• All About Requirements

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang



    Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang mereka telah kerjakan."
    Hud : 15-16

    Sesi pengajian semakin hari semakin menghampiri ke penghujungnya. Itu pada pandangan aku dan teman-teman selaku pelajar clinical year. Walaupun hakikatnya sesi pembelajaran akan berakhir dalam 2 bulan lagi, sesi clinical kami hanya tinggal 5 minggu sahaja lagi. Sesi clinical kali ini akan ditamatkan lebih awal memandangkan fakulti sedang dalam proses pembaharuan. Kami pelajar pergigian tahun 4 kerugian hampir sebulan sesi clinic dan lebih dirasai oleh pelajar tahun 5 yang kekurangan sesi clinic hampir 2 bulan walaupun ada usaha menggantikannya tapi ia tetap berbeza.


    Runsing, tension, stress, sakit kepala, bingung, dan segala yang seangkatan dengannya menjadi darah daging kebanyakan pelajar dental terutamanya clinical year. Semua bingung pasal requirement.

    Apa erti requirements bagi pelajar pergigian??? Ia adalah task yang perlu dipenuhi sebelum pelajar clinical boleh menduduki profesional exam di akhir semester 2. Kalau dalam dentistry ada 10 department, maka ke10 department akan menghasilkan task masing-masing untuk pelajar-pelajar penuhi. Andainya tidak dipenuhi, maka jawapannya adalah pelajar tidak di benarkan menduduki profesional exam bagi akhir semester 2 tahun itu, maka mengulang tahun jawapannya.

    Hampir tiap-tiap hari aku mendengar rungutan, keluhan, luahan perasaan teman-teman, menyebut soal requirement yang masih banyak tidak dipenuhi, yang difikirkan tidak dapat dipenuhi berdasarkan banyak faktor. Faktor utama tidak lain dan tidak bukan adalah masalah pesakit. Bukan masalah kekurangan pesakit di fakulti yang menjadi masalah utama tetapi kekurangan pesakit yang menepati ciri-ciri requirement yang di kehendaki. Bagi pelajar yang mempunyai bilangan pesakit yang diuruskan adalah ramai, bukanlah suatu kelebihan tetapi yang menjadi satu kelebihan pada seseorang pelajar adalah mereka yang mempunyai banyak pesakit dan pesakit-pesakit itu menepati case-case yang diperlukan ditambah pula pesakit itu mudah untuk datang setiap kali appointment di buat, dan boleh datang on time setiap kali appointment.

    Sesi klinik adalah sesi yang sangat berharga bagi kami. Tidak pernah terfifkir untuk ponteng, untuk jatuh sakit dan demam dan untuk tidak hadir atas sebab yang remeh-temeh. Namun, andainya setiap kali sesi klinik, pesakit selalu gagal untuk datang atau lambat datang, kami tidak dapat membuat procedure case dengan baik, dengan jayanya dan berjalan lancar. Perkara sebegini akan merugikan sesi klinik. Rugi sesi klinik bermaksud tidak dapat menghasilkan procedure yang berjaya, ia boleh memakan sesi klinik seterusnya, maka requirement akan sukar di penuhi. 1 requirement bukan bermakna 1 klinik. 1 requirement memerlukan beberapa sesi klinik dan procedure-procedure tertentu baru lah mencapai 1 requirement.

    Selain daripada faktor patient, banyak lagi faktor-faktor yang boleh melambatkan proses setiap procedure seperti sikap dan sifat Dr dan pensyarah, tehnician yang gagal menyiapkan kerja-kerja dalam masa yang telah di tetapkan, cuti-cuti yang akhir-akhir ini berlambak-lambak dan kadang-kadang berlaku juga ketiadaan air dan elektrik di klinik menyebabkan sesi klinik selalu menghadapi masalah.

    Pentingkah cuti bagi kami??? Penting tapi untuk weekend je la. Weekend adalah 2 hari yang mengurangkan sedikit perasaan stress tetapi tidak semua kerana dalam kepala sudah berkira-kira apa yang akan terjadi minggu depan dan minggu-minggu seterusnya, patient mana ingin dipanggil, procedure apa yang ingin dibuat, kerja-kerja lab ape yang belum disiapkan..Hmm, keluhan demi keluhan.. Cuti yang banyak diambil semasa weekdays menyebabkan satu demi satu sesi klinik berkurang. Antaranya Awal Muharram, Hari Cristmas, New Year, Hari Wilayah, Chinese New Year dan Maulidur Rasul menambahkan beban dan bebanan. Bukan tidak ingin cuti, seronok cuti, cuma andainya diberi pilihan sama ada cuti atau pun clinic, rasanya ramai yang akan memilih sesi klinik tambah plak di masa-masa kritikal ini.

    Akhir-akhir ini, beberapa teman ku menyatakan mereka tidak dapat memenuhi requirement ini dan sudah bersedia untuk mengulang tahun. Bukan putus asa, tetapi tidak nampak jalan penyelesaiannya. Apa lah yang boleh di buat dalam masa sebulan ini bagi teman-teman ku yang memang menghadapi masalah kritikal tentang pesakit. Requirement memerlukan beberapa procedure dan procedure memerlukan beberapa sesi klinik..Mengeluh dan mengeluh. Aku dalam di lema. Apakah nasihat yang terbaik yang dapat ku berikan kepada teman-teman ku sedangkan mereka tahu aku ditakdirkan Allah untuk tidak diduga dengan masalah ini?. Bercakap dan memujuk memang boleh tapi yang merasainya adalah mereka..Aku blurr.. Apa yang boleh ku lakukan adalah berdoa kepada Allah supaya memudahkan kami semua untuk teruskan perjuangan dalam lapangan ini.

    Adakah ini sahaja requirement dalam hidup aku??? Semestinya tidak. Aku cintakan jalan perjuangan aku sekarang, malah mengharapkan yang lebih baik. Walaupun sibuk dengan dunia seorang pelajar pergigian, rasanya tidak pernah aku menolak mana-mana kerja-kerja dalam gerakan jemaah islam ini melainkan kerja yang datang adalah serentak dan aku terpaksa memilih yang lebih aula. Aku sangat menitikkan requirement perjuangan ini kerana aku sangat bimbang andai sekali Allah menutup 1 pintuNya buat ku, akan ada kesinambungan pintu-pintu yang lain di tutup. Requirement sebagai hamba Allah itulah yang wajib di penuhi. Aku sangat bersyukur kerana Allah membukakan jalan yang seluas-luasnya buatku di jalanNya. Jalan ini yang memberikan perubahan yang besar dalam hidup aku. Andai teman-teman melihat aku bukan lah insan yang baik sekarang, hakikatnya dahulu aku jauh lebih buruk daripada hari ini. Andainya diri ku di pandang baik hari ini, aku bukan lah insan yang baik di hari-hari yang lepas. Aku menyanjung tinggi insan-insan yang baik, merasakan indah kehidupan bertuhan bagi insan-insan yang baik ini. Namun, aku tetap bersyukur akhirnya Allah juga memilih aku untuk berusaha menjadi insan yang baik, masih bertatih namun di sisi ku ada Dia. Alhamdulillah.

    Andai di fikirkan masa ku, pernah kah aku berehat-rehat di hujung minggu, bersantai?? Pernah, tapi jarang. Hujung minggu yang dirasakan masa untuk bersantai, bershopping, bersuka ria bagi pelajar pergigian tidak sesuai dengan dunia dan jiwa ku. Rasanya lebih indah berada bersama-sama sahabat dalam program-program ilmiah, atau beriadah dan bersama-sama teman berbincang soal dakwah dan perjuangan.

    Bagaimana pula requirement ku untuk keluarga ku??? Bab ini lah yang aku agak terkilan nih tapi hakikatnya perjuangan yang aku bawa sama ada dalam akademik mahu pun gerakan Islam memerlukan pengorbanan. Namun, aku rasa sedikit terkilan kerana tidak dapat memberi komitmen yang sepenuhnya untuk keluarga ku. Pada ku, Allah meletakkan aku sebagai asbab perubahan dalam keluarga ku. Insya Allah ke arah kebaikan.

    Setiap kali pulang, terasa wajah ibu, ayah, kakak dan adik-adik bersinar menanti kepulangan aku. Andai kebiasaanya adik-adik aku lebih gemar solat bersendirian, aku lah yang akan menjadi imam solat ketika aku pulang. Andainya ibu kebiasaannya solat di surau, ibu lah insan yang tidak akan ke surau ketika kepulangan ku kerana solat bersama-sama aku. Kalau dulu ibu, adik-adik dan kakak ku jarang sekali mengenakan stokin di kaki dan tangan, aku lah insan yang memperkenalkan kepada mereka, sedikit sebanyak membuang rasa malu yang ada pada mereka untuk berubah. Andainya dulu tidak pernah timbul keinginan bertudung labuh, kehadiran aku insan yang agak bertudung labuh dalam keluarga membangkitkan semangat untuk mereka berubah. Perubahan yang menggembirakan aku namun kepulangan aku yang seketika bukan suatu yang mudah untuk mengekalkan mereka apatah lagi asasnya aku yang membimbing mereka.

    Namun, Allah tahu kelemahan aku, ketidak mampuan aku untuk berjuang dalam banyak lapangan. Sejak kepulangan ibu dari Mekah, perubahan besar berlaku pada ibu, dan aku yakin Allah telah menguatkan jalan perjuangan aku di sana dengan cahaya dan sinar yang ditiupkan buat ibu ku. Aku yakin, ibu boleh membawa impak yang lebih besar dalam keluarga ku berbanding aku yang kejauhan ini. Insya Allah.

    Pada ku, setiap insan ada requirements yang perlu di penuhi. Bukan cerita tentang requirement pergigian menyebabkan aku merasakan lapangan inilah paling susah, bukan seperti itu, aku cuma berharap masih ada insan yang cuba memahami. Kadang-kadang diri sedikit terkilan dengan sahabat seperjuangan yang terlalu menganggap kami hanya mementingkan diri sendiri, selalu memberi alasan itu dan ini. Kami manusia juga yang lemah, tidak mampu memberi yang terbaik untuk semua pihak berpuas hati. Kalau ditanya tentang jadual harianku, setiap hari aku pergi clas 7.15 pagi, kadang-kadang lebih awal. Bukan tak penah pergi clas pukul 8 lebih tetapi terlalu jarang. Jika ditanya pernah aku balik clas seawal pukul 4 atau 5 petang, rasanya jarang sekali. Selalunya pukul 6 petang dan selalu juga menghampiri maghrib. Malam-malam pula di isi dengan pelbagai meeting program. Akhir-akhir ini aku tidak banyak involve apa-apa program, namun malam ku di isi dengan pelbagai discussion untuk case-case presentation, kerja-kerja berkumpulan. Aku sedar, kalian juga sibuk, tapi tak pernah rasanya aku nyatakan kalian tidak memberi komitmen pada kerja dan pentingkan diri sendiri.

    Dari segi pentadbiran kolej sendiri pun aku akui, pelajar pergigian bukanlah pelajar yang digemari dengan sikap kami yang tidak terlalu involve dengan program kolej, hidup yang lebih berkelompok, suka membantah dan keras kepala. Sekadar menyuarakan pendapat kerana pendapat dan setiap apa yang dibuat oleh kolej tak pernah relevan dengan pelajar pergigian. Haha..Namun, kami bukanlah heran sangat benda yang remeh-temeh cam tu, apa yang lebih penting adalah mendapat segulung ijazah Doktor Pergigian lulusan UKM. Insya Allah..

    Kepada teman-teman seperjuangan ku dalam fakulti, terus kan perjuangan hingga ke akhirnya, walaupun seoalah-olah tidak nampak jalan penyelesaiannya, tapi keajaiban boleh datang andai Allah membenarkan. Kalau terus difikirkan pasal masalah yang diri sendiri tak dapat selesaikan, jalan yang terbaik adalah doa, redha dan tawakkal kepada Allah. Yakinlah bahawa Allah mampu mengubah apa yang tidak terjangkau di fikiran kita. Letakkanlah sepenuh pergantungan kepada Allah, bukan manusia yang bergelar doktor-doktor, pensyarah-pensyarah dan dekan yang berkuasa dalam menentukan segalanya tetapi mereka juga hamba-hamba Allah yang sudah pasti Allah boleh membolak balikkan hati mereka.. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya..
    Wallahua'lam.

    " Kehidupan dunia terasa indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka menghina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa itu berada di atas mereka pada hari kiamat. Dan Allah memberi rezaki kepada orang yang dikehendaki tanpa perhitungan."
    Al-Baqarah : 212

    p/s : Post kali ni panjang. haha. Sekadar memberi semangat kepada diri sendiri dan teman-teman. Bersyukurlah menjadi orang Islam yang beriman, hidup ditemani Tuhan, masih ada tempat mengadu dan meluah perasaan. Andainya kebahagiaan yang dicari, carilah kebahagiaan di dunia dan di akhirat, andainya terpaksa membuat pilihan sama ada dunia atau akhirat, pilihlah akhirat kerana dunia hanya sementara, akhirat kekal selamanya.

2 comments:

  1. Anonymous said...

    salam..akak..syukran atas post nie..jazakillah

    farihah

  2. azira zahadi said...

    salam..
    afwan..
    Maga dapat manfaat bersama..
    :)