• Musibah Dan Kesabaran

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    "Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un." Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna serta rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

    (Quran, Al-Baqarah : 155-157)


    Alhamdulillah, alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih menyayangi setiap hamba-hambaNya, melimpahkan rahmatNya ke seluruh alam, yang masih menghidupkan hamba-hambaNya malah menguatkan mereka untuk terus merasai nikmat iman, nikmat Islam, nikmat perjuangan, dan segala macam nikmat yang kalau difikirkan, kita lah insan yang sangat tidak pandai bersyukur. Allahu Rabbi. Astaghfirullah.

    Sudah agak lama tidak meng'update' Taman Syurga. Sudah pasti alasan kesibukan seringkali saya gunakan. Itu cumalah sekadar alasan semata-mata. Alhamdulillah, ketika ini saya berada di samping keluarga yang saya sangat sayang, dan sudah pasti saya sangat gembira. =)

    Menyelusuri kehidupan sekitar 1 tahun ni, terasa terlalu berat dan perit sekali. Terlalu banyak halangan dan dugaan menyebabkan saya jatuh dan tidak mampu lagi untuk bangun sendiri, menangis di sisi Allah memohon kekuatan dan semangat adalah satu hadiah yang besar. Perjalanan ini menuntut suatu ketenangan hati, kebersihan jiwa agar minda  boleh berfikir mana haluan yang menuntun ke arah Ilahi.Allahu Rabbi, alhamdulillah, Engkau tidak putus-putus menyanyangi ku.

    Alhamdulillah, masa yang singkat di rumah, masih sempat untuk saya menjengah koleksi buku-buku ilmiah. Tertarik dengan buku Petua, Larangan dan Bimbingan ke Syurga. Saya teruja kerana saya seringkali membayangkan kehidupan yang enak bersama keluarga dan insan-insan yang saya sayang berada di syurga Allah walaupun saya sedar saya tidak layak pun ke sana, namun saya sangat merayu dengan rahmat Allah agar saya juga boleh ke sana. Ameen, mudah-mudahan.

    Saya sangat cemburu pada insan yang sabar, insan yang tenang, insan yang redha dengan ketentuan Ilahi kerana saya masih tidak sampai ke tahap itu. Selalunya tahap kesabaran saya yang sangat sedikit ini seringkali diuji Allah hikmah nya supaya saya menjadi insan yang lebih sabar.

    Di dalam Ash-Sahihain diriwayatkan bahawa Anas bin Malik mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w melintasi seorang wanita yang sedang menangis pada sebuah kubur dan baginda bersabda, : 

    "Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah."

    Wanita itu berkata, " Jauhi lah daripada ku, sesungguhnya kamu tidak mengalami musibah yang telah menimpaku, dan kamu tidak mengetahuinya. "

    Kemudian baginda bersabda, " Sesungguhnya kesabaran itu adalah ketika musibah pertama kali datang."

    Walaupun mudah dalam berkata sabar, namun, aplikasinya tidak begitu. Walaupun begitu, sudah menjadi perintah Allah kepada hamba-Nya supaya menjadi insan yang sabar, maka sudah sepatutnya juga arahan itu yang harus kita turuti. Ketahuilah, Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Memahami hamba-hambaNya.

    Saya yakin akan datang, kesabaran saya akan teruji lagi dan lagi dan ketika itu saya harap Allah berikan kekuatan untuk saya terus sabar dan bersabar. 

    "Tidak lah seorang muslim  yang ditimpa musibah, kemudian dia mengatakan inilah yang telah Allah perintahkan, "inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un." (Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepadaNya lah kami kembali.) Ya Allah, berilah aku pahala di dalam menghadapi musibah ini dan limpahkanlah kebaikan bagiku daripadanya. Maka, tidak lain kecuali Allah akan menggantikan kepadanya suatu yang lebih baik daripadanya."

    (Riwayat Muslim)


    p/s : Alhamdulillah, thanks especially to Ana and Zahirah. =)

2 comments:

  1. salam..terima kasih juga kpd akak di atas segala kenangan kita sewaktu bersama-sama menuntut ilmu di bumi UKM ni

    ~~~rindu sangat kat akak~~~

  2. salam detektif muslim..

    akk pun rindu sama kamu.. =)

    Moga kita sama2 istiqomah dlm perjuangan krn Allah dan bertemu di syurga Allah kelak, ameen, insya Allah..