Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa, "Ya tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya tuhan Kami, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang."
Al-Hasyr : 10
Buat 3 orang sahabatku yang benar-benar dekat di hatiku. Aku tersentuh dengan kasih sayang mu.
Seawal pagi, aku akan bertemu dengan sahabat 1 ku. Indah benar ukhuwah kami. Ukhuwah kerana Allah. Solat Subuh bersama-sama dan kemudiaannya kami menggunakan waktu selepasnya dengan membaca al-maathurat. Sahabat 1 ku, kami akan pergi ke kelas bersama-sama. Setiap suka duka yang ku lalui, aku terlalu mudah meluahkan padanya melainkan perkara tertentu cukup untuk kepadaNya aku luahkan. Masa lapangku banyak ku habiskan bersama-samanya. Dia lah teman ku ketika suka dan duka. Di ketika hujung minggu, kami akan merancang sesuatu yang bermanfaat. Walaupun kadang-kadang masa benar-benar tidak mengizinkan untuk kami bersama, catatan rindu akan kami luahkan melalui sms. Dia benar-benar dekat di hati ku. Aku menghormati dia.
Sahabat 2 ku. Seketika semalam, aku ke kelas keseorangan, bukan bersama sahabat 1 ku. Kali ini, aku tidak ke kelas dengan berjalan kaki seperti kebiasaannya kerna tidak berani untuk berjalan kaki seorang diri. Aku bertemu sahabat 2 ku. Hati ku benar-benar tersentuh bila sahabat 2 ku memanggil nama ku. Aku melihatnya. Dia bertongkat. Rasa sayu di hati ku. Ingin sekali aku bersama-sama memikul beban kesusahan bersama-samanya tetapi masa benar-benar tidak mengizinkan. Aku sekadar sempat memanggil nama nya lalu ku teruskan perjalanan naik bas. Aku sangsi kenapa sahabat 2 ku tidak bersama-sama naik bas. Adakah sebab dia bertongkat, menyebabkan dia tidak mampu untuk naik bas?? Dia cukup menyentuh hati ku. Lalu ku kirimkan sms buatnya bertanya kan kenapa tidak naik bas??? Katanya, dia ingin ke hukm. Tunggu bas ke hukm. Aku kerisauan dia keseorangan. Ingin sekali aku menemani dia, namun aku tidak punya waktu. Di kelas aku terfikir tentang sahabat 2 ku. Ku tanam kan nekad untuk melawat dan keluar dengannya pada petang itu walaupun mungkin aku akan balik kelas pada pukul 5.30 petang. Terasa sekali untuk bersama-samanya. Ingin sekali ku pimpin tangannya, ingin sekali ku berada di sisi nya menanggung dugaan hadiah Allah buatnya.
Sahabat 3 ku. Dia terlalu berbeza dengan ku. Apa yang ada padanya, tiada padaku. Apa yang ada padaku, tiada padanya. Kami cukup berbeza. Namun dia hadiah dari Allah buatku. Aku sangat menyayangi nya. Dia teman belajar ku. Teman ku di saat aku berada di kelas, di klinik. Dia sering bersama-sama ku. Dia juga tempat aku luahkan segala masalah tentang perjalanan harian aku sebagai seorang pelajar. Di saat peperiksaan menghampiri, aku kerap bersama-samanya. Aku mudah belajar dengan nya. Mungkin semangat belajar nya yang sering berkobar-kobar membantu aku yang malas nak belajar. Haha. Aku ingat, hanya aku yang mengaggap dia istimewa, dia dekat di hati ku, namun pada firasatku, aku dapat merasakan hati kami terlalu dekat. Dan dia juga mengaggap aku istimewa buatnya. Namun, aku bimbang bila aku lalui semusim yang baru, dia akan tinggalkan aku. Aku sangat bimbang. Kerna aku sangat sayangkan dia. Namun, aku yakin, ukhuwah yang terbina bukan begitu mudah untuk di pisahkan hanya kerana dia berbeza dengan ku. Aku yakin, dia memahami aku. Dan mungkin dia juga yang menjadi pendorong aku di masa akan datang.
Sahabat-sahabatku, aku terlalu sayangkan kalian. Aku tidak pandai menzahirkan kasih sayang, namun aku harap kalian dapat merasainya. Mana mungkin aku dapat lupakan orang yang pernah menyentuh hati ini. Selama-lamanya tidak akan aku lupakan. Terima kasih buat sahabat-sahabat dan teman-teman ku.
"Barangsiapa meringankan kesusahan seorang muslim di dunia, maka Allah akan membebaskan kesulitannya kelak di hari Kiamat."
Al-Hadith
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment