• Allah..Maafkan Aku

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


    "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."

    Al-Baqarah : 214
    Sejak semalam aku rasakan perasaan yang kurang enak. Perasaan yang kurang tenang dan tenteram. Maafkan aku Ya Allah andai perasaan ini adalah kifarah dosa-dosa yang ku lakukan.

    Disaat aku bersamaMu, aku merasakan ketenangan, sujud kepadaMu, aku rasakan kedamaian, menyebut dan memuji nama-namaMu, aku merasakan kelapangan.

    Namun, apabila aku terleka, perasaan itu datang kembali. Adakah aku yang bersalah. Aku masih tidak bersedia menghadapi 2 kemungkinan yang akan berlaku. Kemungkinan yang melibatkan aku. Kemungkinan yang mungkin membawa dosa padaku, kemungkinan yang mungkin melukai insan-insan yang hadir dalam hidupku.

    2 malam ini, aku bermimpikan perkara yang sama. Bukan percaya kan pada minpi, tapi kuasa Allah, mimpi juga boleh menjadi petunjuk dariNya.

    Apa yang dapat ku lakukan sekarang adalah sekadar bersabar dan meneruskan perjalanan ini, berhati-hati dalam berkata-kata dan perlakuan, moga tidak timbul keanehan, kepelikkan, cukup sekadar aku yang biasa. Hati ini terlalu bimbang diri ini akan melukakan perasaan insan yang lain.

    Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata:

    "Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa."

    2 keadaan yang akan aku hadapi ini adalah keadaan yang sama, cuma watak-wataknya berbeza, pangkat dan darjat di sisi ku juga berbeza. Namun, mereka semua adalah orang yang rapat dengan ku, orang yang aku sayang.

    Andai Engkau berikan pilihan kepada ku, aku inginkan insan-insan di sisi ku bahagia. Namun, hakikatnya, bahagia yang diperoleh mungkin bersifat sementara. Mohon Engkau berikan yang terbaik untuk kami semua.

    "Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal tidak baik bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

    Al-Baqarah :216

    wallahua'lam
    Maafkan aku Allah andainya aku melukakan hati insan yang lain..

2 comments:

  1. salam..akak..mudah2an diberi ketabahan~kak azira yg kuat!(^_^)....

  2. azira zahadi said...

    salam..
    Syukran..
    Moga Allah beri petunjuk..
    Moga akak tidak tersasar dlm mmbuat kptsn..
    Insya Allah..