Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
"Bermegah-megah telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam kubur. Sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu.)
(Quran, Al-Takathur : 1-3)
Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa
Kan padam akhirnya
Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka
Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati
Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi
Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan
Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka
Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati
Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi
Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan
Menyelami kehidupan hampir 5 tahun berada di sini, pelbagai pahit dan manis di rasai. Bukan soal kegembiraan memiliki dunia, tetapi keperitan apabila dunia sentiasa mengekori kehidupan.
Pada awalnya, diri baru sahaja mengenali dunia, satu persatu ingin ku kecapi agar cita-cita ku tercapai, al-maklum lah, aku memiliki cita-cita yang tinggi dan selalunya aku akan berusaha keras untuk menggapai cita-cita.
Namun, pelbagai ujian dan dugaan membawa aku kembali mengenal sebuah perjuangan yang lebih indah, yang kene pada jiwa ini. Walaupun sukar untuk membahagikan masa untuk pelbagai komitmen, aku gembira, hati ini bahagia. Hati yang dekat padaNya, berbicara denganNya itulah yang paling membahagiakan. Alhamdulillah.
Tapi, itu hanyalah sekadar permulaan, agar aku aku bina keyakinan yang benar-benar mantap keranaNya, terus thabat dalam perjuangan, mengenaliNya agar apa jua perjuangan mestilah berlandaskan DIA, harus berada di sampingNYA. DIA pasak kan hatiku hanya untuk DIA. Dia hadiahkan aku dugaan dan halangan, ia datang dan pergi, berulang kali sehinggakan aku seringkali jatuh dan tidak lagi mampu untuk berdiri. Walau ketika itu, hanya air mata yang meluahkan segala-galanya, namun ku cekalkan hati kerana aku mengerti Allah tetap ada di sisi.
Ya Allah, hakikatnya, sejak setahun ini, aku merasakan begitu perit dengan kehidupan dunia, dunia ini langsung tidak mempesonakan aku, ia hanyalah kesengsaraan yang berulang. Namun, malangnya kerna kesengsaraan itu menyebabkan aku sering memikirkan soal dunia dan sudah pasti aku kemudian bertambah sengsara. Manakan tidak, begitu sukar untuk mencapai nikmat khusyuknya solat semata-mata memikirkan dunia, hinggakan kerap kali ku ulangi solat hanya untuk mencapai kekhusyukkan solat untuk berbicara denganMu.
Ya Allah, aku sedar, bertambahnya usiaku bertambah-tambah masa ku memikirkan dunia sedang aku cuba untuk mengelak, namun ia tetap datang dan menyesakkan. Izinkan seketika waktu rehatku bersamaMu, kosongkan hati dan minda ku dengan dunia agar aku merasai sebuah nikmat. Suatu yang sangat nikmat, suatu yang sangat membahagiakan. Melupakan dunia walaupun hanyalah seketika, itulah suatu perasaan yang sangat nikmat buatku.
Dalam kenikmatan yang Engkau berikan itu, lalu soalan ini akan kerap berulang, "Bersediakah andaiNya Allah mahu kamu mengadapNya ketika ini." Dan hanya tangisan yang mampu diluahkan kerna aku belum bersedia, dan aku kesal memikirkan dunia.
Dugaan ini menjadikan aku lebih sabar dalam sesuatu perkara, menjadikan aku sangat kurang sabar dalam sesuatu perkara. Jiwa aku makin mudah terusik dengan kesilapan, makin mudah untuk marah pada keadaan-keadan tertentu. Aku makin keras, makin sukar untuk bersabar, bertolak ansur dan makin sukar untuk menerima manusia. Aku manusia yang makin banyak mengeluh.
Ya Allah, jauhkan dunia dari ku, agar aku tidak penat mengejar nikmat untuk mencintaiMu. Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sabar. Sesungguhnya hanya Engkau yang memahamiku.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta."
(Quran, Al-Ankabut: 2-3)
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment