• Rindu Akan 'Sesuatu' Itu

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


    "Dan katakanlah : "Kebenaran (Al-Quran) itu datangnya dari Tuhanmu : malah barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir. "Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang paling buruk. Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan (nya) dengan baik. Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka syurga 'Adn. mengalir sungai-sungai di bawahnya, dalam syurga itu dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas sofa-sofa yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirehat yang indah."

    (Quran, surah al-Kahfi : 29-31)

    Saya memandu menyusuri masjid Rusila. Kelihatan banyak manusia di kiri dan kanan jalan. Sudah menjadi kebiasaan suasana begini pada hari Jumaat. Saya sendiri baru pulang dari hospital pada pagi itu setelah menamatkan sesi on-call pada pagi Jumaat, pukul 8. Saya perlahankan kenderaan memandangkan sepasangan lelaki dan perempuan yang berusia sekitar 60-an ingin melintas jalan. Romantik sungguh pak cik ni apabila melintas jalan sambil memegang tangan isterinya. Satu tangan yang lain mengangkat tangan kepada saya tanda ucapan terima kasih. Di bibirnya tersenyum manis. Hati saya bahagia dan ceria hingga ke hari ini mengingatkan gelagat pasangan itu. Hakikat, saya sangat merindui sesuatu yang masih saya tak ketemui jalannya kini.

    Setiap kali menyusuri jalan ini, saya tidak melepaskan peluang untuk melihat-lihat kehidupan insan-insan di sini. Setiap kali pulang dari tempat kerja, saya akan dapat melihat anak-anak remaja bermain bola di sekitar masjid Rusila ini. Saya yakin, mereka adalah sekumpulan da'ie yang hebat yang sentiasa mencari keredhaan Allah. Alhamdulillah, mereka buat saya tersenyum dan bahagia.

    Setiap petang apabila melepasi waktu bekerja, saya berusaha untuk menadah ilmu di Masjid Ladang yang berada betul-betul di sebelah hospital. Menadah ilmu dalam erti kata cuba menjadi manusia yang berakhlak. Saya akan menikmati solat Asar di rumah Allah yang sangat mendamaikan ini.

    "Azira, abang awak ustaz ke, ayah awak ke??" Sudah 2 kali pertanyaan ini telah diutarakan kepada saya oleh Dr. yang mengurus bahagian Klinik Bedah Mulut. "Saya nak jemput beri ceramah untuk program "Santapan Minda", kata Dr. tersebut. "Atau awak ada kenal mana-mana ustaz?? Saya lantik awak untuk jadi exco kerohanian ye. "Abang saya bukan ustaz, ayah saya pun bukan ustaz, untuk nak cari ustaz tu, insya Allah saya usahakan, tapi saya tak berani janji." Saya sebenarnya mati kutu, tak tahu nak beri jawapan apa sebab saya tak kenal mana-mana ustaz, apatah lagi nak approach ustaz.

    Apa yang pasti, saya masih terkapai-kapai sendiri. Saya rindu akan 'sesuatu' tetapi sesuatu itu masih belum lagi menjelma di hadapan saya, atau mungkin saya sendiri yang makin kabur melihatnya. Doaku tak putus-putus agar aku terus dekat denganMu wahai Allah.

    "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada  mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."

    (Quran, Surah Al-Ankabut : 69)

    Wallahua'lam.


2 comments:

  1. salam..kak azira..lama sudah kiranya kita tidak menuturkan bicara sesama kita..akak rindu "sesuatu"???...sayalah "sesuatu" tu..hehehe..^_^

  2. Wslm zahirah.. :-)
    Tu la pasal.. Awk bz sgt..
    "sesuatu" tu sbhgiannye ade pd awk..
    So, akk sgt jeles.. Mahu jugak!!!