Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi”
Abu Tayyib al-Mutanabbi
Apabila di lihat gambar otak di atas, kepala ku ligat mengingati kembali pembelajaran ku dalam subjek Physiology ketika aku di tahun 1. Tajuknya mengenai Central Nervous System yang diajar oleh Prof. Dr. Ruszymah Idrus. Pembelajaran yang sangat menarik apatah lagi di ajar oleh seorang Dr yang sangat practikal, sangat jelas penerangannya.
Entry kali ini, aku ingin sekali bawakan satu tajuk bagaimana menghasilkan minda kelas pertama.
Masalah umat Islam pada hari ini adalah malasnya untuk berfikir lebih dari kebiasaan. Kita seringkali di sarankan untuk berfikir out of the box. Tapi bagaimanakah caranya?
Masalah umat Islam pada hari ini adalah malasnya untuk berfikir lebih dari kebiasaan. Kita seringkali di sarankan untuk berfikir out of the box. Tapi bagaimanakah caranya?
Bagaimanakah kita ingin menguasai minda kelas pertama??? Antaranya adalah dengan cara komunikasi yang efektif dan menghasilkan pengaruh dan kuasa.
Bagi komunikasi secara efektif, kita perlu mengingati apa yang kita dengar. Adakalanya kita boleh membuat catatan, tetapi dalam perbualan harian, kita tidak membuat catatan kerana menganggap situasi tersebut adalah remeh. Kenal pasti perkara-perkara yang diucapkan, ringkaskan apa yang diucapkan. Kalau boleh cara mengingat ini adalah relevan dengan kita menyebut semula nama-nama penting dan fakta-fakta tertentu yang sudah tersedia ada dalam kepala kita.
Pada kebiasaannya gaya komunikasi kita dipengaruhi oleh emosi. Apabila kita suka kepada seseorang, komunikasi kita bersifat sangat positif. Kita banyak memuji dia, dan kita seronok dengan kehadirannya. Orang-orang yang tertarik kepada kita adalah orang-orang yang memenuhi keperluan jiwa kita. Mereka menaikkan estim-diri kita.
Mengikut kajian, orang yang pandai berkomunikasi dipandang sebagai orang yang mempunyai daya tarikan. Ini tidak menghairankan kerana dengan menggunakan teknik komunikasi yang betul, setiap kali kita bercakap, kita membuat orang lain rasa terhibur, akhirnya mereka suka dan tertarik kepada kita.
Dalam konteks am, kita mendengar untuk memahami orang lain, memahami diri sendiri, memahami alam dalam masa yang sama kita belajar daripada orang lain yang lebih mengetahui perkara-perkara yang kita tidak ketahui ataupun yang tidak pernah kita alami. Apabila kita menjadi pendengar yang baik,kita lebih mudah mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang itu.
Bagaimana pula dengan daya pengaruh dan kuasa???
Daya pengaruh ialah keupayaan seseorang mendorong orang lain supaya menukar sikap, fikiran, perasaan dan tingkah lakunya sesuai dengan apa dikehendaki olehnya. Oleh itu, daya pengaruh adalah unsur yang harus dimiliki oleh seseorang yang hendak mempengaruhi orang lain.
Kuasa adalah sumber pengaruh yang paling besar. Kuasa yang ada pada seseorang tu menentukan status orang tersebut. Makin banyak kuasa dimiliki, makin tinggi statusnya. Baik kuasa mahupun status, kedua-dua sangat penting dan berpengaruh.
Kejayaan dalam dakwah ialah apabila kita mampu membentuk diri dan kemudiannya mampu membentuk orang-orang yang terdekat menjadi hamba Allah yang bertakwa. Itulah contoh dakwah para Nabi yang sentiasa menjadikan kaumnya orang yang mula-mula menerima seruannya. Kaedah ini yang telah diterapkan oleh baginda S.A.W bersama-sama para sahabat hingga akhirnya berjaya menakluki 2/3 dunia pada zaman kegemilangan Islam sebelum kejatuhan Khilafah Othmaniah di Turki pada tahun 1924. Namun ianya tidak semudah seperti yang disangkakan.
Kejayaan manusia dalam agama adalah sejauh mana manusia dapat mentaati perintah Allah Taala dengan cara hidup Nabi Muhammad S.A.W yang penuh ringkas, mantap dan padat. Jika manusia berterusan konsisten dalam mentaati perintah Allah Taala, dan mengikuti cara hidup Nabi S.A.W selagi itulah Allah Taala akan terus beri kejayaan dalam semua lapangan, dan semua bidang insya-Allah.
Kejayaan manusia dalam agama adalah sejauh mana manusia dapat mentaati perintah Allah Taala dengan cara hidup Nabi Muhammad S.A.W yang penuh ringkas, mantap dan padat. Jika manusia berterusan konsisten dalam mentaati perintah Allah Taala, dan mengikuti cara hidup Nabi S.A.W selagi itulah Allah Taala akan terus beri kejayaan dalam semua lapangan, dan semua bidang insya-Allah.
Inilah impian kita, impian semua orang, dan termasuk impian seluruh umat Islam yang mendokongnya.
Ayuh teman! Marilah kita mantapkan perjuangan, bukakan sayap yang sudah dipinjamkan oleh-Nya, lebarkan selebar-lebarnya, terbanglah bersama Impian murni ini hingga menggapai puncak Izzah kepada-Nya.
"Dan jiwa serta penyempurnaan (ciptaan-Nya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwa itu"
As - Syams :7-9
Wallahua'lam
p/s : senyum dan tenang lah wahai hati.
p/s : senyum dan tenang lah wahai hati.
0 comments:
Post a Comment