• Jodoh: Siapa Kamu Jadi Penentu

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    Akhir-akhir ni, kerap kali bercakap pasal jodoh, pasal kawen. Mungkin dalam erti kata yang lebih serius. Ada yang mungkin sekadar bergurau senda, ada yang mungkin mula berjinak-jinak untuk serius dalam memikirkan soal kehidupan berkeluarga.

    Bila soalan di tanya kepada saya insan bagaimana yang di harap menjadi teman hidup, maka bayangannya seolah-olah lelaki itu amat sempurna walhal sebenarnya tidak wujud insan sebegitu sempurna. Lalu mulalah pelbagai pendapat dari teman-teman yang rapat, menganjurkan supaya lebih baik diterima lelaki yang dalam erti kata 'biasa-biasa saja' ataupun carilah lelaki yang masih perlu bimbingan agama terutamanya dalam perkara fardhu ain. Kata mereka sudah pasti saya layak dan mampu apatah lagi ini adalah peluang dakwah.

    Persoalan : Mampu atau layak bukan hak saya sedangkan setiap detik dan saat pergerakan saya sendiri atas Maha Pengasihnya Allah.

    Lalu saya sering menolak mengatakan saya tidak mampu untuk membimbing mereka sedangkan saya hanyalah wanita yang lemah iman.

    Lalu Allah mengetuk hati saya dengan persoalan apabila seperti di atas yang saya fikirkan.

    Hakikat : Saya sampai kesudah tak kan mampu melakukan dan memperkasakan agenda dakwah ataupun perkara yang lebih kecil daripada itu tanpa izin Allah. Maka, setiap dari kita mampu/tidak mampu segalanya dengan keizinan Allah.

    Apa yang penting, setiap agenda yang Allah bentangkan buat kita, haruslah redha menerimanya dan berserah segala-galanya kepada Dia Yang Maha Sempurna. Kenapa kita lakukan? Kita ingin meraih redha Allah.

    Apabila jalan yang terbentang di hadapan kini terasa penuh nikmat kesukaran, terus tetapkan hati untuk meraih redha, tetap terasa begitu sukar lalu Allah tiupkan semangat untuk terus mencuba walau hati dari awal lagi menolak, hakikat yang memang perlu diterima, redha Allah perlu di raih walaupun keperitannya amat pahit. Usaha di awalnya tidak seperti menjanjikan hanya 1 penghujung tetapi yang pasti Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

    Keperitan itu miripnya seperti ketika zaman belajar di saat menduduki peperiksaan ulangan di tahun 1 pengajian, di saat perit dan pedihnya menghabiskan pengajian tahun 5 apabila kerap kali mengalirkan air mata hanya demi segulung ijazah.

    Perasaan kebersamaan dengan Allah pernah saya rasai malah Allah kerap kali menimpa pelbagai dugaan untuk saya supaya saya masih terus dapat merasai kebersamaan denganNya. Alhamdulillah, saya insan yang amat beruntung.

    "Sepertinya menolak diri sendiri ke kandang harimau, penghujungnya tidak semestinya di telan harimau kan. Allah yang menentukan kehidupan hamba-hambaNya"

    Kanvas kehidupan terasa penuh onak dan liku, lukisannya penuh dengan cabang dan simpang, namun ia tetap indah dihiasi rumput dan pohon-pohon yang hijau yang memberi ketenangan dalam kehidupan. Yang penting, penghujungnya wajah pencipta alam dapat ku tatap.

    "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya,dan yang menghapuskan kesusahan serta menjadikan kamu khalifah bumi?

    (Quran, surah Al-Naml : ayat 62)

    p/s : BM saya makin fail gamaknya. Posto2 - menantikan buku yang di beli online.=)

    *BM is bahasa melayu not Baitul muslim..hehe

4 comments:

  1. assalamualaikum kak zira:D
    teringat satu ayat dalam surah al-baqarah, yang bermaksud, "wahai org2 yg beriman mintalah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang2 yang sabar"...juz nak highlightkan part yang last tu, beruntungnya orang yang memilih utk b'sabar kerana Allah tdk pernah meninggalkan mereka..Teruskan bersabar kerana andai tidak ada jodoh didunia ini, semoga Allah membantu diri kita untuk menjadi seperti saidatina Maryam r.a...

  2. Wa'alaikumussalam suraya..
    Syukran ats perkongsian..

    Menyingkap sirah sahabat agung Rasulullah s.a.w, Abu Bakar as-siddiq, beliau rela bercerai dengan Qatilah isterinya demi kerana terlalu cinta akan Rasulullah s.a.w.

    Cinta manusia seharusnya berlandaskan syariat, letakkan cinta kerana Allah, letakkan benci juga kerana Allah kerana dengan mencintai/membenci itulah kita akan mmperoleh redha dari Allah..

    Andai terdidik untuk redha dengan ketentuan Allah insya Allah kita akan menjadi hamba Allah yang sabar.

    ~Rindu kamu, long time tak sembang2..smoga sihat iman, sihat amal, sihat akhlak dan tubuh badan, insya Allah~

  3. incik said...

    akak..insyaAllah..there will be the right person at the right time.DIA Maha Mengetahui segala yang terbaik.cumanya,jangan lupa sertakan usaha sekali keranaNya.
    Jangan risau, saya sangat yakin insan bertuah bakal suami akak sedang berusaha membaiki dirinya khas untuk akak nnt.
    yakin.
    yakin padaNya.
    =)

  4. salam'alaik incik..
    Syukran atas doanya.. =)