• Sesuci Embun Pagi

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang



    "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari banyak berprasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati. Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwa lah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubah ,Maha Penyayang."
    Al-Hujurat :12


    Dalam melayari kehidupan yang bernama dunia, coretan diari manusia tidak terlepas dari kesilapan dan kesalahan sama ada sedar atau tidak, sama ada sekali atau berulang kali, sama ada di anggap salah atau pun di anggap remeh. Namun, Allah menjanji kan keampunan kepada hamba Nya yang sedar akan kesilapan dan bertaubat.

    "Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji (kikir), sadangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurnia-Nya kepadamu. Dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui."
    Al-Baqarah : 268

    Hati adalah raja kepada diri. Rosaknya hati, rosak lah diri. Hati memainkan peranan yang sangat penting. Tidak Allah  memandang seseorang melainkan dari sudut hatinya. Pernah kah kita fikir mengapa orang yang sering membantu orang lain dianggap 'baik hati'?? Kenapa tidak 'baiknya tangan' kerana membantu si fulan mengangkut barang.

    Dengan hati, kita berhubung dengan Allah. Allah menggerakkan hati kita untuk mengawal seluruh anggota badan. Lalu timbul la perkataan 'tergerak hati' untuk melakukan sesuatu perkara. Dengan hati, kita menilai seseorang. Ungkapan "pandang lah dari mata hati" sering kali di gunakan supaya kita beringat bahawa pandangan hati itu lah yang benar. Dengan hati, manusia mempunyai perasaan kasih sayang.  Kasih sayang sesama manusia. Kasih sayang ibu bapa kepada anak. Lalu terbit lah lagi kata-kata " dari mata jatuh ke hati." Walaupun kadang-kadang kasih sayang itu tidak terluah, tapi kita dapat merasakan kehadirannya.. Dengan hati, manusia ada sifat belas ihsan. Namun, dengan hati juga, manusia ada perasaan dengki, iri hati dan buruk sangka.

    Bagaimanakah penilaian hati yang diumpamakan "Sesuci Embun Pagi" kali ini. Hati yang suci adalah hati yang boleh merasakan kehadiran Allah, Merasakan Allah dekat dengannya dan dia dekat dengan Allah. Setiap peri lakunya berlandaskan perintah dan syariat Allah. Kebimbangan dan kegelisahan akan jelas kelihatan di wajahnya apabila dia melakukan kesilapan atau perkara yang bertentangan dengan perintah Allah. Di wajahnya akan terpancar cahaya Ilahi. terpancar sejuta keihklasan, ketenangan dan kelembutan. Tutur kata nya sopan, lemah lembut, beradab bukan atas dasar kepura-puraan tetapi nilai keikhlasannya dari hatinya boleh dirasakan. Hatinya menjaga hak Allah, hak Allah yang beraja di hatinya, kerana dia tahu hatinya hanya milik Allah, bukan milik manusia, apatah lagi manusia yang tidak halal baginya. Setiap lintasan hatinya hanya untuk Allah, hanya memuji Allah, hanya kata-kata cinta untuk Allah.

    Hati yang telah dicemari pula adalah sebaliknya.

    Jadikan lah hati sebagai istana Allah. Istana istimewa untuk sang Pencipta yang kita bina dari bahan-bahan yang baik, amal-amal kebaikan, zikir-zikir yang lunak, lagu-lagu keinsafan dan ingatan untuk Nya. Istana yang dibina biarlah bertiangkan ibadah supaya ia kuat dan berdiri kukuh, berdindingkan taqwa sebagai perisai, berbumbungkan akhlak untuk berteduh, berlantai kan aqidah sebagai tunjang, bercahayakan zikir-zikir pujian, dan berwarnakan keihklasan.  

    Wallahua'lam.

    Dan jangan lah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula bersedih hati, pada hal kamu lah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
    Ali-'Imran : 139

    Di ketika ini, hati ini tertanya-tanya, adakah hati ini Sesuci Embun Pagi?? Adakah hati ini seputih salji?? Apabila direnung ke masa lampau, dosa-dosa semalam masih jelas terbayang-bayang di minda. Terasa diri sangat hina di sisi Tuhan. Aku mula putus asa untuk meraih cinta Nya. Cinta yang terlalu mahal tidak layak untuk diri ku. Ampun kan aku kerna aku tak mampu.

0 comments: