• Semusim Yang Berlalu

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang




    "Dan dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan pakaian sutera. Di dalamnya mereka duduk bertelekan di atas di pan. Mereka tidak merasakan di dalamnya terikan matahari dan tidak pula dingin yang sangat. Naungan pohon-pohon syurga itu dekat di atas mereka dan buahnya di mudahkan untuk memetiknya semudah-mudahnya dan di edarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak dan piala-piala bening laksana kaca, iaitu kaca-kaca yang terbuat dari perak yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya."
    Al-Insan : 12-16

    Perjalanan hidup di dunia bukan suatu perjalanan yang panjang. Masa begitu pantas berlalu. Sudah hampir 23 tahun aku hidup di dunia ini. Andai tertulis dalam tulisan takdir aku akan meninggalkan dunia ini pada usia 25 tahun, maka 2 tahun sahaja lagi  masa yang aku ada untuk mengabdikan diri kepada Pencipta ku. Mampukah aku menghapuskan dosa-dosa silamku selama 23 tahun dalam detik 2 tahun yang tinggal??? Bagaimana kah pula kalau ia lebih pendek daripada 2 tahun???

    "Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat itu, dan Kami berikan pula kepadanya pahala akhirat itu, dan Kami akan memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
    Ali-Imran : 145

    Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Masa yang berlalu biarlah berlalu, jangan di kesali. Masa yang perlu di hadapi, berdepan lah dengan rasional, masa yang mendatang, rancanglah sebaik-baik nya, moga segala masa yang diberikan oleh Allah terguna untuk Allah. Itulah tujuan penciptaan masa oleh Allah untuk kita.

    Semusim Yang Berlalu. Kisah suka duka semalam telah jauh ku tinggalkan. Walau pun beberapa musim pun berlalu, namun kenangan yang lalu tetap ada. Tetap tidak dapat dikikis, tidak dapat dibuang walaupun hakikat yang pahit tidak ingin di ingati. Hakikat yang manis membuahkan senyuman di bibir namun ia tidak akan kembali lagi. Hakikat yang manis kadang-kadang memberi kesedihan dan sesalan juga.

    Aku cuba untuk tinggalkan cerita semalam. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan. Aku mula untuk memasuki semusim yang baru. Terlalu baru buatku. Aku belum bersedia. Tapi aku tahu aku kene bersedia. Walaupun aku masih tidak ingin melalui semusim hidup yang baru, namun aku terpaksa, tulisan takdir yang penuh hikmah. Semusim baru ini bakal membuka jalan buatku lebih mendekati Pencipta. Jalan jihad untuk ku ke syurga. Tidak inginkah aku??? Semusim baru ini menjanjikan cinta ku buat Pemilik hati ku,  bukan lagi cinta untuk si dia tapi untuk Dia, tidak inginkah aku??? Semusim baru yang meletakkan aku lebih dekat denganMu, tidak inginkah aku??? Semusim baru yang memberi kebahagiaan yang hakiki buat ku, tidak inginkah aku???

    Semusim Yang Berlalu, pergi lah. Aku menanti semusim yang baru. Walau pun mungkin Semusim Yang Berlalu itu lebih indah dunianya, seindah bunga sakura yang kembang mekar di ketika musim bunga, namun ia sementara sahaja. Biar pun mungkin semusim baru ku di mulai dengan ribut salji, namun andai janji Allah syurga buatku, andai janji Allah Dia akan tetap bersama ku, andai janji Allah keredhaanNya  milik ku, aku menanti semusim yang baru. Semusim buat Mu, Semusim yang tiada lagi yang lain, cukup lah satu musim yang berpanjangan buatMu pencipta ku..
    Wallahua'lam..

    "Dan sesungguhnya kehidupan akhirat itu jauh lebih baik bagimu daripada kehidupan dunia. Dan kelak Tuhanmu pasti akan memberikan kurniaanNya kepadamu lalu hati kamu menjadi puas.
    Ad-Dhuha : 4-5


     p/s : aku bimbang semusim yang berlalu menghantui semusim yang baru..

0 comments: