• Dunia Ku Kini

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    Seronok dengar kawan saya dapat further study, master dekat UK. Seronoknya. Terasa nak ikut je. Andai Allah redha, saya pun nak further master dekat oversea. Cam seronok je kenal tempat orang.

    Hari ni saya ambik OFF sehari. Letih berprogram hari Sabtu hari tu. Alhamdulillah tempat kerja memang dekat dengan rumah. Seronok kenal orang-orang kampung. Maklum la, sebelum ni bukan kenal sangat. Tetiba trase jadi anak desa yang pulang berbakti di kampung halaman. huhu.

    Di Klinik Pergigian Merchang, tempat baru saya. Hmm, xde la baru sangat. Sudah sebulan lebih. The only dental officer kat situ. So, jadi YM (Yang menjaga) atau bahasa mudah, jadi bos kat situ. 

    Manusia mudahkan berubah. Begitu juga saya. Kalau dulu, saya suka berprogram, beraktiviti, hadir meeting dan berpesatuan. Suka bergerak kerja dan melaksanakan pelbagai aktiviti. Paling pantang pada manusia yang tak menepati masa dan kerja sambil lewa. 

    Tapi since jadi bos kat sini, saya macam berubah 180 degree. Hmm, saya tak suka jadi bos, tak suka beri arahan, lebih suka orang lain bagitahu saya apa yang saya patut buat. Saya tak suka datang meeting, atau apa-apa program dan aktiviti yang dijalankan atau sedang dalam rancangan. Dont ask me any suggestion.. Sebab saya tak kuasa nak fikir any suggestion. Bila meeting, saya stress, stress sebab tak nak hadir meeting je, malas nak dengar perancangan itu dan ini, sebab pada saya semua benda yang di rancang tu menambahkan beban kerja saya dan staf-staf. Clinical work makin berkurang bila kerja admin bertambah-tambah.

    Saya masih dengan disiplin kerja saya yang pada saya menepati masa adalah priority. Cuma bila staf saya yang kurang menepati masa, saya banyak berfikir positif tentang mereka serta bebanan tugas mereka. Alhamdulillah saya rasa lebih tenang. 

    Saya tak nak berlama-lama jadi YM kat sini, saya penat berfikir walaupun bukan saya yang buat kerja. Bukan mudah untuk budak yang paling muda dan paling kurang experience, datang-datang terus kene jadi YM hanya kerana saya adalah seorang pegawai.

    Plan tuk further study agak tersangkut-sangkut bila tak de senior yang nak guide. Tak macam mase attach dekat pakar dulu.

    Pelik cam mana umur pencen di panjangkan. Mak cik mane la yang gila kuasa/harta nak kerja lagi time tu. Saya yang kerja tak sampai setahun ni pun da rasa nak berhenti kerja. Kudrat perempuan memang sedikit berbanding laki, bukan saya saje yang rase lembik keje lelama, sama la jugak kawan-kawan saya, so, tak de istilah sebenarnya perempuan gila kerja, nak sangat berpangkat dan berkerjaya lebih daripada laki sebab kalau tanya, ramai je yang berangan-angan "kan best kalau jadi suri rumah sepenuh masa, kemas rumah, tanam pokok-pokok bunga, belajar jahit baju, mengait dan masak-masak." Haih, suri rumah sangat. Tapi tak semua impian boleh jadi kenyataan. 

    Pelajaran hari-hari :
    1. Ingin menjadi hamba Allah yang taat padaNya, bersyukur dengan nikmat gembira dan duka, redha dengan ketentuan Dia kerana itulah perkara yang terbaik buat saya.
    2. Belajar menjadi anak yang solehah. Ya Allah, bantu aku.
    3. Menjadi YM yang memahami beban kerja dan masalah staf dalam kategori mengenal mereka sebagai saudara dan manusia, bukan robot yang tidak ada perasaan melaksanakan tugas itu dan ini. I try my best. Ya Allah, bantu aku.

    Wallahua'lam.

2 comments:

  1. Alhamdulillah akhirnya akak kerja jugak lepas hadapi mcm2 dugaan & ujian :) Semoga kerja dgn hati yg ikhlas kerana Allah.

    Merchang tu kat mana ye kak?

  2. Merchang tu dalam daerah Marang, Terengganu..

    Alhamdulillah, thanks farhanah.. =)