• Satu Cinta Satu Rasa

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    Rasulullah s.a.w bersabda:

    "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat: kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan kerana agamanya, maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."

    (Hadis Riwayat Muslim)


    Indahnya cinta antara kita
    Walau masih belum bertemu,
    Kita yakin dan puja pada yang SATU
    DIA memberikan cintaku buatmu
    DIA juga memberikan cintamu buat aku

    Indahnya cinta kita
    Walau masih belum bertemu
    Perantara kita adalah Pemilik cinta
    Walau kita saling tidak melihat
    Namun aku yakin engkau untukku
    Dan aku untukkmu

    Indahnya cinta kita
    Walau kita masih belum bertemu
    Namun hakikat
    Hati kita sudah terikat
    Oleh tali Allah yang cukup berkat
    Dalam satu simpulan yang rapat
    Yang saling menguat
    Melintas dunia hingga ke akhirat.

    Indahnya cinta kita
    Adakah benar kita belum pernah bertemu
    Aku yakin kita sering bertemu
    Di rumah Allah yang penuh barakah
    Di bumbungi malaikat melimpah rahmat
    Di setiap malam yang hening
    Saat tangisan itu hanya DIA yang melihat.

    Indahnya cinta kita
    Aku yakin engkau untukku
    Dan aku untukmu
    Seperti mana nilai aku di hadapanNya
    Begitulah juga nilai mu di hadapanNya
    Aku impikan engkau yang jauh lebih baik dariku
    Dan aku yakin engkau mengimpikan aku yang lebih baik dari mu
    Aku berusaha untuk mendapat engkau
    Dan engkau juga berusaha mendapatkan aku
    Di hadapan Allah kita berlumba-lumba untuk mencariNya
    Dan insya Allah kita akan bertemuNya
    Pada ketika itu aku dan kamu akhirnya bersama
    Dalam cinta dan dakapan yang Maha Esa.

    Indahnya cinta kita
    Memuja yang SATU
    Merindui yang SATU
    Mendambakan yang SATU
    Lihatlah betapa sepadannya kita
    Kerna kita
    Punya satu cinta satu rasa

    Rasulullah s.a.w bersabda :

    "Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinilah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar."

    (Hadis riwayat Al-Tirmizi)

    Wallahua'lam


4 comments:

  1. salam a'laik...angin apakah yang telah melanda plaza sehingga k.zira menulis en3 sebegini??;)v

  2. Wslm suraya..
    Ni angin dr Terengganu la..
    haha

    Akak baru selamat smpai KL hr ni slps seminggu cuti..Xsmpt nak rase lg angin plaza..Huhu

    Ini sekadar penulisan je..tetibe mood jiwang..kui3

  3. Yas Sara said...

    slm ukhuwah kpd shbt alam maya azira zahadi.. Yas Sara mohon share en3 ni ye.. syukran..~

  4. salam ukhuwah yas sara..=)
    Maaf, ana baru prasan comment ni..

    Sila2 lah ambik, moga bermanfaat..insya Allah..
    Afwan~