• Dunia Tipu Daya

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


     “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”

    Al-Hadid: 20

    Sudah 5 hari berlalu sesi pengajian tahun 5. Kami seolah-olah terkena cultural shock. Jadual yang terlalu lengang. Sehari kuliah hanya 2 hingga 3 jam dan kadang-kadang hanya 1 jam, kemudian boleh balik buat kerja masing-masing. Lengang kan. 

    Sepanjang tahun 1 hingga tahun 4, kami tidak pernah merasa perasaan begini. Jadual kami seolah-olah menjadi purata wajib dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Tidak termasuk buat overtime dari pukul 5 petang hingga ke 7 petang di lab untuk pour impression, set-up gigi, masak denture, buat study model, waxing, bending wire dan segala macam kerja-kerja lab. Kalau kerja lab tidak dapat disudahkan, maka tidak dapat meneruskan prosedur dalam klinik, burn sesi klinik adalah perkara yang paling merugikan kami kerana kualiti dan kuantiti klinik sangat memberi impak yang besar pada requirement kami.

    Jadual yang sangat lengang adalah disebabkan klinik masih tidak siap, masih undergo renovation until end of August. Maka, kami hanya boleh start masuk klinik akhir bulan Ogos. Keadaan yang lengang ini bukan lah suatu kebiasaan bagi tahun 5 tetapi bermula April lepas, klinik fakulti pergigian UKM mengalami proses pengubahsuaian secara besar-besaran di setiap floor. Semua dental chair dan equipment akan di tukar kepada baru bagi proses penaiktarafan segala kemudahan fakulti. Renovation ini pada awalnya di jangka siap semasa semester break namun masih tidak dapat disiapkan. Semester break kali ini pun di panjangkan untuk memberi laluan kerja-kerja renovation ini namun masih juga tidak dapat di siapkan.

    Jadual yang sebegini sangatlah membosankan. Kami sedar, kami akan mengalami tahap stress yang sangat tinggi apabila klinik sudah siap nanti kerana jadual klinik yang akan dipadatkan dan digunakan sepenuh masa walaupun sedia padat. Nak tak nak, kami tetap kene laluinya, kalau requirement tak cukup, nampaknya tak boleh ambil exam la. Kalau tak leh ambik exam, maksudnye kene extend la., xboleh grad.

    Mengisi masa kelapangan ini, saya terkilan melihat teman-teman mengisi masa terluang mereka. Mereka sangat suka pergi shopping. Hari Isnin ke Times Square, Low Yatt dan Sungei Wang, Selasa pun Times Square, Rabu ke Sogo dan jalan TAR, khamis ke UO dan hari ini ada yang bercadang untuk ke Mid Valley ada yang ingin ke jalan TAR. Dunia kemewahan, dunia kelalaian, dunia seolah-olah hidup selama-lamanya, dunia yang tidak tua, dunia yang penuh keseronokan, dunia yang penuh dengan kecantikan dan kemewahan. Saya sedih melihat sikap mereka. Namun saya lagi sedih dengan diri sendiri kerana saya seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa.

    Mereka sangat suka membeli kasut, sangat suka membeli baju-baju, sangat suka membeli seluar, sangat suka membeli tudung baru, sangat suka membeli beg-beg baru. Bukan menjadi kesalahan andai mereka membeli disebabkan masih tidak memiliki semua itu tetapi bila di tanya, jawapannya :

    "sebab baju dan seluar ni murah-murah (sambil gelak-gelak). Tak pun, beg kita da haus da sikit, best ape pergi kelas slalu tukar beg (haha), kasut ni cantik, sandle ni cantik, saya tak ade lagi tudung untuk baju ni, tudung untuk baju tu (setiap baju ade tudung masing-masing, ???)."

    Saya tidak lah kisah sangat andai mereka membeli sebab sudah 2 atau 3 tahun tidak bertukar segala macam benda ni tapi masalahnya mereka terlalu kerap membeli. Kalau dalam satu sem tu tak sah kalau tidak di beli 2@ 3 pasang kasut, beli beg, baju dan segala macam.

    Pada saya, mereka hidup sangat mewah. Barang tidak rosak, da di beli baru, bila makan sama-sama dekat kedai makan, makanan selalu nya tak habis, membazir je, ramai lagi kat luar sana tak dapat makan, mengertikah kamu bagaimana saudara-saudara kita di Palestin?? Sikap kawan-kawan saya membuatkan saya sangat sedih. Kenapalah kamu tidak mengerti??? Kenapalah saya tidak buat mereka mengerti??? 

    Andai kamu merasakan adanya akhirat dan kematian itu dekat, kamu pasti tidak akan membuang masa di shopping compleks, pasti kamu akan selalu berada di tikar sejadah mengingati Allah, meminta ampun, berselawat, merayu-rayu pada Allah memohon keampunan. Kamu pasti tidak akan suka membeli barang-barang keduniaan kerana kamu mengerti kamu tidak dapat juga membawanya ke kubur nanti. Kamu pasti lebih suka menggunakan duit mu yang banyak itu dengan bersedekah dan kemudian mengharapkan sedekah inilah dapat membantu mu di akhirat kelak. 

    Semasa berada di bilik rakan saya, rakan saya (A) meminta minyak wangi daripada rakan saya (B). Jarak mereka agak jauh lebih kurang 3 meter. Lalu rakan saya (B) mencampakkan minyak wangi (botol kaca) kepada rakan saya (A). 

    Lalu rakan saya (A) berkata, "kau ni, main campak je, kan jatuh kan pecah." 
    Rakan saya (B) menjawab, "tak pe pecah pun, aku beli minyak wangi tu murah je, RM 10, haha."  

    Ya Allah, mungkin RM 10 bagi dia hanya lah sekeping tisu yang digunakan untuk lap mulut selepas makan dan kemudian di buang ke dalam tong sampah. Sahabatku, andai kau mengerti, apa makna nikmat Allah dan hakikatnya nikmat Allah bukan untuk keseronokan dunia tetapi ladang-ladang mewah untuk ditukar menjadi pahala sebagai bekalan di akhirat kelak..Mengapa tidak kamu mengerti?? Mengapa tidak saya menjadikan mereka mengerti. Saya sedih dengan saya.

    Syurga bukan untuk orang yang cinta kan harta dan kekayaan. Syurga bukan untuk orang yang suka bermewah-mewahan di dunia. Lihatlah Saiyidina Abu Bakar, Umar bin Al-Khattab, Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Salman Al-Farisi mereka semua saudagar-saudagar kaya. Mereka sangat takut apabila Rasulullah mengatakan syurga bukan untuk orang kaya. Lalu mereka menginfakkan sepenuhnya kekayaan mereka kepada perjuangan menyebarkan agama Islam. 

    Kita sendiri pun hari ini belajar dalam bidang profesional yang menjanjikan pulangan yang lumayan seharusnya sedar inilah nikmat Allah untuk kita, tetapi nikmat ini bukan untuk kita bermewah dan berseronok di dunia, tetapi nikmat inilah sebagai bonus dan saham yang harus kita tukarkan dalam bentuk pahala untuk bekalan di akhirat kelak andai kita ingin bahagia di akhirat nanti.

    Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Abdul Rahman bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia di tanya apakah yang menyebabkan beliau menangis. Lalu dijawabnya, 

    "Sesungguhnya  Mas'ab adalah lebih baik daripada ku kerana dia meninggal dunia di zaman Rasulullah dan diwaktu meninggal dunia dia tidak memiliki sepotong kain pun yang dapat dikafankan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah bin Abdul Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada ku kerana ia tidak mempunyai kain yang dapat di kafan untuk memakamkannya. Aku khuatir aku ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepatkan untuk menikmati kebahagiaan dunia fana ini dan aku khuatir bahawa aku akan tersisih daripada para sahabat Nabi di akhirat kelak disebabkan kerana aku mempunyai banyak harta."

    ***
    Dalam satu riwayat lain pula diceritakan Abdul Rahman bin Auf memberi makanan kepada tetamunya dan beliau tiba-tiba menangis lalu ditanya, "Mengapa engkau menangis hai Ibnu Auf?". Lalu dia menjawab "Nabi telah wafat, sedangkan baginda dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum."

    ***
    Adalah diriwayatkan juga bahawa sebelum Muaz bin Jabal berangkat untuk memegang sesuatu kedudukan yang diserahkan oleh Rasulullah s.a.w, beliau telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w :

    "Wahai Muaz, jauhilah hidup mewah, kerana hamba Allah yang disukai Allah ialah seorang yang tidak suka hidup mewah." 

    Sabda Rasulullah s.a.w itu begitu mempengaruhi jiwa dan peribadi Muaz bin Jabal.

    ***
    Di riwayatkan bahawa Abu Ubaidah, seorang gabenor merupakan seorang yang lebih condong kecintaannya terhadap akhirat daripada kesenangan dunia yang bersifat sementara. Setelah negeri Syam yang luas serta makmur itu jatuh ke tangan Islam lalu beliau diangkat sebagai pemerintah. Namun kehidupan beliau tidak lebih sebagai rakyat biasa, penuh zuhud dan sederhana sekali. 

    Saiyidina Umar Al Khattab pada suatu masa telah berangkat ke negeri yang diperintah oleh Abu Ubaidah itu untuk melihat-lihat sendiri daerah-daerah baru yang ditakluki oleh tentera Islam. Selain daripada itu, beliau juga bermaksud menemui Abu Ubaidah, panglima Islam yang agung yang terkenal sebagai penakluk Syam.

    Sesampai sahaja di rumah Abu Ubaidah, Saiyidina Umar lalu masuk ke dalam. Alangkah terkejutnya baginda apabila dilihatnya tidak ada suatu apa pun di dalam rumah Abu Ubaidah lalu Umar bertanya kepada Abu Ubaidah,

     "Mana barang-barang kepunyaanmu?". Maka dijawabnya oleh Abu Ubaidah, "Apa-apa yang dapat tuan lihat itulah barang saya." Saiyidina Umar menyambung, "Yang saya lihat cuma sebuah tempat makan dan sepotong kain bulu." . "Ya, cukuplah buat saya," sahut Abu Ubaidah dengan suara merendah. "Yang petama sebagai tempat makan dan tempat wudu' dan sepotong kain bulu itu sebagai tempat duduk dan tempat tidur sahaja." sambung beliau lagi. Mendengar kata-kata Abu Ubaidah menyebabkan Saiyidina Umar menangis kerana terlalu terharu. Melihat khalifah menangis, Abu Ubaidah pun lalu berkata, "Apakah hendak tuan tangisi akan saya, ya Amirul Mukminin kerana saya telah menjual dunia untuk membeli akhirat."

    ***
    Saya ingin sekali menyatukan hati saya dengan hati teman-teman saya. Apa yang saya inginkan adalah, saya ingin mereka merasa apa yang saya rasa. Saya seringkali berharap buku-buku ilmiah yang saya baca juga dapat difahami dan di nilai oleh kawan saya sebagaimana saya merasai. Pendek kata, saya ingin saya dan kawan-kawan saya menjadi satu. Kalau Allah beri tarbiah dah hidayah pada saya, maksudnya kawan saya juga mendapatnya. Tapi ia seolah-olah mustahil. 

    Di saat saya membaca buku tokoh-tokoh Islam, mereka membaca novel-novel cinta. 2 hari lepas, sementara menunggu waktu berbuka puasa, saya membaca majalah Solusi. Di sebelah saya, ade teman saya juga sedang membaca majalah juga. Majalah CLEO. Nampak dia sangatlah khusyuk, entah ape la yang best dengan majalah tu. Lalu ku angkatkan sedikit kepala menjenguk halaman yang sedang di baca. Sekadar sekilas pandangan, dalam hatiku, "huh, tak selera aku nak tengok majalah tu.". Mane tak nye, dengan perempuan sangat la seksi kat dalam majalah tu, tak pasal-pasal saya dapat dosa percuma. Andai kamu mengerti majalah sebegitu tak membawa apa-apa keuntungan kepada mu di akhirat malah memberi kerugian, pasti kamu tidak membelinya. Kenapalah saya tidak buat mereka mengerti???

    Saya sangat bersyukur Allah tidak kurniakan rasa minat untuk saya menonton tv dan bermain games. Saya sedar masih ada siaran yang bermanfaat namun lebih banyak siaran yang mudharat. Kalau saya berkepalangan, saya suka juga melayan siaran yang bermanfaat ini tetapi lebih suka kepada pembacaan buku-buku dan tulisan blog yang bermanfaat. Saya terkilan dengan kawan-kawan saya yang terlalu asyik melayan cerita-cerita Korea dan cerita kartun dari satu siri ke satu siri. Dari satu cerita ke cerita lain hinggakan solat wajib pun di lambat-lambatkan, rela tidak tidur untuk melayan cerita-cerita begini. Bangun subuh pun lambat. Kalau Subuh awal sekali pun, mula lah mengqada'kan tidur selepas solat Subuh. 

    Andai kau mengerti solat sunat tahajjud dan solat sunat di awal pagi itu lebih indah dan mendamaikan, pasti kamu juga tidak ingin meninggalkan ibadah itu walaupun sehari. Tapi kamu sendiri tidak ingin mencuba untuk merasainya. Andainya kamu tahu makruh tidur selepas Subuh dan kamu beringat tentang amalan mu yang masih sangatlah sedikit, pasti kamu akan meninggalkan perkara makruh dalam hidup mu.

    Suatu hari, saya melihat kawan saya yang kebosanan bermain games di dalam laptopnya lalu saya tanya "kenapa main game?". Jawapannya mudah, " Da abis cerita Korea kite tengok, tak tau da nak buat ape lagi, main la game, haha." Terdetik di hati saya, Itu saja kah dunia mu. Bosannya saya jadi kamu. Ajak join jemaah tak nak, alasan berlambak, bukannya tak faham. Kalau kamu join jemaah, kamu pasti tak bosan macam tu. Kesian saya tengok kawan-kawan saya.

    Lalainya dunia mu. Andainya kamu mengerti perasaan yang pernah dan sedang saya rasakan, perasaan mati itu begitu hampir, lalu kamu pasti beringat dan berusaha menyediakan diri untuk bertemu Allah, menyediakan diri untuk menghadapi sakaratulmaut, menyediakan diri untuk menghadapi alam kubur, alam mahsyar dan pasti kamu sering mendoakan moga-moga kamu di tempatkan di syurga, walau pun kamu sedar kamu tidak layak. Ya Allah izinkan mereka mengerti. Izinkan mereka merasai perasaan itu.

    Namun saya tetap bersyukur, kawan-kawan saya tidak dilalaikan dengan bercinta. Insya Alla tidak terlibat dengan maksiat terang-terang, tidak ada istilah dating2 ni, maksiat hati, Allahua'lam. . Mereka pernah bercinta namun mungkin mereka sedar cinta hanya sampai separuh jalan, putus tak sampai tengah jalan, hmm lebih baik hidup sendiri, masing-masing tidak terasa nak bercinta lagi tapi kadang-kadang sibuk cakap nak kawin, tapi xde calon.haha. 

    Saya mengerti perasaan kawan-kawan saya, umur yang makin meningkat ini menyebabkan mereka telah berfikir untuk berkahwin namun mereka tidak ingin bercinta. Jodoh pertemuan ada pada Allah, bukan mengelak daripada berusaha tetapi masih ada lagi perkara yang penting yang perlu di usahakan buat masa ini.  Jangan risau la kawan-kawan. =). Kalau ade calon sekarang pun, bukan boleh kawen pun sekarang, mesti korang pun xsanggup nak kawen masa blaja ni. Mesti mak bapak korang pun kasik tak kasik je kalau korang nak kawen.

    Saya nak jadikan kawan-kawan saya sebagai satu keluarga. Saya ingin menyayangi mereka seperti mereka adalah keluarga saya yang sebenar. Saya nak berusaha lebih gigih untuk mentarbiyahkan keluarga saya yang baru ini. Mungkin usaha sebelum ini tidak cukup gigih, terlalu sibuk dengan banyak hal lain. Insya Allah, Allah masih memberi saya bersama mereka lebih kurang setahun lagi. Usaha perlu dipertingkatkan. Kerana saya mengerti pedihnya azab kubur dan azab api neraka, saya tidak mahu keluarga saya merasainya. Ya Allah, bantu lah aku.

    Saya sangat rindukan kak cah dan k fizzan. Setahun bersama, berjuta-juta ertinya. Kak Cah dah terbang ke Sabah. Andai tidak ada perkara yang mendesak untuk saya pulang ke Terengganu, insya Allah saya akan terbang ke Sabah juga mengikuti Kak Cah. Teringat kenangan bersama-sama. Selalu riadah kat tasik pagi-pagi ujung minggu, menunggang kuda, makan sama-sama, solat sama-sama. Moga syurga menjadi tempat pertemuan kita yang kekal abadi insya Allah.

    Sahabat, kita sedang berada di bulan sya'ban. Ayuh, sediakan diri kita untuk Ramadhan yang bakal mendatang. Practice makes perfect. So practise dari sekarang tingkatkan kualiti solat wajib, tingkatkan kuantiti solat sunat, tingkatkan kelaziman membaca al-Quran, zikir-zikir dan selawat, lakukan puasa sunat, moga-moga apabila kita practise dari awal, kita akan terbiasa mengamalkannya nati di bulan Ramadhan dan boleh konsisten untuk bulan-bulan seterusnya. Kalau kita tak practise, nati kita akan layu, lemah dan sangat tak berdaya di bulan Ramadhan sebab tak biasa. Moga Allah masih memberi peluang untuk kita bertemu bulan Ramadhan kali ini. Mungkin Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir, rebutlah peluang pengampunan berganda, pahala maksimum, dosa minimum. Insya Allah.

    "Dan sebutlah nama tuhanmu pada waktu pagi dan petang. Dan pada sebahagian dari malam, maka bersujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bagian yang panjang di malam hari. Sesungguhnya mereka (orang kafir) itu mencintai dunia dan meninggalkan hari yang berat (akhirat) di belakangnya."

    (Al-Mursalat : 25-27)

    ~Meningkatnya usia, seharusnya lebih matang berfikir, bukan budak-budak lagi yang hanya inginkan keseronokan semata-mata. Hidup kita di kelilingi dengan tanggungjawab~

    Wallahua'lam.

2 comments:

  1. Salam akak..
    nice posting =)
    betul cakap akak, kadang-kadang sy pun rase camtu
    bila tengok kawan-kawan yg suka kuar jalan,shopping sana-sini,rasa macam indahnya hidup diorang,banyaknya duit diorang,banyaknye mase diorang..memang enjoy sepuas-puasnya
    oh,sy pun kdg-kdg kuar jln gak,tengok dunia luar..
    alhamdulillah Allah tak kurniakan nafsu utk membeli tu tinggi..sebab tahu duit tu perlu guna utk apa yg lebih penting,apelagi duk kat dunia kL ni..huhu..
    bertuah dan bersyukur kan sape-sape yg dpt jpa/ptptn..boleh guna duit bila-bila masa je...tambah bertuah jika si penerima dpt memanfaatkan nikmat yg diberikan tu..boleh wat simpanan utk guna masa depan..bertuahnya sy andai sy di tempat mereka..apa-apa pun,diri tetap bersyukur dgn nikmatNYA yg tak terhingga pd kita semua..
    maaf kak,panjang lak bebel..hehe..
    syukran ^_^

  2. Wslm husmad..
    Akak sekadar bercerita pengalaman je..
    Mengambil pengajaran dalam setiap apa yang berlaku dalam kehidupan..

    Moga kita sama-sama tergolong dalam orang yang menghargai nikmat kurniaan Allah..
    Syukran..
    =)
    Tak salah pun membebel2 panjang2 di sini..hehe