Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
"Dan Allah jadikan bagi kamu padanya (bumi)
sebagai lapangan kehidupan."
Al-A'raf : 10
Hari ini sudah masuk hari ke5 aku berada di rumah. Terasa begitu seronok sebenarnya. Biasalah, duduk kat rumah. Siapalah yang tidak seronok. Aku cuba memanfaatkan sebaik-baik mungkin masa yang ada bersama dengan adik beradik ku. Bukan senang untuk bertemu. Cuma sedikit terkilan sebab tidak dapat bertemu kedua-dua ibu bapa ku. Kedua-dua ibu bapaku masih berbulan madu di Mekah. Indah nya.
Namun, hari ini aku sudah mula memikirkan kehidupan aku di KL nanti terutamanya sesi pegajian yang akan bermula Isnin nanti. Lalu ku mula berkira-kira untuk menghubungi patients ku. Temu janji seelok-eloknya lebih awal, supaya senang untuk patient memberi jawapan sama ada boleh datang atau tidak. Hari ini aku masih tidak menghubungi mana-mana pesakit ku. Andai ikut rasa hati, malas lagi nak memikirkan segala masalah dan klinik-kinik yang bakal ditempuhi. Cuti seminggu ini biarlah seindah suria.
Hari isnin ni, aku ada klinik Conservative/Endodontic. Klinik untuk tampalan dan juga rawatan akar. Selasa pula aku ada klinik Periodontic, bagi pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan gusi. Rabu klinik Orthodontic bagi pesakit yang memerlukan braces atau pun retainer, dan khamis Prosthodontic bagi pesakit yang memerlukan rawatan gigi palsu, crown dan juga bridge. Hari Jumaat rasanya tidak ada klinik untuk group aku. Bagus juga. harap-harap tutorial OMOP bukan untuk kumpulan aku kali ini. Kalau di ceritakan pasal kehidupan klinik, nampaknya tak kan habis cerita aku ni. Tinggalkan dulu cerita pasal kinik. xnak fikir sekarang.
Rutin hidup ku dirumah sangat indah. Tambahan pula, sepanjang kepulangan ku kali ni, suria memang senyum pada ku tiap-tiap hari, Hujan tidak pula turun. Setiap pagi kene bangun awal. Masak sarapan untuk kakak ku yang hendak pergi bekerja dan untuk adik-adik aku. Kakak ku turun dari rumah seawal 6.45 pagi. Kadang-kadang seawal 6.30 pagi. Kalau plan nak masak sarapan yang lebih berat seperti nasi goreng atau pun bihun goreng, aku start masak seawal 5.45 pagi. Subuh di Terengganu lebih awal berbanding di Kuala Lumpur. Setelah siap solat Subuh, aku teruskan rutin hidup di dapur. Kadang-kadang, kalau hari yang agak malas, aku cuma bakar roti je. Roti yang diletak telur hancur, disapu mayonis dan di alas dengan cheese. Lepas masak dan sarapan, aku kemas bahagian dapur, basuh pinggan, bersihkan semua bahagian dapur dan menyapu. Lepas tu buang sampah dan sisa makanan aku bagi la dekat ayam itik yang ada kat umah tu. Adik-adik aku pulak lebih gemar mengemas bahagian dalam rumah dan ruang tamu. Adik laki aku pulak akan pegi siram pokok bunga dan tanaman mak. Cuti sekolah memang seronok.
Lepas siap kemas, kami sama-sama meneruskan kehidupan alam maya. Adik laki aku gemar bermain PS2. Kadang-kadang main monopoli, TEKKEN dan paling seronok main DOTA dekat komputer abang aku. Monitor yang berscreen besar menambahkan keseronokkan dia bermain game tu. Aku sendiri tak pernah main permainan tu. Entah apa yang best. Adik-adik perempuan aku plak suka tengok cerita kartoon terutamanya Card Captor Sakura dan bnyak lagi. Aku pun tak tahu. Selalunya, adik-adik aku akan panggil aku untuk tengok bersama-sama tapi atas sebab tak minat, malas aku nak pegi tengok. Aku akan meneruskan kehidupan aku depan laptop aku ni. Bukak page2 yang best untuk ku baca. Kalau ade idea untuk tulis blog, tulis la jugak.
Dalam pukul 10, aku akan basuh baju. Ops, bukan aku yang basuh. Mesin basuh baju yang basuh. Aku tolong letak je. Lepas siap basuh, jemur la baju.
Tengah hari pulak, aku akan masak untuk aku dan adik beradik aku. Setiap orang ada cita rasa masing-masing. Ada yang sangat suka menu ni ade pulak yang tak suka. Kan senang kalau makan je. Haha. Pening kepala fikir nak masak ape hari-hari. Lepas kenyang, masing-masing dengan aktiviti masing-masing.
Petang plak lepas Asar selalu nya kene angkat baju di jemuran dan bersihkan halaman rumah. Sapu sampah dan daun-daun kering yang gugur. Mak abah banyak tanam pokok-pokok dekat halaman rumah. So, kene la sapu halaman dan bakar sampah dan daun-daun kering.
Rutin hidup ku kat rumah sangat seronok sebenarnya. Kan best kalau itulah kehidupan ku hari-hari. Haha. Tapi, hidup kene ada matlamat. Allah bukak kan banyak jalan untuk aku berjaya. Moga aku menghargai segala nikmat kurniaan Allah.
Ahad ni aku akan bertolak pulang ke KL. Semoga hati yang gembira menguatkan semangat ku untuk terus berusaha dalam pelajaran mahupun gerak kerja dakwah, Insya Allah. Semoga kisah silam yang melukakan hati berlalu dengan cepat. Insya Allah.
Ya Tuhan, sebagaimana Engkau menjadikan badanku baik, maka jadikanlah pula akhlakku baik, ya Tuhan, jauhkanlah aku dari akhlak yang mungkar, ya Tuhan tunjukkan lah kepada ku akhlak yang terbaik kerana hanya Engkau lah yang menunjukkan kepada kami akhlak yang terbaik.
p/s : susah juga sebenarnye membahasakan diri sebagai 'aku' bagi yang tak biasa guna. haha
entry kali ni, main2 la. saje nak cakap seronok duk kat umah. xnak balik KL.haha
0 comments:
Post a Comment