• Warna-Warna Kehidupan

    Assalamu'alaikum wbt.
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang




    "Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa-apa yang ada di atas muka bumi itu, sebagai perhiasannya untuk Kami menguji mereka, siapakah di antara mereka itu yang amat baik amalannya"
    Al-Kahfi : 7

    Apabila disebut tentang warna-warna, pasti tergambar di fikiran warna putih, kuning, merah, biru, hijau dan lain-lain. Terlalu bnyak warna-warna. Dengan kurniaan aqal yang sempurna, warna-warna ini boleh pula digabungkan  membentuk warna-warna yang lain. Dalam sesi pembelajaran Conservative Dentistry, warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu hue, chrome dan value. Hue merupakan warna asas (basic colour) iaitu seperti kuning, merah, biru dan hijau. Chrome pula adalah keamatan (intensity) warna manakala value merupakan kecerahan ( lightness/brightness) atau kegelapan (darkness) sesuatu hue warna.

    Jika dinilai dari sudut kehidupan, warna-warna ini boleh diertikan dengan perasaan. Perasaan merangkumi kegembiraan, kesedihan, kemurungan, ketenangan dan banyak lagi. Perasaan boleh ditentukan mengikut situasi dan keadaan seseorang itu.

    Dalam entry kali ini, bukan niat untuk memberi pengertian yang mendalam tentang warna dan perasaan. Entry kali ini adalah sekadar berkongsi tentang liku-liku perjuangan dalam kehidupan khususnya sebagai seorang mahasiswa memandangkan aku seorang mahasiswa yang juga sering dirundum dengan pelbagai warna-warna kehidupan.
    Sebentar tadi, dua orang teman ku berkongsi cerita tentang masalah-masalah yang di hadapinya. Mungkin warna-warna kehidupannya menjadi suram di ketika ini. Suram??? Warna apakah?? Entah la. Mungkin peningkatan kegelapan warna value nya. Teman ku menceritakan kerisauannya tentang perjalanan klinik yang akan kami hadapi sepanjang kehidupan sebagai pelajar undergraduate. Masalah yang menjadi kerisauan semua pelajar pergigian dan sudah pasti aku tidak pernah terkecuali.

    Menyedari hakikat perjuangan tidak pernah mudah, aku cuba ingin tanamkan sikap tidak berputus asa dalam diriku mahu pun diri teman-teman ku. Berkata-kata memang mudah. Yang merasa tidak semudah yang menutur kata. Andainya keyakinan yang hilang, cari lah teman ku, ia ada bersama Allah. Percayalah dengan janji Allah..

    "Siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia jadikan baginya jalan keluar (dari kesulitan), dan akan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka kerana barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Dia menjadi pencukupnya. Sesungguhnya Allah itu lurus urusannya. Sesungguhnya Allah telah ada ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
    At-Thalaq : 2-3

    Perjuangan dalam menuntut ilmu demi meraih segulung ijazah bukan lah suatu yang begitu susah sehingga seolah-olah menutup semua pintu kejayaan kita. Pintu kejayaan begitu banyak, terpulang kepada kita sama ada untuk melihat di kejauhan atau melangkah setapak demi setapak.

    Apabila diselak selembar demi selembar kisah-kisah perjuangan nabi-nabi dan rasul-rasul, perjuangan mereka jauh lebih sukar dan kesakitan jauh lebih pedih berbanding perjuangan kita dalam menuntut ilmu. Perjuangan di medan perang menuntut pengorbanan yang lebih besar malah nyawa dipertaruhkan.

    Bila hati gembira, wajah kelihatan ceria. Mata bersinar riang. Bibir tersenyum mekar. Apabila hati gundah gulana, wajah kelihatan murung, mata kelihatan sedih, bibir diam membisu. Senyum lah teman-teman ku. Kerna aku ceria dengan senyuman mu.
    Wallahua'alam.

    Ya Allah, aku menyerahkan diri kepadaMu, dan aku menyerahkan urusanku kepada Mu dan aku menyerahkan kekuatanku kepada Mu kerana takut dan cinta pada Mu. Tidak ada tempat berlindung tidak ada tempat untuk lari daripadaMu melainkan kepadaMu. Aku percaya kepada kitab yang engkau turunkan dan kepada Nabi yang Engkau utuskan.
    Hadis riwayat Bukhari.

2 comments:

  1. Anonymous said...

    insyaalah...
    moga2x kita semua berjya dan tidak lalai dlam kehidupan....
    amin.....

  2. azira zahadi said...

    Syukran jazilan.
    Moga Allah sentiasa memberikan kekuatan kpd kita. Insya Allah