• Penawar Bagi Hati

    Assalamu'alaikum w.b.t
    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

    Sabda Rasulullah s.a.w
    "Bahawa hati itu akan berkarat seperti karatnya besi,"
     lalu sahabat Rasulullah bertanya,
    "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkannya??"
    Rasulullah s.a.w menjawab
    "Membaca al-Quran dan mengingati mati"

    Baru-baru ini, sempat juga ku habiskan pembacaan  buku dan nota-nota kuliah untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 1 berkenaan periodontal disease atau lebih dikenali sebagai penyakit gusi. Beberapa jenis ubat perlu di ketahui sebelum di berikan kepada pesakit. Antara nya adalah bagi pesakit yang mengalami aggresive periodontitis, ubat yang harus di berikan adalah combination Amoxicilin dan Metronidazole. 250 mg amoxicillin qrd untuk 7 hari dan 200 mg Metronidazole qrd untuk 7 hari. Selain daripada itu, tetracycline dan Doxacycline juga antara ubat yang menjadi pilihan untuk di berikan kepada pesakit bergantung juga kepada keadaan pesakit tersebut. Pada kebiasaannya, aku akan prescribed ubat kepada pesakit ketika mencabut gigi pesakit. Ubat yang paling kerap ku berikan adalah Tab Paracetamol 1000 mg qrd makan bila sakit. Pelbagai nasihat yang ku berikan kepada pesakit bagi mengelakkan berlaku komplikasi hasil dari cabutan yang telah di buat. Pesakit yang mendengar pula, mengikut dengan patuh kata-kata ku, bimbang jika kesakitan mungkin akan datang lagi.

    Berbeza pula dengan situasi di mana bila seseorang yang mengalami penyakit hati datang kepada seorang ustaz/ah lalu ustaz/ah tersebut prescribed ubat, baca lah al-Quran 3-4 kali sehari, dgn kekerapan tiap-tiap hari, sebanyak 100 ayat setiap hari insya Allah akan sembuh penyakit hati. Di tambah pula dengan nasihat-nasihat yang berguna untuk mengelakkan penyakit hati datang kembali. Mungkinkah akan diikuti dengan patuh??? Tepuk dada tanya lah iman..

    Mungkin pada tanggapan umum, kita boleh lihat dengan jelas seseorang yang mengalami penyakit-penyakit seperti ischaemic heart disease, hypertension, diabetes, myocardial infarction atau stoke. Sign and symptoms nye kelihatan jelas sama ada pesakit mengalami dysphalgia, obesity, clubbing atau syncope. Jangan kita lupa bahawa penyakit hati juga ada sign and symptomnya. Antara nya adalah seseorang akan mengalami resah gelisah, emosi tidak stabil di mana ada ketika marah dan ada ketikanya murung. Orang yang mengalami masalah hati seringkali tidak dapat berfikir secara waras dan rasional, bukan bermaksud gila tetapi minda berada dalam keadaan separa sedar, kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka yang mempunyai masalah hati pada kebiasaannya kurang sempurna, cara berjalannya begitu longlai dan hilang semangat. Hidupnya serba tak kena. Sedarlah bahawa orang yang mengalami penyakit hati sebenarnya mengalami masalah yang lebih parah. Ia boleh menggangu keseluruhan anggota badan seperti telah di jelaskan dalam sign and symptom tadi.

    Kalau dipelajari tentang ilmu-ilmu kesihatan dan perubatan, pelbagai ubat yang perlu diberikan kepada pesakit-pesakit yang mengalami penyakit-penyakit lain. Sedangkan untuk mengubati penyakit hati, cukup lah dengan 2 penawar iaitu membaca al-Quran dan mengingati mati. Namun, dengan hanya 2 penawar ini, manusia sangat liat dan malas untuk mengamalkan. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mengamalkan penawar ini. Insya Allah.

    Sabda Rasulullah s.a.w, dalam diri manusia, ada seketul daging. Sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahirnya. Jika rosak daging itu, maka rosak lah seluruh anggota lahirnya. Itulah dia hati.

0 comments: