Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
"Barangsiapa berkemampuan, hendaklah ia berkahwin. Jika ia tidak mahu berkahwin, ia bukan dari ku", yakni bukan dari umat baginda.
Sabda Rasulullah.
Entah apa mimpi hari ini, terdetik di hati ingin berbicara sedikit tentang perkahwinan. Mungkin berkat daripada perkahwinan K uyun dan Ustaz Azam baru-baru ni. haha.
Tidak dinafikan lagi, perkahwinan merupakan salah satu kaedah bagi pembentukan keluarga dan untuk melahirkan keturunan. Perkahwinan juga merupakan hukum alam yang tidak boleh di ubah. Ia akan berlangsung pada setiap generasi dan zaman. Dengan demikian setiap individu akan ada keinginan untuk berhubungan dengan jantuna lain untuk melaksanakan perkahwinan dan melahirkan generasi baru yang akan mentadbir kemakmuran di muka bumi.
Islam memandang sebuah perkahwinan dalam erti kata yang mendalam. Bukan hanya semata-mata menyatukan lelaki perempuan, atau sebagai cara hubungan antara tubuh dengan tubuh yang lain, bukan juga sekadar memuaskan hawa nafsu semata-mata.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir"
Ar-Rum 21
Yang dimaksudkan tenteram dalam ayat di atas bukanlah ketenteraman nafsu syahwat atau gelora nafsu sebaliknya satu rahsia yang tersembunyi di sebalik keresahan dan kegelisahan pada tabiat manusia. Rahsia itu merupakan perasaan kekosongan yang harus di isi, kekurangan yang harus di lengkapi dan rasa kesunyian yang harus di atasi agar tercapai kehendaknya sehingga seseorang merasa lega dan tenang. Ketenteraman yang di maksudkan adalah ketenteraman rohani dan batin.
Meniti peristiwa kekasih Allah, Nabi Muhammad saw ketika pulang menemui isterinya Khadijah ra, kepadanya lah baginda menumpahkan isihatinya dan menceritakan segala penganiayaan dan gangguan setiap kali baginda melaksanakan tugas dakwah. Isteri baginda duduk mendampinginya, menghibur dan mententeramkan hatinya serta berusaha menghilangkan kesedihan dan kepedihan baginda. Dia berusaha menguatkan semangat baginda supaya tabah dan sabar mengahdapi dugaan berat dalam melakukan kegiatan dakwah di jalan Allah.
Ketika Rasulullah saw pulang dari Gua Hira' dalam keadaan takut dan gementar setelah menerima wahyu pertama, beginda berkata kepada isterinya "Selimutilah aku, selimutilah aku". Lalu Khadijah segera menyelimuti Rasulullah sehingga perasaan takut yang dirasai oleh baginda itu hilang. Setelah tenang, lalu baginda menceritakan kepada Khadijah apa yang di alami dan disaksikan sendiri di Gua Hira'.
Lalu Khadijah memberi jawapan "Tidak, gembiralah! Demi Allah, Allah tidak akan mengeji kamu, kamu seorang yang menjaga hubungan silaturrahim, selalu berkata benar, menolong orang yang lemah dan tidak berdaya, menghormati tamu dan mendorong orang-orang yang menderita kerana menegakkan kebenaran.
Jiwa baginda menjadi tenteram, fikiran baginda menjadi tenang dan hati baginda menjadi lega. Hilanglah kepedihan, kecemasan, dan kesedihan yang mencengkam perasaan baginda.
Demikianlah besarnya penghargaan Islam terhadap ikatan suci ini. Sabda Rasulullah
Apabila seorang hamba Allah telah beristeri/bersuami, ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Pada separuh yang lain hendaklah ia bertaqwa kepada Allah."
Atas dasar Sunnatullah, maka setiap lelaki sesuai dengan fitrah kejadiannya cenderung kepada wanita begitu juga sebaliknya.
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingat. (kebesaran Allah)
Az-Zariyat :49
Wallahua'alam
P/s : tak sesuai sebenarnye untuk aku bt tajuk ni. Sekadar membuka kan hati yang tertutup ni. haha. next time kalau rajin, sambung lagi..
0 comments:
Post a Comment