• Bahtera Hamba

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
    "Allah berfirman pada hari kiamat : Di manakah orang yang bercinta kerana keagungan-Ku pada hari ini? Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-Ku pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Ku"

    (Riwayat Muslim)


    Masa tengah tak de patient, sempat saya membaca solusi keluaran ke berapa entah mengenai satu hadis kat atas ni. Terus terasa menusuk kalbu baca hadis ni. Bila fikir, zaman sekarang, bukannya tak de orang yang bercinta kerana Allah, maksudnya bercinta secara halal dalam erti kata mengharap keredhaan Allah, mengikut syariat yang digariskan Islam, dalam kata mudah bercinta untuk dapat pahala dan menambahkan rasa cinta kita kepada Allah. Nak cakap tak de, tipu la kan, saya yakin insan-insan yang leka dengan tarbiyyah daripada Allah akan berada di kalangan ni tapi nak jumpa tu susahlah bagi yang tak berada di kelompok ini. Hanya orang yang berada di kelompok ini sahaja yang tahu, kenal dan dapat merasai nikmat ni.

    Macam kita hari ni lah, golongan cikgu mestilah kenalan dia lebih ramai cikgu kan, golongan ustaz lebih kenal ramai ustaz, golongan doktor-doktor mestilah interaksi mereka selalu dengan doktor-doktor juga, para jemaah surau mudah saje bertemu dengan ahli jemaah surau. Begitu lah ibaratnya kalau duduk 10 orang 1 rumah, yang 2 orang tu tiap-tiap malam bangun solat tahajud yang lain lena diulit mimpi, of course la yang 2 orang tu tahu mereka selalu tahajud dan yang tidur tu confirm2 la xtahu 2 orang tu selalu bangun tahajud except dia terjaga setiap malam.

    Dulu time zaman belajar pegi kelas sama-sama dengak Kak Cah, Kak Cah selalu ulang "hanya jauhari mengenal manikam, asalnya saya kurang faham maksud peribahasa ni tapi akhirnya saya fikir memang banyak perkara dalam hidup ini yang memang kena dengan peribahasa ini. 

    Memang mudah sahaja nak menutur saya cintakan Allah, saya lakukan benda-benda ni kerana Allah, nak menaip pun mudah je. Tapi aplikasinya yang berat. Lakukan suruhan Allah, tinggalkan larangan Allah. Again, mudah berkata-kata. Hakikat yang saya nampak hari ini, ramai yang berkesedaran, tetapi berat sekali untuk meninggalkan perihal dunia berbanding mengutamakan kebahagiaan di akhirat. Mereka lebih bahagia mementingkan kecantikan, harta atau pun pangkat. Tanyalah wanita-wanita Islam yang tak menutup aurat dengan sempurna, bukannya mereka tidak sedar yang mereka memang tak menutup aurat dengan sempurna, tidak tahu hukum jauh sekali tetapi dalam minda mereka hanya ada dunia.

    Ramai juga yang berkesedaran, alhamdulillah dapat mengaplikasikan ibadah-ibadah dengan sempurna namun tidak kuat untuk konsisten, istiqomah untuk mengekalkan ibadah-ibadah yang dilakukan apatah lagi menambah lagi kebaikan-kebaikan.

    "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan :"Rabb kami adalah Allah" kemudian mereka istiqomah pada pendirian mereka maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan) : "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu."

    (Al-Quran, Surah Fussilat :30)

    Dengan izin Allah, masih ramai yang masih ingin menyucikan jiwa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri dengan Allah. Golongan ini adalah golongan yang banyak menerima ujian daripada Allah terutamanya melalui jiwa mereka serta melalui hati mereka. Insya Allah hati yang bersih itu dapat mengenai dan mengesan dosa-dosa yang bakal dilakukan atau yang telah dilakukan lalu mereka akan bertaubat memohon keampunan Allah. 4 keadaan hati apabila berhadapan dengan dosa iaitu : (kalau tak silaplah, ingat2 lupa, kalau silap tolong betulkan)

    1. Hati akan berdebar-debar dan merasa berdosa apabila melakukan dosa
    2. Hati yang tidak dapat merasa apa-apa apabila melakukan dosa
    3. Hati yang merasa manis apabila melakukan dosa
    4. Hati yang mati, tidak dapat membezakan dosa dan kebaikan

    Kita berada di kategori mana??? Refleksi diri..


    Sebelum akhiri entri ni, just copy and paste lirik lagu ni untuk tatapan bersama. Kadang-kadang lagu itu adalah salah satu kata-kata nasihat yang menyentuh kalbu yang mengembalikan kita kepada kehidupan yang sebenar-benarnya sebagai hamba Allah. Manusia itu lemah dan tidak pernah lari daripada melakukan dosa. Bezanya cuma insan manakah yang sentiasa menyucikan diri dengan taubat dan meminta keampunan daripada Allah.


    Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
    Memberanikan aku sebagai nakhoda 
    Dilaut yang luas gelombang yang datang 
    Menghanyutkan segala kemudi kedasar dosa 

    Kucekalkan diriku bergapaian air mata 
    Meluncur bahtera kepulau redha 
    Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta 
    Yang buar menggunung menghempas dosa 

    Kala tiba kepantai putih hamparan pasir permaidani 
    Terlentang luas rahmat dan kasih sayangMu 
    Kembali bertawajuh dipulau yang redha ini 
    Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri 
    Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan 
    Di taman itu jiwa bersemadi 

    Jernih danau nurani bersih 
    Berwudhuk air mata yang gugur 
    Menyerah diri kepada Allah 
    Mendamba kasih menghina diri 

    Syukur hamba dengan keinsafan 
    Telah menghijrah akan diriku 
    Kebawah naungan keampunan 
    Hidup matiku hanya untukMu

0 comments: