• Kisah-kisah

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang maha Pengasih maha Penyayang


     Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

    Indahkan menjadi insan yang sentiasa bersyukur kepada Allah dan pandai menutur ungkapan 'terima kasih'. Hakikatnya menjadi insan begini sudah pasti di sayangi Allah juga di sayangi manusia. Ramai yang mengetahui tak ramai yang mengaplikasi.
    Kisah semalam:
    1. Alhamdulillah, 4 bulan dengan jayanya berada di bahagian bedah mulut. Suatu pengalaman yang menarik memandangkan saya sememangnya meminati bahagian ini. Pakar-pakar dan permanent dental officer yang baik dan mengajar tentang banyak benda.

    2. Bertemu dengan manusia yang pelbagai ragam, berkesempatan merawat manusia pelbagai umur dan taraf. Menerima dengan baik patient 'VIP' walaupun saya harap saya tidak akan merawat patient yang berlagak 'VIP'.

    3. Bekerja dengan manusia bergelar lelaki yang mungkin faham tentang ikhtilat dan mungkin juga tidak faham tetapi yang pasti tidak cuba untuk menjaga diri sendiri daripada dosa apatah lagi tempiasnya terkena orang lain. Dugaan besar sepanjang bekerja 4 bulan.

    4. Sudah ramai teman-teman sekolah rendah dan menengah yang telah melangsungkan perkahwinan. Hmm, ni yang lemah gak ni. Rupanya lepas abis belajar dan memasuki alam pekerjaan, next aim adalah untuk kawen. Hmmmmmm. Teman-teman, sila carikan untuk saya seorang suami yang soleh!!! (Korang pasti jawab, jadilah yang solehah dulu kan. Ok, baikkk)

    Kisah hari ini
    1. Hari ni da masuk february. Bermula kehidupan di bahagian Paediatric. Namun saya ambil cuti rehat hari ini atas sebab demam tapi masih berkejar ke sana sini menyiapkan banyak benda.

    2. Hari demi hari, makin banyak tanggungjawab yang tergalas di bahu. Moga Allah mudahkan segala urusan ku.

    "Tulisan akan terus hidup dan berkata-kata walaupun setelah kita mati"

    Kata-kata yang menggerakkan hati untuk menulis entri di ketika ini walaupun tengah demam.

    Wallahua'lam.

0 comments: