Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah, untuk Allah dan kepunyaan Allah"
Bertemu cinta teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam
Gelita
Kandil cintaNya menerangi jiwa
Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku
Mencari cinta
Oh! kusangka teguh
Kiranya masih rapuh
Ku sangka mudah namun amat payah
Ku sedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta
cinta agung-Nya
Sekian lama diri terlalai kehidupan
terabai
Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian
Abadi
Mencari Cinta
Saujana
"Dan orang yang beriman luar biasa cintanya kepada Allah."
Orang yang hatinya kuat berpaut dengan Allah tidak akan ada lagi ruang di sudut hatinya untuk mencintai yang lain lebih dari Allah sendiri. Andainya dia cinta kepada sesiapa, cintanya itu adalah kerana Allah sama ada kasih kepada saudara, suami, anak atau siapa sahaja.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Seseorang itu tidak akan mencapai darjat iman yang sebenar sehingga Allah dan RasulNya lebih ia kasihi dari segala yang lain."
Di antara bukti kasihnya seseorang terhadap Tuhannya ialah ia sibuk mengambil hatiNya. Ia merasakan lazat beribadah kepadaNya. Dalam masa yang sama, ia amat ghairah untuk bermunajat kepada Allah.
Apabila malam merangkak
suasana mula suram dan gelap
hamparan dibentang dan kasur ditegakkan
Setiap kekasih akan menyendiri bersama kekasihnya.
Golongan hambaKu akan menegakkan lutut mereka beribadah kepada Ku.
Wajah mereka mencecah bumi kerana sujud beribadah.
Curahan kata hormat ditujukan kepadaKu.
Mereka sentiasa memuji-muji Aku terhadap nikmat yang Aku kurniakan.
Waktu malam mereka menghabiskan masa dengan sedu dan tangisan penuh rintihan penyesalan dan pengaduan.
Mereka sibuk berdiri dan duduk, ruku' dan sujud.
Segala kesukaran yang ditanggung oleh mereka kerana Aku akan sentiasa menjadi perhatianKu.
Aku tidak jemu mendengar pernyataan kasih mereka kepadaKu.
Ganjaran yang paling utama akan Ku berikan kepada mereka.
"Katakan lah : "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq."
Al-Taubah : 24
Ya Allah, aku memohon kasih sayangMu. Aku memohon kasih sayang orang yang menyayangiMu. Aku memohon kecenderungan mengerjakan perbuatan yang mendekatkan aku pada kasih-sayangMu.
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment