• Kerana Kita Saudara

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang



    "Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu, sungguh goncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar."

    (Quran, Al-Hajj : 1) 


    Medan kehidupan, bukan hanya satu watak sahaja dilakonkan. Kerna Allah itu Maha Berkuasa, manusia tercipta dengan pelbagai watak. Warna kehidupan juga bukanlah hanya tercoret pada satu warna sahaja tetapi banyak sekali warna. Kehidupan juga bukan hanya digambar seorang individu sahaja, tetapi ia melibatkan komunikasi antara manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang tidak bernyawa. Begitulah cantiknya ciptaan Allah, sungguh hidup ini bukan suatu yang hambar, bukan suatu yang membosankan tetapi hidup ini terlalu mewah dengan nikmat dan kerana itulah manusia mudah sekali terleka.

    Kita bukan sendiri. Kita ada ibu bapa, keluarga, sahabat-sahabat dan teman-teman, orang-orang yang dikenali dan mengenali, juga orang-orang yang tidak di kenali. Allah mencurahkan nikmat kasih sayang buat hamba-hambaNya, Dia juga mengajar kita berkasih sayang. Namun, kadang-kadang kita di uji dengan kasih sayang. Kasih yang diberi, tidak dihargai, sayang yang diungkap tidak di balasi. 

    Kadang-kadang, Allah juga menyandarkan keburukan kepada sahabat atau teman kita hinggakan kita terasa sangat sedih atas apa yang dia lakukan pada kita. Namun kita harus ingat, Allah tidak mengajar hambaNya untuk berdendam, Allah tidak mengajar hambaNya untuk membenci. 

    Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

    "Janganlah kalian saling mendengki, jangan saling menipu, jangan saling membenci, jangan saling membelakangi dan janganlah sebahagian dari kalian menjual atas jualan sebahagian yang lain. Orang muslim adalah saudara ke atas muslim yang lain, maka jangan menzaliminya, janganlah membiarkannya (dalam kehinaan), jangan membohonginya, dan jangan merendahkannya. Taqwa itu di sini (seraya baginda menunjuk ke dadanya dan mengulanginya sehingga 3 kali). Cukuplah seseorang dikategorikan jahat apabila dia merendahkan saudaranya sesama muslim. Seluruh orang Islam dan orang Islam itu haram darahnya, hartanya dan kehormatannya."

    ( Riwayat Muslim)

    Semakin kita berfikiran positif, kita akan terdetik untuk sentiasa beramal dengan amalan yang positif, tetapi jika sebaliknya, kita akan cenderung untuk terus bersikap negatif. Penyelesaian yang terbaik adalah memaafkan kesilapan mereka dan tidak membenci mereka. Mungkin pada mulanya kita rasakan begitu sukar apatah lagi mengenangkan apa yang pernah dia lakukan namun dengan izin Allah, kita akan berlapang dada dan gembira dengan tindakan tersebut.

    Ayuh kita bina kasih sayang, teguh kan taqwa dalam jiwa kita. Kita bukan yang berkuasa menghukum, kita bukan yang berkuasa mengatur, kita bukan yang berkuasa menentu, apa yang terbaik, buat apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang dilarang. Sedih, pedih, pilu adalah lumrah kehidupan yang bukan dilalui sia-sia tetapi ia tercatit jelas dalam buku amalan kiri dan kanan kita. 

    "Tidak beriman salah seorang daripada kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."

    (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

    Wallahua'lam. 

    p/s : isi entry ni cam berterabur, moga tersampai inputnye, xtahu knp tulis entry ni dan gambar kat atas sebenarnya tak  de kaitan langsung. =).

2 comments:

  1. hehe..masa tengok gambar, saya ingat k.zira dh ehem..ehem..,sori2x..apa-apa pun semoga cepat la ya saya dapat kad jemputan ke majlis k.zira nanti=)

  2. hehe..ade2 je awk ni..
    smlm mariah duk sibuk tny akk, bila nak kawen..
    xtau la, Allah je tahu bila..

    blajar xabis lagi, calon xde lg, kursus kawen xg lg, ilmu kurang lg, umur muda lg what.. hahaha..

    ade la nati kad nye smpai, insya Allah. =)