Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah yang maha pengasih maha penyayang
"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)."
(Quran, surah Ibrahim : 34)
(Quran, surah Ibrahim : 34)
Alhamdulillah, hari khamis lalu, bermulalah kisah-kisah baru pada saya. Hmm, attach di bahagian paed. Mencabarlah pada saya, sebab saya memang tak reti. Dari dulu kot.
First patient umur 4 tahun, special needs, under follow up speech therapy and occupational therapy. Datang-datang bila parents dia suh duk atas dental chair, budak tu da nangis-nangis. Satu clinic kot boleh dengar. First patient pun da nangis-nangis. Tambah plak saya memang tak reti nak pujuk-pujuk budak kecik ni. Apa yang boleh saya buat hanyalah memandang sahaja nurse-nurse memujuk mereka. Saya hanya boleh menahan parents mereka daripada memaksa anak dia berada di atas dental chair. Hmmmmmmmm. Saya clerk sedikit history dan tengok lebih-lebih kurang dalam mulut dia time budak tu nangis, then saya panggil pakar, present ape yang patut. After that, saya serahkan je pada pakar tu tuk manage. Selalunya, kalau saya tak buat yang terbaik dalam suatu benda, pasti saya rasa terkilan dan sedih, tapi kali ni tak pulak. Saya memang serahkan segala-galanya pada doktor pakar tersebut tanpa rasa bersalah.
Second patient, bila saya tengok senarai pendaftaran, next patient adalah budak 3 tahun. Allah, dalam hati saya mesti budak ni nangis jugak nanti. Hmm, nak buat cam mane kan, so, panggil je la. Budak ni datang dengan ibu dia, then ibu dia paksa dia untuk duduk atas dental chair. Hmm, apa lagi, meraung la kan. Wah, second patient pun nangis jugak. Apa yang mampu saya buat hanyalah menghalang ibu dia dari memaksa anak dia untuk duduk atas dental chair, budak tu kembali ceria dan bermain-main dengan abang-abang DSA. DSA ni pulak memang pandai maen dengan budak-budak, then dia suh budak tu tunjuk gigi dekat saya. Bila saya tarik mask ke muka, tarik glove then sarung, budak tu terus mengelak dan macam nak nangis. Adoi, memang saya kan. At least time tu saya dapat pengajaran, dengan budak-budak, no mask, no glove. Bila saya remove mask dengan glove, budak tu baru ok balik.
Third patient, yang ni saya jatuh cinta. Budak ni umur 6 tahun, baik sangat. Saya simpati dengan dia coz dia ade bronchial asthma, pernah masuk ICU di sebabkan asthmatic attack, ade jugak allergic rhinitis dan recurrent tonsilitis dan ORL memang plan tuk remove tonsil dia. Kesian. Tengok dia, buat saya rasa nak menangis. Dia pulak very coorperative, boleh je duduk atas dental chair then saya boleh check je dalam mulut dia.
Hmm, kesimpulan, kalau bukan patient yang menangis, saya yang akan menangis. Haih.
Kenangan dulu-dulu masa zaman belajar, patient paeds saya semua coorperative, mudah je nak buat treatment kat deorang, tak perlu pujuk beria ia. Yang paling kecil pun umur 6 tahun. Semua pandai duduk sendiri atas dental chair dan boleh bukak mulut, inject pun boleh duduk diam je. Sekarang, hmm, serius tak reti nak treat patient paed. Orang cakap duduk paeds enjoy, tak payah fikir banyak benda. Pada saya duduk Oral Surgery jauh lebih enjoy walaupun saya sakit kepala fikir masalah, stress fikir patient fracture sane, fracture sini, laceration wound dalam mulut, luar mulut, pasang archbar, screw plate dan segala bagai, tapi yang tu la yang saya suka.
Rezeki yang berkat datangnya daripada kerja dan amalan dengan niat kerana Allah, mengharapkan keredhaan Allah serta ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan. Bimbang sekali andainya rezeki pencarian adalah rezeki yang tidak halal yang boleh membawa kemudaratan kepada diri dan keluarga.
"Pelik sungguh keadaan orang yang beriman, semua urusannya beroleh kebaikan, tidak berlaku sedemikian itu kecuali bagi orang Mukmin. Jika mendapat nikmat mereka akan bersyukur itu baik bagi mereka. Jika di timpa kesusahan pula, mereka bersabar, maka sabar itu baik bagi mereka."
(Riwayat Muslim)
Wallahua'lam.
(Riwayat Muslim)
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment