• Berlabuhnya Tirai Kehidupan

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang





    "Dan kehidupan dunia ini adalah  senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."
    Al-Ankabut : 64

    Aku terbangun dari mimpi ngeri. Allahu Rabbi. Mimpi ngeri yang mengingatkan aku tentang dosa semalam. Astaghfirullahal 'azim. Mimpi kali ini mungkin petanda kepada ku, mungkin juga peringatan kepada ku, mungkin juga petunjuk kepada ku, mungkin juga hanya sekadar mainan tidur. Wallahua'lam.

     Kehidupan sesudah mati bukanlah menjadi khayalan bagi kebanyakan manusia walaupun hakikatnya Allah telah menetapkan hidup sesudah mati adalah suatu yang pasti berlaku kepada manusia. Ia bukan bahan imaginasi dan fantasi semata-mata. Jika dibelek-belek, di baca dan di fahami, kehidupan sesudah mati telah dijelaskan di dalam al-Quran.

    "Dan datanglah sakaratul maut dengan benar-benarnya. Itulah yang dahulu hendak kamu hindari. Dan ditiuplah sangkakala, itulah hari yang diancamkan. Setiap orang akan datang bersama (malaikat) pengiring dan (malaikat) saksi. Sungguh kamu dahulu lalai tentang (peristiwa) ini, maka Kami singkapkan tutup (yang menutupi) matamu, sehingga penglihatan mu hari ini sangat tajam. Dan (malaikat) yang menyertainya berkata, "inilah (catatan perbuatan) yang ada padaku". Allah berfirman, "Lemparkan lah olehmu berdua di dalam neraka jahanam, semua orang yang ingkar dan keras kepala. Yang sangat enggan melakukan kebaikan, melampaui batas dan bersikap ragu-ragu. Yang mempersekutukan Allah dengan tuhan yang lain, maka lemparkan lah dia ke dalam azab yang keras."
    Qaf : 19-26

    Kehidupan di akhirat adalah tujuan utama bagi golongan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kerana dunia hanyalah bersifat sementara dan akan binasa, sedangkan akhirat itu kekal buat selama-lamanya.

    "Sedangkan syurga didekatkan kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. (Kepada mereka dikatakan), "inilah nikmat yang dijanjikan kepada mu iaitu kepada setiap hamba yang sentiasa bertaubat (kepada Allah) dan memelihara semua peraturan-peraturanNya. Iaitu orang yang takut kepada Allah Yang Maha Pengasih, sekalipun tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masuklah ke dalam syurga dengan aman dan damai. Itulah hari yang abadi. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang dikehendaki, dan pada Kami ada tambahannya."
    Qaf : 31-35

    Semoga sentiasa menjadi peringatan kepada diriku yang sering lalai dengan dunia.
    Wallahua'lam.

0 comments: