• Satu Cinta

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

    “Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. 
    (az-Zumar: 53-54)

    Aku kembali meniti bait-bait huruf pada papan kekunci ini untuk kembali mengisi ruang taman syurga ciptaan ku yang kian menyepi dek sepinya perasaan, oleh gelisahnya hati yang merasa. Entah apakah perasaan yang tercalit di dada. Perasaan yang terlalu asing, kadang-kadang gembira namun seringnya menangis dek ketakutan yang melanda. Perasaan yang cukup berbeza, aku insafi diri, siapa aku, ruang hidup yang tidak lama lagi bakal disempit dan tiba ke penghujung, memintas ruang aqal untuk berfikir ruangan kehidupan seterusnya, hakikat yang begitu sukar dan takut kerana dosa yang banyak terpalit, kini seolah-olah baru tersedar dari mimpi dan lamunan yang panjang, hakikat perjalanan akan tetap berakhir walau mungkin dalam masa yang singkat, walau mungkin dalam masa yang lebih lama kurniaan Allah.

    Namun hakikat diri sebagai khalifah Allah tidak harus ku lupai. Taklifan yang cukup besar yang di berikan namun usaha yang sangat kecil yang ku lakukan, komitmen dari segi masa, tenaga dan harta begitu kecil yang ku luangkan namun seringkali bermegah-megah aku lah yang paliing banyak berkorban, pengorbanan yang seringkali diluah dengan berkira-kira dan inginkan balasan pengakhirannya malah di pertengahan jalan, nilai perjuangan yang lebur apabila dilihat dari sudut keihklasan, maka apakah lagi yang tinggal??? 

    Hanya kerana kasih sayang Allah, DIA masih melihat aku sebagai hamba yang harus diberi dan di beri nikmat, kesenangan, kekuatan, kemewahan, pertolongan, kecemerlangan dan segala-galanya. Andai sifir Allah satu berbalas satu, satu ku beri pada DIA maka satu yang ku dapat dari Nya, maka aku lah insan yang paling miskin harta, aku lah insan paling bodoh dalam ilmu pengetahuan, aku lah insan yang sangat lemah kekuatan, aku lah insan yang sangat fakir segala kenikmatan dan kelebihan, kerana apa yang ku beri tidak layak dan bernilai langsung dalam pengiraan besarnya nikmat Allah yang memberi pada ku. Apa yang ku usaha kan, tidak bermanfaat pun untuk Allah dan Allah tidak meminta apa-apa manfaat daripada ku kerana aku tidak akan terdaya memberi manfaat kepada Allah. Usaha ku mendekati Allah memberi kembali manfaat kepada ku sendiri. Lagu ini khas buat DIA, satu Cinta yang ku rasai.^^. =)

    Satu Cinta
    Album : Satu Cinta

    Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
    Ampunkanlah segala dosa dalam diri
    Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
    Pendirianku
     Keimananku.

    Engkau satu cinta
    Yang selamanya aku cari
    Tiada waktu ku tinggalkan
    Demi cintaku kepada-Mu
    Walau seribu rintangan
    Kan menghadang dalam diri
    Ku teguhkan hati ini
    Hanya pada-Mu
    Ku pasrahkan

    Oh Tuhan
    Selamatkanlah hamba ini
    Dari segala fatamorgana dunia
    Oh Tuhan
    Jauhkanlah hamba ini
    Dari hidup yang sia-sia

    Kini baru ku mengerti apa makna mengingati mati. Bukan tidak pernah ku ingat tentang kematian, namun rupanya bukan sekadar mengingatinya, menghayati dalam erti kata "aku akan mati" itulah lah penghayatan yang sebenar-benarnya kata-kata yang takut untuk dirasai, takut untuk menghadapi, membawa aku lebih berhati-hati dalam berkata-kata dan beramal. Moga Allah terus-menerus menghadirkan penghayatan kematian ini dalam ruang masa hidupku ini yang mungkin akan berakhir hari ini, esok, minggu ini, bulan ini, tahun ini, sedekad ini mahu pun seabad ini. Wallahua'lam.

    Setiap impian, angan-angan dan masa depan yang di lontarkan oleh keluarga dan kawan-kawan membuatkan aku terfikir dan berbisik di hati,

    " wahai insan yang menginginkan janji, aku tidak mampu untuk meletakkan janji, memberi janji lagi kerana aku tidak pasti masa dan ketika yang dijanji kan itu, masihkah aku wujud di sini, maafkan aku. Moga Allah memakbulkan segala impian dan angan-angan indah ini walaupun ketika itu aku sudah tiada, moga ketiadaan aku tidak mencacatkan angan-angan dan impian yang di bina. Allah itu Sempurna, Maha Kuasa, Memiliki segala-galanya, mintalah dariNya, moga apa yang baik akan diperkenankan oleh Nya. Dan jangan meletakkan harapan pada ku kerana aku tidak ada apa-apa yang mampu ku berikan. Moga kita semua berbahagia mencari cinta NYA. Maafkan aku."

    " Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya "

    -Assyahid Hasan al-Banna-

    Wallahualam.

    p/s : Maaf, entry yang tiada hala tuju. Sekadar bait-bait yang bercantum di minda lalu di loretkan di sini, insya Allah akan cuba menghasilkan entry lagi yang lebih bermanfaat buat diri dan pembaca selepas ini. Andai kesempatan itu masih ada. Aku ingat bulan Jun ni aku tidak akan menulis apa-apa entry, rupanya Allah masih membuka hatiku untuk menulis di sini.

    Buat K cah dan yr 5 dental yang lain : 
    Tahniah2, da jadi Dr da akak2..Alhamdulillah, tahniah, kamu semua sudah lulus dengan cemerlang. K cah, teruskan perjuangan ye. Jangan terlalu menunggu saya. Saya akan mengikuti akak, mencari jejak akak sekiranya masih di panjangkan umur.^^. Impian kita bersama untuk melancong ke seluruh dunia bila sama-sama berada di alam kerja nanti. Insya Allah.

    Buat kawan-kawan satu batch :
    Andai masih ada ruang kehidupan buat kita, moga bertemu di tahun 5. Tahniah2, semua da lulus exam. Alhamdulillah. Tahun 5 yang lebih mencabar, sempatkah aku berada di situ??? Andai tiada kesempatan, moga-moga K Liyana tabah menyiapkan our reseacrh project alone, thanks a lot jadi partner research yang baik, jd kawan study group yang mantop sejak 2nd yr lagi.^^

    Buat Mariah,
    Allah sentiasa ada bersamamu, melihat usaha gigihmu untuk kembali mencari DIA. Moga Allah menyembuhkan kembali luka pada hatimu.

    Buat yona and the geng, yr2 and also yr 1
    Good luck untuk exam nati. Allah sentiasa bersama mu. Jangan risau, jangan stress.

    Buat Ukhti Al-Faqirah :
    Syukran ukhti. I'm not too good, too perfect as you think. Kalau nak contohi akk, ambil la yang baik. Ambil juga yang buruk then turn into 180 degree, jadikannya kepada perkara baik. Akk tak mampu mencontohi insan-insan terpilih seperti Siti Khadijah, Siti Aishah dan yang lain-lain kerana akak tak kenal mereka, tak dapat menjiwai siapa mereka walaupun akak membaca perihal mereka. Apa yang mampu adalah jadikan sahabat dan teman sekeliling sebagai contoh yang baik. Contohi kebaikan sahabat, berusaha menjadi sebaik dan lebih baik seperti mereka, ambil juga keburukan daripada mereka untuk peringatan buat diri. Jangan mencari insan yang kelihatan baik sahaja, kerana setiap insan yang akak kenal atas muka bumi Allah ni masing-masing ada baik dan buruk. Andai awak memiliki 10 orang kawan dan teman. Awak da dapat 10 kebaikan deorang, dan 10 keburukan deorang. Jumlah yang awak dapat adalah 20 kelebihan sebenarnya dengan hanya berkenalan dengan 10 orang kenalan dengan mengira setiap manusia ada 1 kelebihan, ada 1 kekurangan. Mengertikah sifir akak ni??? Haha..

    ~Kerana Satu Cinta ini menemukan aku dengan banyak cinta-cinta, Alhamdulillah~

    Wallahua'lam.

12 comments:

  1. ::arusah:: said...

    النعمة وحشية فقيدوها بالشكر

    nikmat itu buas & perlu di ikat dgan syukur..
    alhamdulillah..::secantik anugerah::..
    insyaallah ur turn to be Zira

  2. .::SECANTIK ANUGERAH::.
    =)

    Syukran kak cah..

  3. incik said...

    buat saya pulak kak?
    hiihii...
    insyaAllah..pjg umur..kita ketemu lg ye..=)

  4. Buat incik...haha
    Andai panjang umur, moga boleh ke temu keluargamu, boleh bertemu dan berkenalan dengan diknor.. =).

    Akak da xjadi jiran depan bilik awk daa~..

  5. Anonymous said...

    Buat kak azira :)..

    I'm speechless..semuanye menjadi satu~jazakillah..mgkn masih ad ruang2 dihati ini utk menilai kembali diri disebalik hadiah shbt2 yg Allah hadirkan dalam hidup ini..

    syukran kathir :)

    farihah

  6. Buat ukhti al-Faqirah @ Maziah Farihah..
    Haha..
    U know, akk pun da curi scr diam2 kelebihan y ade pd awk.."Curi" dlm erti kate awk tidak kehilangan tetapi akak perolehnye dr Allah melalui awk..

    Syukran ukhti krn hadir dlm hidup ini, spt dulu akk pernah katakan, akk mengenali awk bkn sebab **a** akak tp akk terima hubungan ini krn Allah, moga ukhuwah ini berkekalan krn Allah, moga bertemu di syurga DIA kelak..
    =)

  7. incik said...

    eh..eh..akak nak lari pergi mane pulak?alaa...nanti pagi2 sy nak tunggu saper lagi...T_T..akak..silalah jangan lari...

  8. xde tempat untk akk kt K1 la..hehe..
    So, akk trpaksa pergi..huk huk huk..

    Awk xpyh tggu sape2..awk bngun, terus je g toilet, awk kan prmpuan macho..hep hep hep..haha
    Allah sentiasa bersama awk, moga2 DIA memelihara awk drpd syaitan dan iblis, manusia dan jin yang mgkn dtg mengganggu awk..insya Allah..

  9. mariah said...

    salam k azira. hihi dalam ayat akak tu.:).apa-apapun, syukran akak...ingat-ingat n doakan la saya selalu. insyaAllah saya akan ingat akak sebagai tempat utk saya mengacau...hehe;)

  10. wslm mariah..
    afwan, insya Allah akak akn slalu mendoakan awk dan shbt2 semua..

    kalau awk ingt akk sbg tmpat awk mengacau, akk lg la ingt awk org y slalu kacau akk..haha..blog awk da sihat ke skrg?? hehe.. xpe2, awk bkn hny pakar dadah, da jd pakar blog jgk~.

  11. yona said...

    salam,akak baru je abes exam td..moga kejayaan itu menjd milik saya.. doakan saye=) n thanks for the wish..hehe,,sory lame x on laptop da

    p/s: sedang mencari satu cinta itu,moga dipertemukan~

  12. wslm yona..
    Insya Allah kejayaan milik awk dan semua..ameen..
    biase la tu, time2 study mane boleh bkak laptop, nati xstudy plak..haha..akak fhm..

    Moga awk ketemu satu cinta itu dan memilikinya serta menghargainya..