• Anakku

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha  Pengasih maha Penyayang


    "Allah s.w.t berfirman, "pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta mencintai kerana Aku, saling kunjung mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."

    (Hadis Qudsi)

    "Abe long, apa benda yang benar?" kata, Affan, anak saudara saya kepada abangnya. "hmm, ape dia?" kata Alif (abe long). Saya hanya mendengar perbualan 2 orang anak saudara saya yang sangat bijak dan matang ni sambil mengelap meja makan. Alif sudah memasuki darjah 3 tahun ni, Affan pula baru menjejak kan kaki ke sekolah memasuki darjah 1.

    "Syurga!!!" kata Affan. "tengok ni, syurga itu benar." sambil menunjuk ke arah buku yang sedang di baca kulitnya. Saya melirik ke arahnya, oh buku solusi yang pernah saya beli sebelum ni. Saya hanya tersenyum kagum dengan anak saudara saya. Bukan pertama kali dia buat saya kagum padanya, malah setiap kali bersama dengan Affan, dia seolah-olah sentiasa memberi tazkirah kepada saya. Kalau insan lain suka menyanyikan lagu-lagu cinta yang terbaru, anak saudara saya ni kerap kali mengalunkan zikir-zikir mengingati Allah mahu pun nasyid-nasyid tentang Rasulullah s.a.w.

    Alhamdulillah, saya sudah mempunyai 10 orang anak saudara tapi anak sendiri masih 0. Anak saudara paling muda berumur 15 hari, namanya Nur Aisyah. Terdetik juga ingin memiliki anak sendiri tapi belum tiba masanya lagi kan. Bapak dia pun tak jumpe lagi. =)

    Sebelum kawen, kene prepare ilmu mendidik anak. Pada saya itu adalah antara yang utama. Pada pemerhatian saya, siapa mak  ayahnya adalah penting tetapi cara mak ayahnya mendidik anaknya jauh lebih penting. Ada sebahagian mak ayah bukan lah dikalangan yang 'alim tetapi mendidik anak untuk menjadi anak yang baik dari kecil lagi dalam masa yang sama mereka berusaha untuk membaiki diri ke arah yang lebih baik. Mereka mendidik anak dalam masa yang sama turut mendidk diri sendiri.

    Ada pula dikalangan mak ayah yang boleh dikategorikan sebagai yang 'alim namun tidak mengaplikasikan ilmu yang ada untuk mendidik anak mereka dengan alasan anak mereka masih kecil. Hakikat, mendidik anak perlu sejak dalam rahim ibu lagi. Cara didikan pula perlu bersesuaian dengan umur mereka dan yang penting, jangan under estimate mereka.

    Saya pula bagaimana?? Al-Khansa binti Amru. Dialah idola saya. Saya nak jadi ibu seperti dia. Yang mendidik anak-anak bermatlamat ingin syahid di jalan Allah. Saya juga ingin syahid di jalan Allah. Bukankah insan yang syahid di jalan Allah mendapat tempat yang sangat istimewa di sisi Allah??

    "Bagi kalian Allah menciptakan pasangan-pasangan (isteri-isteri) dari jenis kalian sendiri, kemudian dari isteri-isteri kalian itu Dia ciptakan bagi kalian anak cucu keturunan, dan kepada kalian, Dia berikan rezeki yang baik-baik."

    (Quran, Surah An Nahl : 72)

    Redha itu kunci ketenangan. 
    Wallahua'lam

    p/s : Sedang menghabiskan bacaan "Sebarkan cinta-Mu". Tazkirah berguna untuk diri sendiri. Alhamdulillah. 

4 comments:

  1. Unknown said...

    kak zira..akk dah habes ke buku tuh..saya baru ja beli....

    insyaAllah semoga akk dikurniakan anak soleh dan solehah :)

  2. Hari tu kn awk yg promote dlm blog awk, then akk truja tuk beli.. Xabis lg..tp best2.. Kisah mak cik cleaner.. Macam akk la mak cik cleaner.. Haha

    Thanks as ats doa..moga awk begitu juge.. :-)

  3. Unknown said...

    hee..sy promote ja, tp xbeli lg...waa akk ke makcik cleaner tu..mmg sesuai la..sbb akk byk ilmu...

  4. Eh2, x x..akk just mak cik cleaner je.. Keje je same tp knowledge xsame..jauh panggang dr api tuh.. Malu~~