• Masa

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    Demi Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

     ( Quran, Surah Al-Asr')

    Alhamdulillah, hari ini Allah masih menyayangi saya, mengekalkan nikmat iman dan islam, menyentuh hati ini tentang rasa rindu pada DIA yang maha Esa.

    Masa kian berlalu, Alhamdulillah, posting paediatric sudah berakhir. Maka minggu depan bermula pula posting periodontic. Tempat yang berbeza, tapi masih di Hospital Sultanah Nur Zahirah. 6 bulan sudah saya bekerja, menilai dan mengira-ngira gaji yang saya peroleh, mengira-ngira juga berapa kecilnya nilai yang telah saya gunakannya untuk bekalan akhirat. "Yang penting kerja kene ikhlas, kene bertanggungjawab dan amanah." Kata-kata yang sering saya ingatkan diri sendiri, moga-moga wang yang saya dapat itu penuh berkat.

    6 bulan telah berlalu, teman-teman saya yang kene extend sebelum ini Alhamdulillah semua sudah berjaya dengan cemerlang. Tahniah, moga kalian terus menjadi hamba Allah yang sabar dan sentiasa taat sebagai mana kalian taat apabila di uji dengan dugaan yang berat sebelum ini.

    Alhamdulillah, adik-adik saya yang belajar perubatan pun tengah menghadapi peperiksaan. Wah, mereka bakal doktor-doktor yang hebat. Moga kalian berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat. Sudah besar panjang deorang ni, tak lama lagi masuk alam pekerjaan pulak dan sudah pasti ada yang plan untuk berkahwin selepas ini. Alhamdulillah.

    Hmm, apa khabar kakak-kakak saya ye?? Sudah lama tak berhubung dengan kak Cah, jauh dia di Sabah. K.Anith plak da kawen. 

    Umur saya sudah 24 tahun 11 bulan. Agak-agak kalau Allah panggil mengadap DIA, ape yang nak saya bawa ye. Teringin nak gi haji. Selalu sangat dengar citer mak abah pegi haji 3 tahun lepas. Citer deorang tak habis-habis sampai sekarang betapa mereka sangat bahagia ke sana dan itulah perasaan dan kenangan yang sangat indah bagi mereka. Nak ada kenangan indah pegi haji, kene beramal baik sekarang, jadi hamba yang taat pada Allah, anak yang solehah pada ibu ayah dan saudara yang menyayangi saudara yang lain.

    "Sesungguhnya Allah amat mengasihi mereka yang bertaubat dan juga amat mengasihi mereka yang menyucikan diri."

     (Quran, Surah Al-Baqarah: Ayat 222)


    Wallahua'lam.

0 comments: