• Ikatkan Hati Di Jalan Allah

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang



    "Dialah yang telah menurunkan ketenangan dalam hati orang-orang mu'min supaya keimanan bertambah di samping keimanan yang telah ada. Dan kepunyaan Allah lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
    Al-Fath : 4

    2 hari lepas, aku berpeluang untuk menghadiri usrah bersama-sama dengan Dr Rosni walaupun aku agak sibuk dan kepenatan. Sudah agak lama kami tidak berusrah. Kesibukan masing-masing mungkin. Agak banyak perbincangan kami ketika usrah berjalan.

    Sebelum memasuki skop perbincangan kami, sedikit perbincangan tentang ukhuwah kami kemukakan.
    Tahap ukhuwah ada 3 iaitu:

    1. Berlapang dada
    2. Bersangka baik
    3. Melebihkan sahabat daripada diri sendiri.

    "Tidak akan beriman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya"

    >>> Moga aku dan sahabat-sahabat tergolong dalam golongan yang menjaga ukhuwah yang terjalin kerana Allah.

    Kemudian, kami memulakan skop pembelajaran kami dalam buku Golongan Yang Tercicir karangan Fathi Yakan. Antara sebab-sebab keciciran adalah

    1. Kelemahan daripada sudut tarbiyyah
    2.Tidak meletakkan seseorang di tempat yang sesuai
    3.Tidak membahagi-bahagikan kerja kepada setiap anggota
    4. Tidak mengambil berat hal ahli
    5. Tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
    6. Pertikaian dalaman
    7. Pimpinan yang tidak layak

    "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukan mu."
    Muhammad : 7

    Hakikatnya, tanggungjawab yang ada melebihi masa yang ada. Moga aku terus istiqomah dalam jalan Allah.

    "Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa raga mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar."
    Al-Hujurat : 15

0 comments: