• Ijazah Ketaqwaan


    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang

    Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. 

    (Quran, Surah Al-Baqarah :183)


    Alhamdulillah, moga-moga Allah masih mengurniakan usia hingga ke akhir Ramadhan ini. Hari ini saya ingin coretkan sedikit peringatan buat diri sendiri dan teman-teman pembaca yang dikasihi sekalian tentang amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dalam bulan Ramadhan: 

    1. Menghidupkan malam-malam dengan solat Tarawih berjamaah 
    "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w keluar pada waktu tengah malam, lalu baginda solat di masjid, dan solatlah beberapa orang bersama baginda. Di pagi hari, orang-orang memperbincangkannya. Ketika Rasulullah s.a.w mengerjakan solat (di malam kedua), banyaklah orang yang solat di belakang baginda. Di pagi hari berikutnya, orang-orang kembali memperbincangkannya. Di malam yang ketiga, jumlah jamaah yang di dalam masjid bertambah banyak, lalu Rasulullah s.a.w keluar dan melaksanakan solatnya. Pada malam keempat, masjid tidak mampu lagi menampung jamaah, sehingga Rasulullah s.a.w hanya keluar untuk melaksanakan solat Subuh. Tatkala selesai solat Subuh, beliau menghadap kepada jamaah kaum muslimin, kemudian membaca syahadat dan bersabda, "Sesungguhnya kedudukan kalian tidaklah samar bagiku, aku merasa khuatir ibadah ini diwajibkan kepada kalian, lalu kalian tidak sanggup melaksanakannya."


      (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


    Setelah Rasulullah s.a.w, khalifah Umar telah menghidupkan kembali syari'at solat Tarawih secara berjamaah dan hal itu disepakati oleh semua sahabat Rasulullah s.a.w pada masa itu.


    2. Menghidupkan malam-malam Lailatul Qadar
    "Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan"
     
    (Quran, surah al-Qadar : 3) 

    "Dan barangsiapa yang beribadah pada malam lailatul qadar semata-mata kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." 

    (Hadis Riwayat Bukhari)

    Menghidupkan malam lailatul qadar adalah dengan memperbanyak solat malam, membaca al-Quran, zikir, berdo'a, membaca selawat. 


    Aisyah radhiyallahu 'anha pernah berkata, 'Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, jika aku mendapatkan lailatul qadar, maka apa yang aku ucapkan?" Baginda menjawab, "Bacalah:

    اَللّهُمًَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَفاَعْفُ عَنِّي

    Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Yang suka mengampuni, ampunilah aku."

    3. I'tikaf di malam-malam Lailatul Qadar
     I'tikaf dalam bahasa adalah berdiam diri atau menahan diri pada suatu tempat, tanpa memisahkan diri. Sedang dalam istilah syar'i, i'tikaf bererti berdiam di masjid untuk beribadah kepada Allah dengan cara tertentu sebagaimana telah diatur oleh syari'at.

    4.Memperbanyak sedekah
    "Rasulullah adalah manusia yang paling pemurah, dan baginda lebih pemurah lagi di bulan Ramadhan saat Jibril menemui baginda."


    (Hadis Riwayat Bukhari)
      
    5. Melaksanakan ibadah umrah
    Salah satu ibadah yang sangat dianjurkan di bulan Ramadhan adalah melaksanakan ibadah umrah dan Rasulullah s.a.w menjelaskan bahwa nilai pahalanya sama dengan melaksanakan ibadah haji, seperti dalam hadits yang berbunyi:

    "Umrah di bulan Ramadhan sama dengan ibadah haji."

    6. Memperbanyak doa

    7. Memberi buka puasa (tafthir shaim)
    Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebiji tamar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    " Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikit pun". 
    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    8. Memperbanyakkan berbuat kebaikan

    9. Mengkhatamkan Quran



    "Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu ada di dalam bulan ini, maka berpuasalah. Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa) maka( wajib menggantikannya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur."


    (Quran, al-Baqarah : 185)


    Moga-moga kita semua beroleh ijazah ketaqwaan dari Allah.

    Wallahua'lam.


    p/s: Alhamdulillah, kali ni boleh berpuasa di rumah. Insya Allah. Selamat menjalankan ibadah puasa sahabat-sahabat. =)

2 comments:

  1. Alhamdulillah : )

    Terima kasih saling ingat mengingati kepada diri yang selalu alpa ini ^^

    Mudah mudahan kita dapat perbaiki diri di bulan yang mulia ini.

  2. Alhamdulillah, peringatan bt diri sndiri y sering lupe, dan bt shbt2 pembaca y sntiasa mndambakan kasih syg Allah..