Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah," kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat mu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kehidupan di dunia ini (di bandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit."
At-Taubah : 38
Sudah agak lama rasanya aku meninggalkan dunia penulisan ini. Kesibukkan akhir-akhir ini menyebabkan masa ku terlalu terhad untuk menulis. Aku sendiri baru pulang dari Melaka. Minggu lepas aku gunakan masa bersama-sama teman-teman dan adik-adik menimba ilmu di sekitar Selangor. Minggu depan, aku akan pegi ke Johor pula dan insya Allah hujung bulan nanti aku akan pergi ke Pahang. Adik dan kakak ku sudah beberapa kali bertanya akan kepulangan ku ke Terengganu, namun jawapan yang mungkin mengecewakan mereka sering aku ungkapkan. Maaf, aku benar-benar ingin berada di jalan Mu, selagi ada peluang dalam hidupku. Alhamdulillah kesyukuran yang tak terhingga kepada Mu Ya Allah kerana mengurniakan aku sebuah keluarga yang benar-benar memahami diri ini. Perjuangan ku bukan suatu tipuan, aku jelas memberitahu keadaan ku di sini kepada keluarga ku di sana kerana aku bukanlah insan yang pandai menipu, dan keluarga ku bukanlah susah untuk di beri kefahaman. Cuma aku belum bertemu kedua ibubapa ku sejak kepulangan mereka dari Mekah. Moga rindu ku buat ibu bapa masih dapat di tahan dan moga rindu ibu bapa ku buat aku anak kesayangan nya masih boleh dibendung..hehe
Untuk entry kali ini, aku ingin menceritakan tentang pejuang muslimah pertama dalam Islam. Beliau ialah Nusaibah binti Ka'ab Al-Anshari. Beliau juga dikenali sebagai Ummu 'Imarah. Beliau telah mencapai mati syahid di medan jihad.
Ummu 'Imarah telah mengikuti banyak peperangan dalam hidupnya untuk menegakkan agama Allah.
Imam Al-Zahabi pernah berkata:
Ummu 'Imarah yang mulia adalah seorang mujahidah, ikut serta menyaksikan Bai'at Al-Aqabah, Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah.
Ketika perang Uhud, Ummu 'Imarah keluar untuk memberikan minuman kepada pasukan muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang terluka. Tatkala pasukan Muslimin mulai terdesak dalam perang tersebut setelah menguasai sebelumnya dan lari daripada peperangan, kecuali hanya beberapa orang yang bertahan, maka Ummu 'Imarah menghunuskan pedangnya dan memakai perisai serta melindungi Rasulullah s.a.w daripada jangkauan musuh.
Ummu 'Imarah sering berusaha melindungi Rasulullah s.a.w ketika perang Uhud.
Sabda Rasulullah :
Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali aku melihat Ummu 'Imarah berperang di hadapan ku.
Perang Uhud berlanjutan, keluarga mujahidah ini melingkari Rasulullah saw untuk melindunginya. Ketika salah seorang anaknya yang bernama Abdullah luka parah, Ummu 'Imarah mengikat luka tersebut sambil berkata "Bangun wahai anakku!" Maka anaknya terus melawan kaum musyrikin.
Rasulullah bersabda :
"Wahai Ummu 'Imarah! Siapakah yang mampu berbuat seperti apa yang telah kau lakukan?"
Ummu 'Imarah mengalami luka yang sangat banyak ketika Perang Uhud. Luka yang paling dalam terdapat di bahunya. Rasulullah s.a.w memeriksa luka Ummu 'Imarah dan memerintahkan anaknya Abdullah supaya mengikat luka tersebut sambil bersabda yang bermaksud:
"Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kamu sekalian"
Ketika Ummu 'Imarah mendengar sabda tersebut, dia pun berkata, "Ya Rasulullah! Mohonlah kepada Allah agar kami boleh menemanimu di syurga nanti" Maka Rasulullah berdoa yang bermaksud:
"Ya Allah! Jadikanlah mereka semua yang menemaniku dalam syurga kelak. Lantas Ummu 'Imarah berkata "Aku tidak akan pernah mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia."
Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun. Dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu."
At-Taubah : 39
Wallahua'lam.
p/s : indah sangat bersama-sama teman di Bangi. Semangat jihad mereka begitu utuh, aura mereka masih ku terasa. Aku ingin bersama mereka.
0 comments:
Post a Comment