Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. "
(Quran, Al-Hadid : 20)
Alhamdulillah, 'ala kulli hal, puji-pujian selayaknya buat pencipta Yang Maha Agung, Maha Sempurna Ya Allah. Agak lama tidak mengupdate blog ni. Blog ini seharusnya perlu semakin matang sejajar dengan usia penulisnya, namun penulisnya pun masih berusaha untuk berfikiran matang dan positif, membuka hati dan jiwa untuk sentiasa redha dengan setiap ketentuan Ilahi, melangkah dan terus melangkah sebagaimana aturan Allah agar dunia yang dimiliki boleh membahagiakan diri di akhirat nanti.
2 3 menjak ini, saya tidaklah kerap untuk berjalan-jalan di blog. Mungkin juga atas sebab kesibukkan yang melanda sejak sebulan ini, namun saya tetap merindui juga. Hari ini alhamdulillah, Allah memberi kesempatan untuk berada di sini, tapi apabila difikir-fikirkan, tidak tahu apa pula yang ingin ditulis di sini. Mungkin sudah sekian lama tidak menulis maka otak pun beku dan kaku, mula lah ligat memikirkan apa yang harus di tulis, apa yang harus di kongsi. Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsi namun saya seolah-olah tidak mampu untuk menulisnya, mungkin di sebabkan saya sedang memikirkan tugas-tugasan yang harus saya selesaikan lagi dan lagi.
Cuma sejak bulan Ramadhan yang lalu, saya sangat merindui Al-Qamar. Bulan, Oh Bulan. Penangan satu bahan bacaan yang cukup lekat di hati.
"Jabir bin Samurah berkata, Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu baginda memakai pakaian yang berwarna merah. Aku memandang baginda dan bulan silih berganti. Menurutku, baginda lebih indah daripada bulan purnama."
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Wallahua'lam
p/s: Alhamdulillah, saya baru sahaja dapat anak saudara baru, Nur Faqihah Adawiyah binti Md. Sufian. Maka, saya mula membaca kembali buku yang pernah saya khatam sebelum ini, "Anakku Hebat, Anakku Soleh." =)

0 comments:
Post a Comment