• Bahagia

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    "Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang takbur daripada beribadah (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina."

    (Quran, Surah Ghafir : 60)

    Apakah yang menyebabkan anda bahagia?? Hmm, mungkin banyak sebabkan. Setiap orang bebas mendefinisikan apa itu bahagia. 

    Ada insan, mereka bahagia apabila berada di samping insan yang dia sayang. Makan bersama, jalan-jalan bersama, buat aktiviti harian bersama mahupun tidur bersama-sama. Apabila insan itu meninggalkannya sama ada terpisah dengan masa mahupun dengan dunia, saat itu terasa sangat kehilangan. Seolah-olah hilang 1 anggota tubuh badan. Rasa tidak lengkap.

    Ada insan, dia bahagia apabila berharta. Padanya, apabila berharta, berwang, maka dia boleh memiliki apa saja yang dia suka, mahu membeli rumah, kereta, pakaian, mungkin juga manusia, tapi tidak sesekali hati dan kasih-sayang. Apabila berharta, seringkali ramai yang ingin mendekati, tak kisah lah teman, rakan, kekasih mahupun perompak dan pencuri. Tapi susah juga kalau nak pergi masjid pun risau-risau, takut orang masuk rumah, curi harta kita.

    Ada insan, mereka bahagia apabila berpangkat. Suka apabila disanjung, tak suka apabila dicemuh. Suka andai orang menghormati mereka, ke mana sahaja mereka pergi, mereka suka sekali insan-insan lain berbuat baik dan bersopan dengannya. 

    Insan ciptaan Allah, macam-macam ragamnya. Itulah hebatnya Allah.

    Semalam, ada yang bahagia apabila mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
    Semalam, ada yang bahagia apabila melangsungkan perkahwinan.
    Semalam, ada yang bahagia apabila impian mereka tertunai.
    Semalam, ada yang bahagia apabila dapat mengerjakan haji dan umrah.
    Semalam, ada yang bahagia apabila dikurniakan zuriat yang sihat.

    Mungkinkah semalam mereka bahagia andai mereka

    menerima berita kematian ibubapa mereka/insan yang mereka sayang?
    mendapat kegagalan dalam peperiksaan/temuduga?
    diceraikan oleh suami mereka/isteri meminta penceraian?
    kerja berlambak-lambak dan stress bertambah?
    Dimarahi majikan/pensyarah/guru/ibubapa?

    Perjalanan yang terbentang luas dalam hidup kita telah ditakdirkan Allah. Perjalanan yang singkat ini bukan hanya untuk kita laluinya sendiri tetapi Allah ingin kita lalui bersamaNya. Kita mengharapkan peneman menempuh jalan yang sukar, ya, Allah ada bersama kita cuma terpulang pada kita untuk bersama Allah atau pun tidak.

    Apakah saat yang paling nikmat dan bahagia???
    ~Apabila hati kita tenang dan damai berbicara dengan Allah sama ada saat kita dilimpahi berita gembira mahupun berita duka. Saat itu kita masih boleh tersenyum dan berbicara dengan Allah melafazkan kata "Alhamdulillah"~ 

    "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk."

    (Quran, Surah Al-Baqarah : 186)

    Wallahua'lam.

    p/s : semoga sahabat seperjuanganku tabah menghadapi dugaan daripada Allah kerana Allah sentiasa ada di sisi kita. La tahzan.

2 comments:

  1. salam...saya bahagia bila dapat tengok langit..Alhamdulillah, terasa DIA sentiasa melihat diri walau bumi mana yang dipijak, kerana tiada manusia yang mampu meletakkan tanda sempadan di langit Allah.

  2. salam..
    Alhamdulillah, indahnya perasaan bahagia apabila bersama Allah..

    Semoga sue sentiasa bahagia di sisi Allah.. =)