• Allah Itu Maha Mengetahui

    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
    Assalamu'alaikum wbt


    "Abang tak kan jumpa perempuan sebaik zira." Kataku kepada suamiku.

    "Sayang tak kan jumpa lelaki sehebat abang." Kata suamiku kepada ku.

    Kami sama-sama gelak. Senyum seiring dan kami bahagia. Bahagia setiap kali bersama, rindu setiap kali berjauhan.(pergi kerja je pun)

    Bukan kami membongkak diri. Hanya cuba mengatakan sesungguhnya yang digariskan Allah, yang ditentukan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.

    Aku sedar, lebih ramai perempuan yang jauh lebih baik berbanding diri ini cuma aku adalah yang terbaik buat suamiku dan insan yang mampu menjadi lebih baik atas didikan sabar insan seperti suamiku.

    Hebatnya dia kerana tingginya sifat sabarnya.

    Sudah tentu kita mengerti Allah itu Maha Mengetahui. Bukan hanya pada perkara yang sedang berlaku tetapi Allah Maha Mengerti apa yang telah berlaku, perkara-perkara yang masih belum berlaku. Semuanya di dalam pengetahuan Allah.

    Perjalanan ini masih panjang andai umur ku masih panjang

    Dugaan dan cabaran terlalu banyak dan banyaknya aku tersungkur, gagal melepasi ujian-ujian.

    Ramadhan makin hari makin berlalu pergi.
    Banyak yang aku tak mampu untuk berterusan. Istiqomah. Aku sedang mencuba Ya Allah.

    Tunjukkan lah aku jalan yang lurus, bantulah aku berada di jalan yang lurus hingga aku menemuiMu dalam keadaan suci bersih dan Engkau gembira dengan Kepulanganku.

    p/s : Mengharapkan pertukaran secepat mungkin berlaku. Tidak ingin terus berada di tempat tinggi ini. Tempat tinggi ini tidak sesuai dengan jiwaku.
    Takkan sesekali aku ulangi lagi mendaki tempat2 yang tinggi ini.
    Wahai diri, sungguh ada hikmah yang besar Allah ingin ajarku di tempat tinggi ini. Maka redha dan bersabarlah.

    Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui


0 comments: