Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
"Dan jangan kamu arahkan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan untuk Kami uji mereka dengannya. Adapun kurniaan Tuhanmu, itu adalah lebih baik dan lebih kekal."
Taha : 131
Hari ini dapat ku luangkan masa ku sehari bersama-sama anak-anak yatim di Rumah anak yatim Damai, Kuang, Selangor. Seronok bersama-sama mereka sebenarnya. Mereka di kalangan orang-orang yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka, ada juga yang kehilangan salah seorang daripada ibu bapa dan ada juga yang masih ada kedua ibu bapa tetapi di sebabkan masalah disiplin, mereka di hantar ke situ.
Sepanjang seharian di sini, kami pelajar pergigian telah mengadakan dental screening programmes, dan explorace bersama-sama mereka. Kanak-kanak merupakan golongan yang suci. Suci daripada dosa. Malah sering jujur dalam berkata-kata.
Apa yang aku ingin bawakan untuk entry kali ni ye.. haha. Aku pun tak tahu. Sudah lama rasanya tidak menulis di sini. Mungkin, kesibukkan yang agak mendesak masa dan fikiran ku. Aku suka menulis ketika aku ada idea untuk menulis tetapi idea menulis ku itu hadir di saat aku dilanda kesibukan yang tidak membenarkan aku menulis. Ketika ini, aku sudah tidak ada idea hati ke hati untuk menulis, namun ada sesuatu ingin ku huraikan kekusutan hati di saat aku sepi tanpa kerja. Moga aku terus istiqomah dalam perjuangan Mu.
Apa cacatku jika aku manusia tabah dan gagah
Busar panahku teguh dan kukuh sentiasa
Dari busarku nan kukuh melancar panah
Maut itu kan hakikat dan hidup itu maya
Segala yang ditaqdirkan tuhan itu pasti
Mengenali seseorang
bukankah kepada Allah jua ia akan kembali
( Madah gubahan 'Asim bin Tsabit sebelum kematiannya)
"Katakanlah, "Kalau kamu benar-benar kasihkan Allah, maka ikutilah ajaran ku nescaya Allah akan mengasihi mu."
Ali-Imran : 31
p/s : terima kasih pada sahabat-sahabat yang terlalu banyak bagi sokongan untuk aku di saat aku di duga untuk berada di dalam satu jalan perjuangan yang agak sukar bagi ku. Namun, sahabat-sahabat, jangan risau kerana aku benar-benar yakin Allah ada bersama-sama ku, dan jalan yang ku lalui adalah jalan Allah dan untukNya. Moga mendapat keberkatan. ameen.
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment