Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.
Al-Nahl : 96
Indah benar kata-kata ini bila setiap kali ku dengar mahu pun ku baca. Pengertiannya begitu mendalam bagi mana-mana insan yang cuba mendalami. "Erti Hidup Pada Memberi" merungkaikan satu kata-kata bahawa kehidupan adalah sebuah pengorbanan. Daripada sebuah pengorbanan itu lah lahir pula kehidupan. Kehidupan dan pengorbanan adalah serasi dan sehati. Nilai sebuah keindahan dalam kehidupan adalah nilai sebuah pengorbanan. Benar kah. Pada pendapat ku, ia adalah suatu kebenaran.
Sabda Rasulullah s.a.w
Orang yang dermawan itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga, tetapi jauh dari neraka. Manakala orang yang kikir itu jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari syurga tetapi dekat dengan neraka. Orang yang jahil yang demawan lebih dicintai oleh Allah daripada orang yang alim yang kikir. Ingatlah penyakit yang paling parah sekali adalah kikir.
Dalam buku "Aku Terima Nikahnya" karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ada dicerita kan tentang nilai memberi daripada seorang suami dalam masa yang sama nilai pengorbanan seorang isteri. Bila di lihat dalam skop yang lebih luas, memberi bukan sahaja di nilai dengan wang tetapi lebih-lebih lagi. Antaranya adalah memberi dalam erti kata masa, kasih-sayang, mahu pun tenaga.
Jika di lihat situasi di Malaysia, kebanyakan rakyatnya bukan lah dari golongan yang fakir tetapi tidak di nafikan masih ada sebenarnya. Ramai golongan profesional, golongan korporat yang begitu bermurah hati menyumbangkan wang untuk membantu golongan-golongan yang kekurangan.
Namun, manusia hari ini begitu lokek dengan masa. Masa seringkali dipersalahkan dalam banyak situasi. Sebagai seorang pelajar, masa seringkali di persalahkan apabila asignment yang di minta oleh pensyarah tidak dapat disiapkan pada waktu yang di tetapkan dengan alasan masa yang diberikan tidak mencukupi. Begitu juga ketika di dewan peperiksaan apabila terlalu banyak fakta-fakta dan huraian ingin di lorekkan dalam kertas jawapan peperiksaan lalu masa yang diberikan menjadi sangat terhad. Bagi golongan mahasiswa yang mempunyai kesedaran dalam gerakan dakwah islamiyah, kami menjadi golongan yang sering memikirkan masa yang sepatutnya di habiskan untuk akademik,serta perancangan dan perjalanan gerakan dakwah. Masa begitu suntuk apabila beban kerja bertambah-tambah. Pada hakikatnya masa memberi impak yang terlalu besar dalam kehidupan manusia.
Bagaimanakah pula erti memberi dalam bentuk kasih sayang?? Pengertian dan penjelasan juga cukup luas. Kasih sayang ibu bapa tidak terhingga. Mampukah 4 orang anak menjaga ibu bapa nya sama seperti ibu bapa menjaga 4 orang anaknya?? Kekangan masa kadang-kadang memberi kesan kepada kasih-sayang yang tercurah daripada ibu bapa kepada anaknya mahu pun daripada anak kepada ibu bapa. Sebagai seorang anak, aku sendiri merasakan terlalau sedikit nilai memberi kasih sayang ku kepada kedua ibu bapa ku.
Dalam erti kata memberi dari sudut tenaga, tidak ramai golongan manusia hari ni yang ingin bersama-sama menggembeleng tenaga untuk aktiviti gerakan dakwah islamiyah mahupun aktiviti kemasyarakatan. Adakah manusia hari ini begitu pentingkan diri sendiri?? Entah la. Mungkin ada, mungkin juga tiada. Masing-masing menghadapi masalah tersendiri yang tidak hanya boleh di nilai secara kasar semata-mata. Terpulang kepada kesedaran individu. Moga kita sama-sama dapat menilai dan melaksanakan "Erti Hidup Pada Memberi".
Wallahua'lam.
Maka adapun nikmat Tuhan kamu itu hendaklah kamu dermakan
Ad-Dhuha : 11
0 comments:
Post a Comment