• Kerna Iman itu Tidak Diwarisi

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


    "Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, iaitu yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka."

    Al-BAqarah : 2-3

    Iman Mutiara
    Iman adalah mutiara
    Di dalam hati manusia
    Yang meyakini Allah
    Maha Esa, Maha Kuasa

    Tanpamu iman bagaimanalah
    Merasa diri hamba padaNya
    Tanpamu iman bagaimanalah
    Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

    Iman tak dapat diwarisi
    Dari seorang ayah yang bertaqwa
    Ia tak dapat dijual-beli
    Ia tiada di tepian pantai

    Walau apapun caranya jua
    Engkau mendaki gunung yang tinggi
    Engkau berentas lautan api
    Namun tak dapat jua dimiliki
    Jika tidak kembali pada Allah
    Jika tidak kembali pada Allah

    Album : puji-pujian
     Munsyid : Raihan

    Ingin sekali melontar kata-kata di saat ini, namun ketika badai menimpa, lidah ku akan kelu seribu bahasa, aku tidak dapat mengungkap kata-kata, meluah segala rasa, berkongsi setiap duka, menterjemah segala derita.

    Namun ku punya Allah yang memahami setiap yang terluah di bibir, yang bermain di minda, yang terlakar di hati. Ku pinta kekuatan dari NYA, ku mohon petunjuk dan hidayah khusus buat dia, kerna aku menyayanginya dan insan-insan di sisinya. Sesungguhnya azab Allah itu amatlah pedih.

    Apalah lagi yang mampu ku tulis diketika ini, melainkan kembali menulis di saat hati mulai sembuh, semangat kembali datang, jiwa kembali lapang, jalan luas terbentang.

    Rintih hati ini : Aku ingin sekali membantu, tapi tidak tahu bagaimana caranya. Aku kah yang bersalah saat terlalu lama aku pergi dari dunia mu. Maaf kerna aku terlalai, namun sungguh aku tidak mampu mengawal ruang hidupku yang cukup besar dan luas. Kan lebih indah andainya kau tahu ALLAH itu tetap bersama mu dan tidak pernah mengecewakan mu. Lalu kau juga akan bersama-samaku mengejar cinta NYA

    "Peliharalah semua solat dan solat wusta (menurut hadis sahih, solat asar), dan laksanakanlah solat kerana Allah dengan khusyuk."

    Al-Baqarah : 238

    p/s : Doakan sy dan shbt2, hr ni result keluar. Hope xde kene re sit paper. Ingin menumpu pada dia yang telah lama ku tinggalkan. Walau tidak tahu bagaimana caranya. To my junior 1st yr yang ramai kene re sit thn ni, jangan sedih2, Allah masih memberi peluang untuk mu berjaya, Jahit kembali sejadah iman yang kian koyak, usahalah bersungguh2, jgn lupa doa dan tawakkal kepada Allah. Saya pernah merasainye sebagaimana kalian merasainye. Pedih, namun terlalu manis apabila sedikit demi sedikit cinta DIA ku gapai. Alhamdulillah..

    ~SOLAT ITU KAN WAJIB~

2 comments:

  1. Salam zira. insya Allah, Allah akan ada bersama zira sebelum zira berusaha, ketika zira sedang mengusahakan, dan setelah lengkap usaha yang dilakukan. andai berjaya, itu rahmat dan kasih Allah. jika gagal, ia adalah cinta Allah yang rindu mahu mendengar rintihan hamba2Nya. semoga success diakhirat dan didunia!

  2. syukran az zahidah.. :)