• Hidup Kerana Allah

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
    Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak angan-angan."

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)
     
    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kasih sayangnya DIA masih mengirim rasa syukurku buatNya. Syukur di atas rasa bersyukur. Kata mak, kerap-kerap la buat sujud syukur lepas solat tanda kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur. Alhamdulillah.

    Alhamdulillah, saya sekarang sedang attach di bahagian Orthodontic. Di beri peluang oleh Allah mengenali bos yang sangat suka memberi nasihat dan tazkirah. "Rejab adalah bulan istighfar, Sya'ban bulan selawat". Masih saya ingat kata-katanya. Setiap kali bertemu dengan patient mahupun ibu bapa kepada patient apabila sesi consultation, bibirnya sentiasa memberi salam, mendoakan yang baik-baik buat pesakitnya. Setiap kata-kata dan perancangan rawatannya pasti di akhiri dengan 'insya Allah'. 

    Walaupun dia adalah bos, merangkap pakar orthodontic yang bertaraf Jusa, dia tak betah apabila dia duduk apabila bercakap sedangkan yang mendengar sedang berdiri. Dia akan berdiri pada ketika orang lain berdiri dan akan mempersilakan tetamunya duduk apabila dia sedang duduk. Yang pasti dia sering tersenyum. Ya Allah, Engkau tempat dia di kalangan hamba-hambaMu yang beriman di akhirat kelak. Ameen.

    Alhamdulillah. Bulan 8 nanti bermula lah kehidupan baru saya apabila di posting kan ke district sebagai permanent dental officer. Anyway, Alhamdulillah, saya bakal di tempatkan di daerah Marang. Maka makin berjiranlah klinik saya dengan rumah saya. =)

    Apa ye saya nak kongsi hari ni?? Hmm, Alhamdulillah, selesai sudah membaca buku "Salahudin Ayubi Penakluk Parsi". "Khalid Memburu Syahid" masih separuh jalan. Maka, saya ingin kongsikan sedikit kisah-kisah Salahudin ni. Moga perkongsian ini menambahkan saham saya untuk  lebih dekat dengan Allah.

    Siapa Sultan Salahudin Al-Ayyubi??

    Ibnu Shaddad menulis:
    Di medan perang, Salahudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan seperti sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salahudin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doktor peribadinya menyuruhnya berbuka.

    Setelah berjaya menakluk  Jurusalem, Sultan Salahudin pulang ke Damsyik. Kepulangan pemimpin kesayangan itu disambut meriah oleh penduduk Damsyik dan diraikan dengan penuh kegembiraan. Penguasa Damsyik menyediakan sebuah kediaman yang cantik sebagai tempat tinggal pemimpin mereka.

    "Kami membina istana yang cantik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan yang di khaskan untuk tuan. Semoga tuan dan keluarga gembira tinggal di sini." Kata penguasa itu.

    Wajah Sultan Salahudin tiba-tiba berubah. "Saya lebih tenang tinggal di khemah tentera daripada tinggal di dalam istana yang cantik ini. Saudara membazirkan duit rakyat kerana mahu mengambil hati saya. Demi Tuhan, saya tidak mahu manerima pemberian ini." tegasnya.

    "Setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lidah (dakwah)."

    (Sayyid Abul 'Ala al-Muadudi)

    Saya tahu usaha saya ini terlalu kecil berbanding Salahudin Al-Ayubi dan juga sahabat-sahabat, mujahid mujahidah yang lain tapi janji Allah

    "Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya."

    (Quran, surah Az-Zalzalah : Ayat 7)


    Ya Allah , hati ini seringkali berkata-kata ingin menjadi seperti sebahagian hamba-hambaMu yang berjihad di jalanMu. Ya Allah andai aku tidak mampu, aku ingin sekali mendidik anak-anakku menjadi sebahagian daripada hamba-hambaMu yang syahid di jalanMu sebagaimana Khansa binti Amru.

    Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
    Barang siapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya."

    (Hadis riwayat muslim, Abu Daud, Tarmizi Nasai, dan Ibnu Najah)

    Wallahua'lam.

    p/s: Cantik zaujah odin, pakai purdah time kawen, dulu ade azam gak nak pakai purdah. Hmm, sampai sekarang pakai purdah time buat treatment je..


4 comments:

  1. incik said...

    seronoknye dpt keje dkt dgn rumah..sy pun mintak keje dgn private dkt utara..tp bile da lepas interview, kna keje kat KL dulu setahun b4 dpt transfer sane..huhu..so,..kena duduk KL dulu la sy nmpk gayenye..huhu..xpe..redha n bersyukur je la kan..

  2. aah kak. bestnya boleh posting kat ganu. kat daerah sendiri pulak tu. macam mane leh dapat tu kak? memang rezeki tu kak:)

  3. salam incik dan lina..
    maaf, terdelay plak reply..

    Alhamdulillah, Allah curahkan rezeki kat sini.. adk2 akk pun Allah da tentukan yang terbaek juga untk kamu semua..Mari kte same2 bersyukur ye..

    korang berdua grad thn ni kan..da final exam blum ni..by right dah kot kn..konvo bile??

  4. Anonymous said...

    Hello,

    My name is Neil Shaffer; I’m the Affiliates manager at BinaryOffers.com.
    BinaryOffers.com is one of the fastest growing Affiliate Network in the world,
    Specializing in Binary Options and Forex.
    We own some of the most attractive commissions in the finance industry.
    Here is an example of what we have to offer:

    CPA: 700$ || CPL: 40$ || Revenue Share: 40%

    I would love the opportunity to tell you more about our commission structure,
    and discuss how you could benefit from joining our network.

    Please feel free signing up and exploring what is available.
    I am also available to you via email or Skype (aff.binaryoffers) for your convenience.

    Best Regards,

    Neil Shaffer