• Semangat Semangat!!!

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    " Demi masa, sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
    (Quran, Al-Asr : 1-3)


    Sekadar entry yang ringkas untuk kali ini. Bila la lagi saya nak buat entry yang lebih serius ni. Bukan tak nak buat, tapi entry yang saya buat akhir-akhir ni separuh jalan je. Da bertambah banyak koleksi draft dalam list posting saya. Banyak entry yang tak dapat disiapkan akhir-akhir ni.

    Seronok berada di rumah, walau mungkin tak mampu puasa di bulan Ramadhan di rumah, tapi alhamdulillah dapat puasa bulan Syawal di rumah.

    Sepanjang kat rumah, sangat seronok bertemu dengan semua adik beradik dan anak-anak saudara. Bukan senang nak bertemu, masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing. Alhamdulillah Allah masih memberi kelapangan untuk kami bertemu, bersua, berbincang, berkasih-sayang.

    Seronok bertemu dan berbincang dengan abang sebab abang selalu membuka minda saya untuk mengkaji, mencari dan menimba ilmu. Abang juga insan yang menjadi penyokong dan penguat kepada saya untuk terus berada dalam gerak kerja dakwah walaupun dimensi hala tuju kami tidak lah sama.

    Kepada sahabat-sahabat dan teman-teman, salam eidulfitri, maaf, ucapan ini terlalu lambat di lontarkan. Moga-moga sahabat dan teman dapat memaafkan segala kesilapan yang pernah saya lakukan. Saya sendiri sedar saya memang selalu sakitkan hati orang pun, bukan berniat begitu, kadang-kadang saya terlalu lemah berhadapan dengan perasaan, sebab tu emosi yang tidak stabil boleh menyakitkan hati sahabat dan teman-teman. Saya mohon maaf.

    Akhir-akhir ni saya selalu hilang semangat. Bukan akhir-akhir ni kot, dalam sebulan dua ni. Sebabnya adalah jadual pembelajaran saya yang sangat tak menentu, bukan bermaksud sibuk, tak sibuk pun tapi jadual waktu yang menyakitkan hati yang memang membuatkan semangat nak belajar kurang, nak buat semua benda  kurang semangat. Saya lebih berdisiplin dan menghargai masa kalau saya sibuk. Saya akan bersemangat bila saya sibuk. Maka terpaksa la menyibukkan diri, bukan senang.

    Saya da lama tak memberi suntikan semangat kepada diri sendiri. Moga-moga penulisan dan entry ini boleh jadi permulaan untuk menaikkan semangat saya untuk terus berjuang dalam pelbagai lapangan kehidupan. Kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang hilang semangat dan perlukan suntikan semangat, anda boleh menyuntik semangat sendiri juga. Haha, Entry saya da lama tidak dapat memberi semangat kepada pembaca kerana penulis blog ni pun cam hilang arah. Moga-moga blog yang berwajah baru menyuntik saya untuk terus menulis lagi, bukan hanya menulis separuh jalan dan terbengkalai sebagai draft sahaja. Haih..

    Kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan, kamu semua kene semangat, semangat untuk teruskan perjuangan kerana Allah. Jangan sia-siakan masa yang ada, study smart, yakinlah Allah sentiasa ada di sisi kamu dan buatlah yang terbaik kerana usaha itulah yang menunjukkan kamu benar-benar bersungguh-sungguh atau tidak untuk Allah. Allah suka kalau hambaNya melakukan sesuatu kebaikan secara bersungguh-sungguh semata-mata kerana Dia. Saya doakan kejayaan adik-adik semua. =). Moga ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan dari Allah.

    Untuk akhirnya, sahabat dan kawan-kawan, hargailah insan yang hadir di sisi kita terutamanya ibu bapa dan keluarga kita. Bersyukurlah kita diberi kelapangan oleh Allah untuk dapat bersama dengan mereka walaupun mungkin seketika. Hargai adik beradik kita, sayangilah mereka. Hargailah juga teman-teman di sisi kita yang sering ada di saat kita gembira mahupun kita bersedih. Bagi yang sudah berkahwin, sudah bertunang, sudah berjanji dan sedang bercinta, sayangilah dan hargailah pasangan anda. Haha. Tetiba masuk bab ni..hehe, gembira sebab semalam sepupu saya bertunang. Awalnya bagi seorang laki. Haha. Baru pulang dari Rusia menyudahkan Ijazah Doktor Perubatan di sana.

    Kepada penulis sendiri, tolonglah terus semangat.!! =). Moga dapat menyudahkan segala entry yang terbengkalai.

    "Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar."

    (Quran, Al-Hujurat : 15)

    Wallahua'lam.

0 comments: