• Pembakar Semangat

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    "Katakanlah: “Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan-lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)”. 

    (Quran, Al-Kahfi : 109)

    Hari ni, banyak masa terluang di depan laptop ni. Sempat la saya jalan-jalan masuk mengemaskini file-file kesayangan saya. Sempat saya buka file kesayangan saya yang pernah saya coretkan kata-kata masa zaman belajar dulu. Hmm, bunyinye cam da lame beno saya tinggalkan zaman belajar. Huhu. Tapi yang pasti kata-kata itu, kata-kata coretan buat peringatan saya apabila saya sudah bekerja dan sekarang saya sudah bekerja.

     Kata-kata itu, angan-angan saya, memang sah la tak kan tulis kat sini sebab segan kan, cukup la saya je yang baca dan mungkin insan yang bakal jadi istimewa di hati saya kelak, dia mestilah kene tahu gak kan angan-angan saya. 

    "Bila saya da kerja nanti, saya mesti ............."
    "Bila saya da kawen nanti, saya nak ............."
    "Bila saya da ada anak nanti, saya nak anak saya ..............."

    Korang pernah buat x?? Haha. Saya da pernah bace zaman saya da habis belajar tapi masa tu saya tak kerja lagi, saya cakap dekat diri, " ye, saya kene jadi macam ni."

    Sebenarnya kata-kata sendiri pemangkin untuk menaikkan semangat sendiri. Betul tak?? Sama lah juga kata-kata dalam blog ni, bila saya belek buku Taman Syurga, nukilan lame-lame, ia memberi semangat kepada saya untuk menjadi lebih baik. Hakikat yang patut semua orang terima, manusia itu pelupa, dan sering perlu diingatkan. Dan bagi saya kata-kata sendiri membantu saya untuk terus senyum dalam kehidupan. :)

    Menilai diri sendiri, ade certain perkara, saya rasa hari ini saya lebih baik dari semalam, namun ade certain perkara juge zaman silam dulu lebih baik berbanding saya sekarang. Sekadar peringatan untuk saya menjadi manusia yang lebih baik dan memang kita seharusnya perlu ada angan-angan dan azam untuk menjadi insan yang dekat dengan Allah, Pencipta kita semua, yang mengurniakan pelbagai nikmat buat kite dan bila kite fikir-fikirkan tentang nikmat kurniaaNya, maka nikmat itu tak pernah putus-putus dan terus bersambung-sambung sehingga akhirnya kita sendiri akui yang kita bukanlah hamba Allah yang bersyukur.

    "Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke  arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usaha nya dibalasi dengan baik”. 

    (Quran, Al-Israa’: 19)

    Wallahua'lam..

0 comments: