• Lambaian Syria

    Assalamu'alaikum w.b.t
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang



    "Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat dan setiap manusia akan memperolehi sesuatu sesuai dengan apa yang di niatkankannaya. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan rasul Nya, maka hijarah nya adalah untuk Allah dan Rasul Nya. barangsiapa yang hijrahnya kerana ingin mendapat keuntungan dunia atau mengahwini seorang wanita, maka hijrah nya itu ialah untuk apa yang ditujuinya."
    Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

    Bagi insan yang mengetahui cerita di sebalik lambaian Syria mungkin akan tersenyum apabila membaca tulisan ku kali ini. Ini adalah sekadar tulisan, tidak terniat untuk menggambarkan sesuatu situasi dan keadaan.


    Negara Syria merupakan salah sebuah negara yang terletak di Asia Barat Daya. Jika diteliti di dalam peta dunia, Syria terletak bersempadan dengan Laut Mediterranean. Di baratnya terletak Lubnan, Israel di barat daya, Jordan pula di selatan dan Iraq di timurnya manakala Turkey terletak di utara Syria. Ibu negaranya iaitu Damsyik pernah dijadikan pusat empayar Umayyad dan sebuah ibu wilayah Mamluk. Syria merupakan sebuah negara yang dipelopori oleh orang Islam iaitu kira-kira 74% daripada bilangan penduduknya yang menghampiri 19.3 juta penduduk.

    Sebagai sebuah negara Islam yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi, negara Syria menjadi salah satu destinasi  tumpuan penuntut-penuntut ilmu agama dari seluruh pelusuk dunia termasuk lah negara kita, Malaysia. Menjadi salah seorang penuntut ilmu di negara ini merupakan satu bonus yang istimewa bagi insan-insan yang ingin mengaplikasikan bahasa syurga dan bahasa al-Quran. Pengajaran dan pembelajaran di sini membantu penuntut-penuntut ilmu untuk lebih memahami al-Quran di tambah pula dengan kehadiran ulama-ulama yang faqih tentang ilmu agama.

    Antara pusat pendidikan yang boleh di dapati di Syria ialah Universiti Damsyik, Institut Sheikh Ahmad Kiftaro, Institut Fatah Islami, dan Pusat Pengajian Bahasa Arab.Untuk memastikan kebajikan penuntut Malaysia yang belajar di Syria, Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) telah di tubuhkan sejak 1986. Objektif utama persatuan ini adalah untuk menjaga kebajikan pelajar dan kecemerlangan akademik. PPMS yang bermoto "Berilmu, Beramal, Beristiqomah" merupakan persatuan yang bernaung di bawah 3 badan yang penting iaitu Kedutaan Malaysia di Syria, Jabatan Penuntut Malaysia Amman Jordan dan Syukbah Tullabiah 'Arabiah Qiadah Qaumiah Syria.

    Entry kali ini adalah sekadar berbicara sedikit tentang negara Syria memandangkan aku juga ingin menjadi sebahagian daripada penuntut di sana. Moga Allah mempermudahkan segala urusan ku. Insya Allah.
    Wallahua'lam

    "Berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Itulah kurniaan Allah, diberikan Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar."
    Al-Hadid : 21

0 comments: