh jadi hari ini, esok atau lusa. Allahua'lam. Ingat, umur untuk mengganda pahala, bukan mengganda dosa. Peringatan untuk diri.

    Alhamdulillah, tenang bila membaca bait kata-kata "Doa Yang Tertangguh", terpamer di wall facebook ana perkongsian kiriman sahabat ana. (Uih, da lama tak bahasakan diri 'ana', huhu). Tenang bila bait-bait kata-kata itu memujuk lembut hati ana yang baru menangisi saat solat Dhuha tadi. Ya Allah letakkan hatiku meyakini Mu sepenuhnya.

    Alhamdulillah, hampir sebulan lebih ana mengajar mengaji al-Quran. Ana pernah letakkan hasrat ini ketika ana di tahun akhir pengajian dulu. Ana cakap, "nati balik kampung teringin sangat nak ajar mengaji al-Quran." Ana tak pandai pun nak ajar orang, tapi dengan mengajarlah ana belajar. Itu suatu nikmat. Alhamdulillah, masa hujung minggu Allah beri peluang untuk ana meraih pahalaNya. Moga Allah redha.

    Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki, ana luangkan masa malam ana dan kadang-kadang hujung minggu untuk buat locum di private klinik. Kerap juga. selalunya 3-4 kali seminggu, kadang-kadang boleh jadi 6 hari seminggu, lembik juga tapi Allah kan ada untuk beri kekuatan.

    Last sekali, umur cang gini, terasa lah sangat nak kawen bila staf ana mostly memang dan berumahtangga, setiap hari cerita pasal anak mereka yang semua cumil-cumil, tambah plak ada 2 orang staf yang baru pregnant, wah, teringin nak kawen dan nak ada anak. Hmmm, mikir panjang ana...

    Sekian sahaja untuk hari ini. Moga sahabat-sahabat saya sentiasa tenang dan bahagia bersama Allah. ;)

    "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk."

    (Quran, Al-Baqarah :186)

    Wallahua'lam.

    p/s :x tahu ape tajuk yang sepatutnya.




0 comments: