• Hmm...

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


    "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku." 
    Az-Zariyaat : 56  

    Entry ini main-main je.. xbce pun xpe.. haha


    Sudah agak lama rasanya saya tidak menulis di sini. Rindu pun ada. Terpaksa menyepi seketika, memberi laluan kepada keadaan yang lebih memerlukan. Seminggu peperiksaan baru sahaja berlalu. Peperiksaan kertas teori  telah pun habis. Masih ada 4 hari lagi untuk perjuangan kali ini. Perjuangan ini bukan sia-sia. Bukan hanya sekadar main-main. Saya membawa nama Islam dalam perjuangan ini. Perjuangan saya bukanlah hanya sandiwara dan ikut-ikutan. Saya ingin menghasilkan sebuah perjuangan dan kesungguhan. Sebuah kesungguhan yang boleh membawa kejayaan.

    Menumpu sepenuh perhatian pada perjuangan kali ini benar-benar seolah membawa saya ke medan peperangan sebenar. Moga Allah memberi kejayaan kepada umat-umat Islam.

    Dalam masa 2 minggu lagi, saya bakal meneruskan satu lagi perjuangan, membina satu lagi perjuangan yang memang telah lama saya impikan. Meneruskan pengajian dalam bidang syariah di Universiti Malaya. Perjuangan memerlukan pengorbanan. 

    Rindu pada keluarga di rumah. Adik saya bakal meneruskan pengajian di matrikulasi Penang, niat di hati ingin sekali bertemu dia sebelum dia ke sana. Namun setelah mencongak-congak dalam kepala, dengan aktiviti selepas exam ni, kesibukan menyiapkan elective project untuk reseach presentation tahun depan, menjadi penggerak utama gempur kali ini, meneruskan pengajian dalam bidang syariah, nak melawat mak sedara kat Perak, tidak termasuk kalau Allah uji saya untuk sambung belajar lagi untuk exam kali ke 2 tahun 4, keputusannya cam saya tak tahu nak balik bila. Namun dalam kepala da mencongak-congak nak balik bla, tambahan plak kakak saya akan kawen bulan 6 nati. Mesti kene balik. 

    Apa-apa pun dengan adanya mak macam mak saya yang sangat memahami, alhamdulillah, semua berjalan lancar. Saya da inform awal-awal yang saya ada banyak keje nak di settlekan, tidak dapat pulang awal. Namun kalau ikut perasaan, saya nak balik. Saya nak bina perjuangan kat umah plak. Da lama xsembang dengan abang saya. Da tak seakrab dulu. Tah ape citer la abang saya sekarang.

    Akhir-akhir ni, terfikir pula tentang usaha-usaha membina generasi. Walaupun memang sedang menyediakan diri, tapi masih tidak sampai tahap bersedia lagi. Masih banyak yang perlu di pelajari. Tapi bagus juga, at least saya lebih serius menyediakan diri. Dalam hati memang da berkira-kira nak pegi forum "Di Jalan Dakwah Aku Bernikah" tapi tertunda plak. Tapi bagus juga, saya pun cam tak betul je dua tiga hari ni. Da jadi manusia 'pelik'.

    Saya juga masih meneruskan sebuah perjuangan untuk meraih ketenangan yang banyak di bantu oleh K ilan. hehe. Tapi akhir-akhir ini banyak tergendala. Insya Allah, saya boleh istiqomah. Sebab kehendak sendiri, mesti kene bersungguh-sungguh.

    Entry kali ni banyak crite pasal sendiri, sebenarnye nak wat post yang serius tapi kepala macam da ter 'block', macam da tak leh fikir benda lain kecuali exam. Sebab exam tak abis lagi.

    Pesan untuk diri

    Bila engkau memandang semuanya dari tuhanmu
    Yang menciptakan segalanya
    Yang menimpakan ujian
    Yang menjadikan sakit hatimu
    Yang membuat keinginanmu terhalang
    Serta menyusahakan hidupmu
    pasti akan damailah hatimu 

    Kerana masakan Allah sengaja mentaqdirkan segalanya
    Untuk sesuatu yang sia-sia
    Bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu
    retaknya hatimu
    Tapi itulah yang dia mahu
    Kerana Dia tahu
    Hati yang sebeginilah yang lebih lunak
    Mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya...

    Wallahua'lam.

    "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwa lah kepada Allah dan bersama-samlah kamu dengan orang-orang yang benar."
    At-Taubat : 119 

6 comments:

  1. SLM

    kaifa hal?belajar syariah?mantap2..alhamdulillh..buatlah yang terbaek..jgn lupa keluarga di kampung..meluangkan ms bersama org yang makbul doanya amatlah penting iaitu mak n ayah kita..rasa bahagia sungguh..alhamdulillah..moga nikmat ini sempat kita hargai selagi masa ada..ramai yang persia nikmat ini..termasuk saya..terlampau sibuk tentang diri,sampaikan hati mak dan ayah menangis kerinduan melihat wajah anak mereka..apapon buatla yang terbaek untuk semua..iz sokong semuanya..=p

    kuatkan semangat sekuat iman di hati..

  2. Wslm..
    Alhamdulillah, masih di beri kekuatan oleh Allah..
    Syukran izz. Insya Allah akak blk, bln 6 ni kot kalau ikutkan perancangan..

    Kalau ikutkan perasaan rindu, abis je exam, nk je blk, tp memikirkan tntg bnyk perkara, masa y ade perlu dibahagikan dan di gunakn sebaiknye..

    Akak pun da mntk kebenaran mak ayah.. Cume akak sndiri rase, akak da bnyk abaikan tggungjwb akak pd mak ayah..

    Hmm, bagus jgk izz ingtkan akak, at least lps ni akak kene fikir cara y trbaik untk jd ank y lbh brtanggungjwb pd mak ayah walau pun duk jauh dr mrk.. :)

  3. Anonymous said...

    salam..melihat semangat kakak saye nie..terbangun rasenye..huhu

    selamat meneruskan perjuangan=)

    bittaufiq wannajah

    bintunmansor

  4. salam farihah..
    selamat meneruskan prjuangan jga..

    Semangat pd akak jge sering kali pudar sekali dugaan dtg..Kdg2 DIA beri kekuatan untk akk terus trsenyum menerima dugaan. Kadang2, tersungkur jge..

    Jarang skali mslh, akk kongsi dengan org lain, kecuali DIA. Kalau akk kongsi pun, bla mslh da settle, sekadar brkongsi dgn kwn2 untk pngjaran..Mgkn sbb itu org anggp akak xbnyk mslh kot..

    Semangat itu akan hadir bla kamu bercerita denganNYA, krn DIA sgt memahami dirimu..

  5. salam zira...
    moga tabah dalam perjuangan... antara perkara yang paling Allah suka bila DIA memberi ujian berbentuk nikmat, ataupun kesulitan ialah kesabaran kita dalam menghadapi ujian tu... every single thing yg terjadi dan yg kita pilih tu semuanya atas kehendak DIA dan doronganNYA...
    bgs sbb zira ada kekuatan mcm nie...
    walaupun jauh dari mak n kampung, tanya2 lah khabar insan yg setia menanti kite kt kampung (mak) k... bittaufiq wannajah :-)

  6. Salam az-zahidah
    sykran ats nsht2 dan peringatan y bergune..

    "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras (untuk urusan y lain), dan hanya kepada Tuhanmu engkau berharap."

    Asy-syarh : 5-8