• Episod 5 Tahun Perjuangan

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang



    "Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya, yang demikian itulah yang diperintahkan kepada ku."


    (Quran, Al-An'am : 162-163)


    Alhamdulillah 'ala kulli hal, sungguh Allah itu Maha Berkuasa, yang mengatur perjalanan hidup setiap maklukNya, memegang hati-hati hambaNya, mengubah mengikut kehendakNya, di saat hambaNya buntu, DIA lah yang membukakan jalan kehidupan, sinar bahagia walaupun nikmat itu tidak terfikir oleh makhlukNya. Allah Engkau Maha Agung dan Maha Sempurna.

    Sekilas renungan kembali saat saya bergelar pelajar pergigian UKM, membawa haluan hidup memilih Degree of Dental Sugery (DDS) sebagai ijazah pertama.

    Mengimbau kembali saat saya memilih dentistry sabagai haluan hidup. Walaupun pada awalnya bukan suatu yang saya minat untuk meneruskan bidang sains hayat, namun begitu lah ketentuan Allah buat saya. Saat saya meluahkan kepada guru kaunseling saya di matrikulasi, saya menyatakan pada nya saya ingin meneruskan pengajian dalam bidang pergigian di universiti, lalu saya bertanya kepada nya, layakkah saya untuk mengambilnya. Lalu di nyatakan pada saya yang saya sangat layak untuk mengambil bidang pergigian, namun peringatan yang masih lekat di memori saya apabila dia mengatakan " bidang pergigian adalah sangat sukar, azira kena banyak bersabar." Kata-kata yang cukup lekat di minda saya hari ini apabila diri sendiri telah jatuh ke lembah 'kesengsaraan' mengambil pergigian. Redha dengan takdir Allah, segalanya penuh hikmah, insya Allah.

    Seperti biasa, mudah sekali untuk saya mencabar diri sendiri. Lalu, saya tegar memilih pergigian sebagai pilihan pertama, kedua dan ketiga, bezanya hanyalah universiti. Perubatan menjadi tempat ke-empat dan kelima, kemudian di ikuti optometry dan farmasi. Alhamdulillah, saya ditawarkan mengikut pilihan pertama saya. Masih dalam ingatan saat mak saya sangat gembira menerima berita saya di tawarkan dalam bidang pergigian. Terima kasih mak abah atas sokongan yang tak putus-putus.

    Menyelusuri kehidupan di tahun pertama, saya mulai merasakan keperitan mengambil pergigian. Dentistry is full of TEARS. Subject yang banyak, dengan kelas harian yang padat, sangat menyesakkan jiwa apatah lagi bila usaha di rasakan sangat sia-sia. Apabila setiap kali test, result yang mengecewakan tertera pada no matrik A114027. Karipap oh karipap, kenapa kamu selalu bersama saya. (Siapa yang pernah merasainya mungkin akan memahami karipap itu, huhu). Namun, Allah sangat memberikan kesabaran yang tinggi kepada saya ketika saya tahun 1 hinggalah saya dinobatkan antara pelajar yang kene reseat 3 paper. 


    Ketika itu, segala kesabaran saya luruh menjadi sifar. Tiada lagi kesabaran, yang ada hanyalah air mata, 3 hari air mata tidak berhenti mengalir, bukan menyalahkan takdir, namun air mata itu tanda kesedihan saat kesabaran saya tidak lagi berfungsi apa-apa. Rakan-rakan yang lain juga begitu, sehingga ada yang berniat untuk membunuh diri. Atas sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya berusaha untuk menyudahkan peperiksaan ulangan tahun 1 walaupun saya sedar, terlalu tipis untuk saya meneruskan pengajian ke tahun 2 bersama rakan-rakan yang lain. 

    Saya masih ingat  sebelum result peperiksaan ulangan keluar, saya mengingatkan mak abah saya supaya tidak sedih andainya saya kena mengulang tahun. Ketika itu, saya redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi. Apabila tibanya hari result ulangan keluar, saya tidak pun menghadirkan diri ke fakulti, saya masih di kampung dengan hati yang lapang dan tenang, memohon agar Allah tenangkan saya andai saya menerima berita saya dikehendaki mengulang tahun.


     Nikmat Allah tidak disangka-sangka, rakan saya yang melihat paparan result menelefon saya menyatakan saya lulus peperiksaan ulangan untuk semua subjek reseat. Ketika itu, saya tidak percaya, berulang kali saya tanya rakan saya adakah berita tersebut benar, banyak kali juga saya ulang no matrik saya supaya dia melihat pada no matrik yang betul. Berulang kali juga dia nyatakan, "betul", memang no matrik saya. Ketika itu, bila rakan-rakan yang lain bertanya tentang result saya melalui SMS, saya tidak membalas nya kerana saya takut saya tersilap menyatakan saya lulus. Alhamdulillah, sekali lagi, hanya air mata yang meluahkan kegembiraan. Wahai Allah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku sangat besar.

    Menyelusuri kehidupan di tahun 2, kesibukkan saya untuk aktiviti kolej sangat-sangat di rasai. Namun, Allah sentiasa ada untuk menguatkan saya. Saat saya dinobatkan lagi untuk reseat 2 subjek, kali ini saya tenang menghadapinya. Allah berikan saya kekuatan, dan saya terimanya dengan ketenangan, kesabaran dan senyuman. Alhamdulillah. Saya belajar dari pengalaman yang lepas, belajar untuk lebih bersabar.

    Tahun 3, bermula sesi tahun klinikal. Memulakan tugas sebagai trainee Dentist, mencabar. Beban klinikal sangat dirasai. Namun, tahun 3 adalah tahun yang paling kurang stress pada saya berbanding dengan tahun-tahun lain. Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan requirement saya dengan jayanya dan saya juga dapat menyiapkan extra requirement. Alhamdulillah, peperiksaan akhir pun berjalan lancar tanpa viva borderline dan reseat paper. Alhamdulillah, saya juga dapat meluangkan lebih masa dalam kegiatan dakwah dan persatuan.

    Kemudian, menjejakkan kaki ke tahun 4, terasa semakin hampir untuk menjadi dentist. Requirement bertambah-tambah, dengan subjek juga lebih banyak berbanding tahun-tahun lain. Tahun 4 adalah tahun yang mencabar. Alhamdulillah, Allah mudahkan untuk saya menyiapkan requirement dan juga peperiksaan akhir tanpa menduduki peperiksaan ulangan.

    Namun saya di duga dengan mainan perasaan dan juga kesanggupan saya untuk berkorban lebih banyak dalam soal kepimpinan di jalan dakwah kerana Allah. Meletakkan diri untuk bersedia menggalas satu tugas yang berat apabila Allah mengatur saya untuk menjadi bakal calon mahasiswa wakil fakulti. Bukan mudah untuk menerima tugasan tersebut namun sebenarnya Allah telah mengingatkan saya untuk menyediakan minda dan hati sejak di tahun 3 lagi. 


    Kerap kali Allah persoalkan kesanggupan saya melalui hati saya. Menjadi bakal calon mahasiswa adalah satu perkara yang saya kira sangat indah, kerana saat itu saya merasakan saya sering berbicara dengan Allah. Saya dapat merasakan Allah memujuk saya untuk menerima dengan redha, di saat saya tidak keruan, Allah berbicara dengan saya agar saya tenang, di saat saya mengatakan pada diri saya yang saya tak layak, Allah nyatakan yang DIA hanya ingin saya lalui kehidupan itu, bukan untuk menggalas tanggungjawab itu, di saat saya memikirkan saya tidak layak untuk bertanding atas sebab result keseluruhan yang tidak melepasi kelayakkan, namun Allah melayakkan untuk saya berada sebagai bakal calon apabila saya melepasi kelayakan dalam soal akademik walaupun hanya lebih 0.1%. Di saat saya mengatakan pada Allah yang saya tak mampu untuk teruskan, Allah jugalah yang mengatakan DIA akan memberi kemampuan pada saya. 


    Saya sangat rindu berbicara denganNYA. DIA lah yang sering membelai hati saya agar sentiasa tabah, memelihara saya daripada kejahatan manusia yang dengki. Saat keputusan mengumumkan saya kalah bertanding, Allah jugalah yang mengucapkan tahniah pada saya kerana saya taat untuk melalui jalan yang DIA sediakan pada saya. Pada ketika itu saya tidak sedih pun atas kekalahan saya, kerana Allah telah mengingatkan awal-awal lagi pada saya bahawa DIA hanya ingin saya lalui jalan itu, bukan untuk memikul tanggungjawab itu. Alhamdulillah, terima kasih Allah.


    Tanggungjawab ini juga melenyapkan seketika masalah yang di hadapi apabila soal hati di duga.

    Perjuangan di tahun 5 seperti jangkaan saya. Allah menduga saya. Di duga dengan masalah requirement. Menghabiskan sem 1 tahun 5, saya hanya dapat menyiapkan 10% requirement saya. Pelbagai masalah timbul sehingga saya terlalu penat untuk menangis kesedihan. Again, dentistry is full of TEARS. Sem 2.1, saya hanya dapat menyudahkan 30% requirement saya. Saya redha dan pasrah kerana saya terlalu penat sebenarnya untuk meneruskan perjuangan ini. 

    Dugaan Allah bertimpa-timpa buat saya di tahun 5 ini, seolah-olah sepanjang perjalanan tahun 5 ini, terlalu banyak keluhan, terlalu banyak tangisan, terlalu banyak kata-kata sabar yang dilontarkan pada hati. Diri di duga lagi apabila sekali lagi di tawarkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai bakal calon mahasiswa. Saya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana saya tidak dapat merasakan kebersamaan kehendak manusia dengan kehendak Allah.


     Walaupun saya kira ramai yang sedih apabila saya menolak untuk bertanding pada kali ini, namun kalian harus sedar saya akan mengikut kehendak Allah kerana saya yakin itu yang terbaik untuk saya. Apabila bulan 4 hampir berlalu, saya redha dan bersedia untuk extend 6 bulan. Masakan tidak, sehingga bulan 4 saya hanya mampu menyiapkan sekitar 40% je requirement sedangkan masa yang ada hanya tinggal sebulan sahaja dengan limited waktu clinic. Meluah kepada mak abah dan kakak, moga-moga mereka redha sekiranya saya kene extend 6 bulan.

    Di saat saya kerunsingan dan dihantui dengan kehidupan requirement, dugaan menimpa apabila terasa diri penyebab masalah orang lain sedangkan saya sudah lama tidak berkomunikasi dengan manusia-manusia itu. Terkilan, namun saya tak terasa untuk berfikir pasal mereka, masalah saya yang lain jauh lebih besar berbanding masalah 'perasaan'. Serius, walaupun soal 'perasaan' selalu membuatkan saya sedih, tapi Alhamdulillah Allah tak pernah biarkan kehidupan saya tergendala hanya semata-mata soal perasaan. Pelajaran dan kerja-kerja lain adalah lebih penting bagi saya walaupun di ketika itu saya di uji dengan soal perasaan.

    Apabila awal Mei menjengah, Allah mula memberi sinar harapan pada saya. Satu demi satu khabar gembira DIA berikan buat saya. Alhamdulillah, peluang untuk menduduki exam menampakkan sinar. Tanggal 24/5, sekali lagi air mata menitis saat nama saya tidak tersenarai antara pelajar yang dihalang menduduki peperiksaan. Alhamdulillah. 


    2 minggu lebih menghadapi peperiksaan sangat menyesakkan minda saya tapi saya harus bersyukur Allah telah memberikan peluang buat saya untuk menduduki peperiksaan. Walaupun kudrat yang ada hanya tinggal sisa-sisa, perjuangan harus di teruskan.

    Semalam, keputusan peperiksaan telah diumumkan oleh dekan. Alhamdulillah, saya berjaya lulus dalam peperiksaan menghabiskan 5 tahun perjuangan sebagai pelajar pergigian. Walaupun ia baru semalam berakhir medan itu, ia tidak sama sekali bermakna medan dakwah dan perjuangan saya merebut cinta Allah berakhir. Ia tidak akan berakhir selagi nyawa bersama jasad.

    Episod ini penuh dengan air mata, penuh dengan dugaan. Alhamdulillah, hikmah Allah supaya saya lebih dekat denganNya, mengurniakan peningkatan taqwa, sabar dan tenang dalam diri ini. 


    Sahabat, mengertilah, tanpa dugaan, maka tiadalah nilai sabar itu. Sahabat, berlalunya saya dari kota ini bukan bermakna saya juga akan berlalu dari medan yang pernah kita tempuhi bersama-sama. Selagi kalian masih bersama Allah, selagi itulah saya juga tetap ingin bersama Allah. Walau perjuangan kita tidaklah bersama-sama di hadapan mata, namun kita masih ada kesamaan dan kesatuan hati. Usahlah risau walau pun di mana saya berada, perasaan untuk mencari sinar kebahagiaan bersama Allah itu tetap tidak pernah putus malah makin bertambah-tambah. Nampaknya saya akan merindui sahabat-sahabat seperjuangan saya..sob3..huhu.

    Buat adik-adik saya, teruskan perjuangan. Moga sentiasa kuat dan tabah.


    "Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka DIA memanggil Jibrail, "sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia." Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit. "Sesingguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia." Maka penduduk langit mencintainya kemudian ia mendapat penerimaan di dunia."

    (Riwayat Al-Bukhari : 3037)


    Wallahua'lam.

    p/s : Sekarang da boleh fikir pasal kawen. =). Masa belajar mane la sempat nak fikir. huhu

8 comments:

  1. Unknown said...

    TAHNIAH kak zira...semoga Allah memberkat akak...teruskan perjuangan dan semoga Allah permudahkan perjalanan akk selepas ini....

    bila nak khwen tu..jgn lupa jmput saya :)

  2. Alhamdulillah, syukran as.. =)
    Moga kite terus istiqomah di jln perjuangan krn Allah. Moga kite sentiasa diredhai Allah..

    insya Allah, tiba msenye ade la kad jemputan nati..haha

  3. Unknown said...

    alhamdulillah..
    tahniah2.. bukankah terasa sgt nikmat bila kita berjaya dengan pelbagai halangan sebelum ini..

    ujian itu juga satu nikmat dan tanda Allah syg kat kita.
    semoga terus sukses dalam menempuh dunia yang serba baru.

  4. ayie said...

    Tahniah zira
    doakan ktorg yg kne extend ni
    n smoga jd dentislam yg berjaya

  5. -->Mije

    Syukran mije..
    Ye, trase sgt nikmat dan mengajar sy untuk sentiasa brsyukur..kalau agak2 cam nak mengeluh tu, muhasabah blk sbb Allah da bg mcm2 nikmat sbnrnye.. Alhamdulillah..

    Semoga awk pun trus tabah, sabar dan tenang juga mghadapi kehidupan dan beroleh kjayaan dunia dan akhirat...insya Allah..

  6. -->Ayie

    Thanks ayie..
    Rajin gak ayie blogwalking kt blog ni eh..hehe

    Moga Allah mudahkan urusan ayie dan rakan2 y lain..Ayie jauh lbh tabah dan sabar drpd zira..

    Same2 kite dekatkan diri kte dgn Allah agar kite lbh tenang..

    Muhasabah : Ayie msti rase hari ni lbh baik drpd smlm kn..alhamdulillah..

    Y lain, kite smbung sembang personal k..haha..kaku plak rase, takut trsalah kate, trsilap bhse..b4 balik, dinner dgn zira jom..hehe

  7. incik said...

    salam akak...
    tahniah sangat2...
    saya tumpang happy buat akak..semoga akak berjaya menjadi dentist muslimah yang excellent!amiiin..

  8. wslm incik..
    thanks.. =)

    Moga awak juge brjaye dgn cemerlang dunia dan akhirat insya Allah..

    Miss you lots..Tetiba tringt zaman brjiran dgn awk..hehe.. =)