• Restu

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    "Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan Allah menciptakan pasangannya (Hawa) dari dirinya dan dari keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan namaNya kamu saling meminta, dan peliharalah hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu."

    (Quran, An-Nisa' : 1)


    Saya membelek-belek buku silibus pembelajaran, pembelajaran mengenai sistem kekeluargaan dalam Islam. Sekadar menenangkan jiwa, jauh dari kehidupan duniawi yang terlalu menyesakkan jiwa. Mempelajari ilmu agama itu suatu ketenangan. Namun, setiap kali saya membaca, terasa sekali diri ini diketuk-ketuk berulang kali, kelemahan diri jelas sekali terpampang di depan mata, hanya Allah yang mengerti.

    Tertarik dengan beberapa hadis Rasulullah s.a.w:

    "Dari Abu Zar r.a berkata : Seorang lelaki yang bernama Ukaf Ibn Basyir al-Tamimi telah masuk berjumpa dengan rasulullah s.a.w : "Hai Ukaf, kamu ada isteri?" Jawab Ukaf : "Tidak". Sabda Rasulullah lagi, : "Kamu adalah kawan syaitan. Kalau kamu ini dari kalangan orang nasrani, tentu sekali kamu telah menjadi paderi mereka, sedangkan amalan kita adalah berkahwin. Mengapa kamu menjadi begitu wahai Ukaf, berkahwinlah, kalau tidak kamu berdosa."

    "Sesiapa yang berkahwin, sesungguhnya dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, maka bertakwalah pada sebahagian yang lain."

    "Perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukanlah dari golonganku."

    Abdullah Ibn Mas'ud pernah berkata : 

    "Seandainya umurku tinggal 10 hari pun aku akan berkahwin supaya aku tidak menemui Allah dalam keadaan bujang".

    Sudah sekian lama tidak berbicara isu kekeluargaan di dalam blog ini atau lebih tepat soal perkahwinan. Namun, tak bermakna entry ini untuk itu. Haih.

    Usia kian meningkat, soal ini juga seringkali bermain di bibir kami pelajar tahun akhir. Kami makin bersikap terbuka meluah apa yang dirasai soal hati dan perasaan, soal jodoh dan pernikahan. Tidak seperti seawal usia kami di tahun 1 atau tahun 2 dulu. Adakah kerana kami cukup bersedia atau hanyalah gurau senda? Allahua'lam. Mungkin kami semakin matang. Hmm, betul ke da matang. Entah la. Namun hakikat yang saya sedia faham, saya masih tak serius dan hati saya masih sama, seperti dulu, entah bila mahu berubah.

    Wallahua'lam.

    p/s :
    1. Saya sangat bangga dengan adik-adik yang sudah bersedia menjunjung sunnah Rasulullah ini pada usia muda lagi. Sedangkan saya masih tidak mampu untuk menyediakan diri lagi, apatah lagi melangkah ke arah itu. Moga Allah memudahkan urusan kalian.

    2. Saya bangga sekali dengan kawan-kawan yang mengharapkan seorang suami yang beriman dalam masa yang sama menyiapkan diri menjadi wanita beriman, dan saya, entah la, masih tidak ada samar-samar harapan pada bakal suami saya. Masih mencari siapa diri ini.

    3. Soal tanggungjawab, saya akan menerimanya hanya apabila saya bersedia menerima dan memikul tanggungjawab. Ia seolah-olah saya terlalu pentingkan diri sendiri. Walau bagaimana pun, lebih baik saya menilai dulu, jangan sampai jadi insan yang tidak bertanggungkawab. Namun, andai restu ibu bapa mendahului persediaan diri, ia lebih baik daripada segala-galanya.

    4. Saya tak tahu kenapa saya letak title restu, tapi itulah yang sebenarnya yang saya nak cerita walaupun entry ini kalau dibaca tidaklah menggambarkan 'restu'. Mungkin hati, jiwa, minda dan perlakuan saya sudah tidak selari antara satu sama lain. Hmm, entah la..

2 comments:

  1. insYaAllah..
    akan datang jugak waktunya untuk kita..

    'perempuan yang baik adalah unruk lelaki yang baik..'-ini janji Allah..janji Allah pasti!!

    makanya, hendaklah kita bukan sahaja menjadi yang baik malah jadilah yang terbaik..mudah-mudahkan kita juga dikurniakan yang terbaik..

  2. Syukran nur habib..

    Tazkirah y berguna untk akk..Moga sentiasa dlm lindungan Allah setiap masa dan ketika..Ameen..