Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Demi fajar,
demi malam yang sepuluh,
demi yang genap dan yang ganjil,
demi malam apabila ia berlalu,
Adakah pada yang demikian itu terdapat sumpah bagi yang beraqal
Tidakkah engkau (Muhammad) memerhati bagaimana Tuhanmu berbuat kepada kaum 'Ad?
Iaitu penduduk Iram (ibukota kaum 'Ad) yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi,
yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain,
dan terhadap kaum Samud yang memotong batu-batu besar dilembah.
Dan (terhadap) Fir'aun yang mempunyai pasak-pasak (bangunan yang besar-besar),
yang berbuat sewenang-wenangnya dalam negeri,
lalu mereka berbuat kerusakan dalam negeri itu,
kerana itu Tuhanmu menimpakan cemeti azab kepada mereka,
sungguh Tuhanmu benar-benar mengawasi.
Maka adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, " Tuhanku telah memuliakanku"
Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata, "Tuhanku telah menghinakanku"
Sekali-kali tidak! Bahkan kamu tidak memuliakan anak yatim
Dan kamu tidak saling mengajak memberi makan kepada orang miskin
Sedangkan kamu memakan harta warisan dengan cara mencampurbaurkan (yang halal dan haram)
Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan
Sekali-kali tidak! Apabila bumi diguncangkan berturut-turut
Dan datanglah Tuhanmu, dan malaikat berbaris-baris
Dan pada hari itu diperlihatkan neraka jahanam, pada hari itu sedarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu.
Dia berkata, "alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebajikan) untuk hidupku ini
Maka pada hari itu tidak ada seorang pun yang mengazab seperti azabNya (yang adil)
Dan tidak ada seorang pun yang mengikat seperti ikatan-Nya
Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya
Maka masuklah ke dalam golongan-golongan hambaKu
dan masuklah ke dalam syurgaKu.
(Quran, Al-Fajr : 1-30)
P/s: Aku rindukan DIA. Penciptaku yang Maha Sempurna. Ya Allah, walaupun cintaku tidak lah semekar mana, namun Engkau mengerti aku berusaha untuk mencintaiMu. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih kurniakan aku kekuatan untuk aku berusaha mencintaiMu.
0 comments:
Post a Comment