Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”
(Quran, Ali Imran : 185)
Al-Fatihah buat YB. Dr. Lo'Lo' Ghazali.
Wahai Allah, ampunkanlah segala dosa-dosanya, rahmatilah dia, letakkan dia di sisiMu, di kalangan hamba-hambaMu yang beriman dan bertaqwa, jauhkan lah dia daripada azab kubur dan azab api neraka Mu yang pedih, masukkanlah dia ke dalam syurgaMu yang penuh nikmat, kami pernah berjanji untuk bertemu di syurgaMu, maka perkenankanlah doa ku wahai Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf.
Dia, sumber inspirasi ku, dia pernah menyalurkan semangat kepadaku suatu ketika dulu tika aku lemah dalam perjuangan, walaupun bukan terlalu kerap kami bertemu, namun semangatnya itu yang memdorong aku untuk terus berada di jalan Allah. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi kesempatan untuk aku bertemu dan mengenalinya walaupun hanyalah seketika. Aku juga akan menyusul tidak lama nanti. Moga kita bertemu di syurga Allah, insya Allah.
“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”
(Quran, Luqman : 34)
Wallahua'alam
0 comments:
Post a Comment