• Sabar Itu Indah

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang



    "Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit  ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan lah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimba musibah, mereka berkata, inna lillahi wa inna ilaihi roji'un.(Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada Nya lah kami kembali)
    Al-Baqarah 155-156

    Sabar Itu Indah, kata-kata yang seringkali ku ukir dalam hati ini supaya menjadi ingatan kepada diri ini. Ketika ini, badan masih terasa penat. Perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur bukan lah satu perjalanan yang dekat. Tapi Alhamdulillah, Allah masih mengukir kata-kata sabar dalam hati ini. 

    Untuk kali ini, aku ingin sekali membawakan satu kisah seorang wanita yang pertama mati syahid dalam sejarah Islam iaitu Sumayyah binti Khubath. Sumayyah binti Khubath merupakan isteri kepada Yasir bin 'Amir. Hasil perkongsian hidup dengan Yasir bin 'Amir, lahirlah seorang zuriat yang diberi nama 'Ammar bin Yasir. Sumayyah binti Khubath merupakan seorang hamba kepada Abu Huzaifah.

    Ketika Islam muncul, Sumayyah merupakan antara orang-orang yang pertama memeluk agama Islam. Sumayyah binti Khubath merupakan seorang yang sangat sabar menghadapi seksaan. Dia tidak mengalami seksaan seorang diri tetapi juga bersama-sama suaminya Yasir bin 'Amir dan anaknya 'Ammar bin Yasir. Tubuh mereka hancur akibat dari sebatan orang-orang musyrikin. Hanya dengan iman yang kuat bagaikan gunung yang kukuh berdiri yang tidak terpengaruh dengan pukulan ombak, mereka tidak mempedulikan seksaan kepada mereka semata-mata untuk mempertahankan keimanan mereka kepada Allah.

    Sesungguhnya Allah memuji orang-orang yang terawal memeluk Islam.

    "Dan orang-orang yang terdahulu (memeluk Islam), mereka itu orang yang hampir di sisi Tuhan. Dalam syurga memperoleh kemenangan".
    Surah Al-Waqiah : 10-11

    Sumayyah binti Khubath telah diberikan oleh Abu Huzaifah kepada anak saudara Abu Jahal. Abu Jahal telah menyeksa Sumayyah binti Khubath dengan pelbagai cara agar Sumayyah meninggalkan agama Islam. Setiap kali Abu Jahal menyeksanya lebih kuat, semakin kuat ketahanan Sumayyah. Dia tidak mempedulikan seksaan yang dialaminya demi mepertahankan agamanya.

    Ketika Abu Jahal berasa berputus asa dengan ketabahan Sumayyah binti Khubath, dia menusuk kemaluan Sumayyah dengan sebatang tombak. Akhirnya Sumayyah binti Khubath mati syahid dengan penuh kerelaan untuk bertemu dengan penciptaNya dalam keadaan taat dan dia ingin terus bertemu dengan Tuhannya untuk meminta keredhaanNya. Beliau merupakan wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.

    Berkat kesabaran Sumayyah binti Khubath, beliau memperoleh mati syahid dan merupakan wanita yang dijanji kan syurga oleh Allah s.w.t. Alangkah indahnya kesabaran itu.

    "Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kearahnya dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik."
    Al-Israq : 19

    Wallahua'lam

    p/s: untuk diri sendiri supaya lebih sabar. Sekarang rasa penat sangat lepas balik, uruskan soal klinik esok untuk contact patient for one week, settle kan ustaz untuk program akan datang dan study..Rajin plak study malam ni..huhu. Pening bila hati selalu tanya bilakah aku ingin bersedia?? Tak dapat jawapan lagi..Moga Allah buka kan hati untuk bersedia..Insya Allah..

0 comments: