Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
"Dia lah Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Mengetahui Yang Ghaib dan yang Nyata, Dia lah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dialah Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Maha raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang menjaga keamanan, Yang maha perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang memiliki segala Keagungan, maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dia lah Allah yang menciptakan, Yang mengadakan, Yang membentuk Rupa, Dia memiliki nama-nama Indah. Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepadaNya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha bijaksana."
Al-Hasyr : 22-24
Semusim yang baru.
Baru buat ku. Sudah sebulan lebih aku melalui semusim yang baru. Semusim yang baru yang membahagiakan aku walau pun hakikat semusim yang berlalu sangat merisaukan aku untuk melalui semusim yang baru ini.
Semusim yang baru,
bukan mudah untuk ku. Namun, Allah telah memudahkan untuk ku. Semusim yang baru. Andai di hulurkan kepada sesiapa, mungkin tidak ada siapa ingin menerimanya, namun aku menerima semusim yang baru ini dengan penuh perasaan keredhaan padaMu. Mana mungkin aku menolaknya andainya ini lah semusim yang baru yang Engkau hadiahkan buatku.
Semusim yang baru,
yang penuh liku-liku, yang pasti aku harus lalui. Semusim yang baru bersamaMu, bersama-sama teman-teman ku yang juga ingin bersamaMu. Alhamdulillah.
Semusim yang baru,
tidak lah se ngeri bayangan ku ketika aku masih Semusim yang berlalu. Kerana Engkau bersama ku. Engkau berikan aku kekuatan untuk mengharungi liku-liku semusim yang baru. Engkau menyelesaikan setiap kecil besar masalah ku. Engkau bisikkan kata-kata semangat di setiap denyut jantung aku, hinggakan setiap lena ku, aku merasakan kedamaian, terjaga daripada lena, engkau hulurkan semangat perjuangan. Tidak ada apa yang aku lakukan melainkan cukup sekadar melalui perjalanan yang ditentu kan Dia dan Dia sentiasa bersama ku.
Semusim yang baru,
Engkau berikan ku pengalaman, untukku lalui semusim yang baru. Kesibukkan di hujung minggu mematangkan aku, menghidupkan aku untuk terus bersama Mu. Engkau ajarkan aku pelbagai ilmu. Hampir seluruh pelusuk negeri ku pergi hanya untukMu.
Semusim yang baru,
seolah-olah aku mungkin tidak dapat di terima umum, itulah janji semusim yang lalu. Namun, KekuasaanNya, ia tidak seperti yang di janji kan semusim yang lalu, aku diterima dan di sayangi, di hargai malah di hormati. Bukan itu yang aku impi kan daripada manusia, namun aku tahu itu adalah hadiah istimewa buatku, hadiah istimewa cukup sekadar aku lalui jalan-jalan semusim yang baru. Indahnya. Pemurah nya wahai Engkau Allah.
Semusim yang baru,
ketika semusim yang berlalu, aku masih sangsi kenapa Dia menghadiahkan buatku semusim yang baru ini, namun kini aku mula memahami dan menghargai semusim yang baru.
Semusim yang baru,
aku pernah kecewa ketika semusim yang berlalu. Rupanya penawarnya di semusim yang baru.
Semusim yang baru,
aku sangat bahagia. Kerana aku bersamaMu.
Semusim yang baru,
aku benar-benar terbuai dengan kasihNya, cintaNya, aku tahu dan aku sedar Dia sangat menyayangi ku, juga hamba-hambaNya, cuma aku masih lagi bertatih memberikan seluruh cinta dan kehidupanku hanya untuk Dia, namun aku tetap bersyukur aku pernah merasai perasaan cinta padaNya, walau pun mungkin seketika, tapi aku akan terus berusaha, mencari cintaNya.
Semusim yang baru,
engkau hadir benar-benar menakutkan aku. Tapi hari ini aku sangat gembira melaluinya, aku bahagia melaluinya dan semusim yang baru ini akan aku terus lalui kerana Mu.
Semusim yang baru,
walau pun kejayaan pada kaca mata kehidupan, bukan milikku, namun pada ku, aku sangat berjaya. Berjaya mengharungi jalan-jalan ini. Masih ku ingat bisikan kata-kata istimewa dariNya buatku. Lembut sekali, pujukkan untuk supaya aku teruskan perjuangan dan kerana Dia aku masih di sini, di jalan perjuangan ini. Aku tahu, Dia ingin aku terus berada di situ, tidak berputus asa. Dan di saat aku menanti keputusan kejayaan atau kekalahan dalam realiti mata manusia, Dia bisikkan di telinga ku akan perasaan berserah aku kepadaNya. Dia tanya aku, sedihkah andai Dia berikan kekalahan kepada ku?? Dia tanya aku, apakah tujuan aku berjuang di ketika itu??? Lalu ku jawab untukNya, aku tidak pernah sedih andainya inilah ketentuanNya, aku tidak kecewa kalah menang ku, yang penting bagi ku Dia di sisi ku. Aku hanya lakukan hanya untukNya, kerana bagi ku Dia meletakkan satu arahan ini untuk ku lalui jalan perjuangan ini. Namun, kerana kasihnya padaku, Dia bimbang andainya aku kecewa dengan kekalahan, lalu Dia katakan padaku tentang bebanan yang mungkin aku perlu lalui, yang mungkin aku tidak mampu, yang mungkin aku tidak terdaya. Dia katakan kepada ku, jalan Dia bukan satu, kekalahan di situ, bukan bermaksud tidak berjuang, Dia nyatakan kepada ku, jalan kekalahan ini lah jalan kemenangan dan jalan perjuangan ku. Ya Allah, aku tidak pernah kecewa dengan ketentuanMu, hanya yang ku pinta, aku sentiasa bersama-samaMu, dan Engkau sentiasa bersama-sama ku.
Sungguh,
semusim yang baru benar-benar mematangkan aku. Aku kini sedikit berbeza. Mungkin tetap sama di pandangan manusia, tetapi berbeza pada pandangan ku sendiri...haha..merepek plak..
Namun, Tuhan, aku benar-benar bahagia Semusim yang baru ini. Aku di hujani kegembiraan kerana Mu.. Dan aku tetap bersedia menanti hari-hari mendatang, hari-hari aku pasti akan di uji olehMu lagi. Kerana hukum Mu, setiap kegembiraan yang datang, pasti di susuri dengan kedukaan, namun kemudiannya di hiasi dengan kegembiraan semula.. :) . Ape yang aku harapkan, sama ada suka atau pun duka, Engkau tetap bersama ku dan aku tetap bersamaMu..
Wallahua'lam..
"Ya Tuhan kami,, rahmat dan ilmu yang ada padaMu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikut jalan agama Mu dan peliharalah mereka dari azab neraka."
Ghafir : 7
p/s : Terima kasih sahabat-sahabat dan teman-teman yang bersama-sama ku dalam semusim yang baru ini..Kalau nak di listkan nama, xcukup page kot..huhu..Kalau inginkan sesuatu balasan dari aku, aku tak dapat bagi apa-apa yang istimewa pun. Apa yang aku doakan, moga Allah balas jasa kalian sebaik-baik hadiah istimewa dari DIA..
0 comments:
Post a Comment