Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
"Sesungguhnya, Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
As-Saff : 4
Alhamdulillah, exam profesional baru je abis hari ni, tapi hati masih tidak tenang, menanti keputusan Viva voice. Esok, viva akan bermula, alhamdulillah, saya tidak termasuk salah seorang yang diwajibkan untuk menghadirkan diri untuk viva voice 2 subjek esok. 3 subjek lagi dalam penantian. Risau. Setelah sudah usaha, saya serahkan segalanya pada Allah.
Rindu akan buku Sirah dan Riwayat Nabi s.a.w karangan Abu Mazaya Al-Hafiz setebal 1150 muka surat. Sampai sekarang, saya masih belum dapat mengkhatamkan buku ini. Alhamdulillah, hari ni berpeluang untuk menyambung kembali pembacaan buku ini yang tergendala.
Meneliti dan menjiwai Perang Khaibar, terserlah kekuatan dan kesungguhan tentera-tentera Islam dan kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w.
Khaibar adalah sempena sebuah dataran yang subur sekitar 160 km di utara Madinah. Wilayah yang mewah, kaya dengan tanam-tanaman, rakyatnya yang pandai bercucuk tanam, menggunakan senjata dan pakar tentang prinsip peperangan. Ia adalah merupakan tempat tinggal Kaum Yahudi Madinah iaitu suku Bani Qainuqa' dan Bani Nazir yang telah dihalau daripada Madinah disebabkan pengkhianatan dan permusuhan mereka terhadap umat Islam di Madinah. Golongan Yahudi di Khaibar ini juga telah menghasut seluruh suku Arab untuk menghancurkan Negara Islam.
Nabi Muhammad s.a.w mara menuju ke Khaibar dengan 1600 orang pejuang-pejuang Islam termasuk 200 pasukan berkuda. 7 benteng Khaibar yang sangat gah, masing-masing memiliki nama-nama tersendiri iaitu Na'im, Qamus, Katibah, Nastat, Syiq, Watih dan Sulaim.
Bagi memastikan keselamatan setiap benteng-benteng ini, orang-orang Yahudi telah mendirikan sebuah menara. Menara dan benteng dibina bagi membolehkan penghuninya dapat mengawasi wilayah di luarnya dan menyerang musuh dengan panah. Penghuninya seramai 20 000 termasuk tentera-tenteranya seramai 2000 yang gagah berani, lengkap dengan senjata dan mewah dengan makanan. Dindingnya yang benar-benar kukuh tidak mungkin di tebuk atau dirobohkan. Sesiapa yang mendekatinya akan cedera dan mati tertimpa batu. Benteng-benteng ini merupakan pertahanan Yahudi yang kuat.
Untuk menghadapi musuh-musuh yang mempunyai pertahanan yang cukup kuat, tentera muslimin harus memanfaatkan dengan sepenuh tenaga dan kemahiran serta menguasai taktik-taktik peperangan. Mereka mula merancang untuk menguasai posisi-posisi penting dalam perang iaitu menguasai jalan dan gerbang. Taktik mula diatur. Mujahid muslimin melaksanakan rancangan penuh kerahsiaan dan rancangan ini dilakukan pada waktu malam untuk mengelakkan tentera Yahudi dapat mengesan pergerakan tentera muslimin. Dengan izin Allah, perancangan yang teratur dan penuh berstrategi dapat menutup mata pengawas yang menjaga menara benteng. Pengawas yang mengawasi menara benteng-benteng tidak menyedari kehadiran tentera muslimin.
Pada keesokkan harinya, orang Yahudi yang ingin berkebun keluar dari benteng dan mendapati tentera-tentera muslimin telah menguasai jalan utama lalu mereka berlari menutup dan mengunci gerbang-gerbang benteng dan mengadakan mesyuarat tergempar. Mereka mula membahagikan wanita-wanita dan anak-anak di satu benteng, dan stor makanan dipindahkan, Mereka keluar mempertahankan diri dengan menggunakan batu dan panah. Selama 10 hari, kaum muslimin tidak dapat menakluki 1 benteng pun.
Pada mulanya, tempat yang dipilih oleh tentera-tentera Islam sebagai markas kurang baik dari segi ketenteraan.Tentera yahudi dapat mengintai markas tentera Islam dengan mudah. Lalu Hubab bin Munzir, seorang tentera Islam yang berpengalaman mengutarakan pendapatnya kepada baginda s.a.w.
"Jika tuan berkhemah di sini di atas firman Allah s.w.t, saya tidak membantah sekalipun kerana perintah Allah mengatasi segala pendapat dan ikhtiar kita. Tetapi jika ini masalah biasa di mana tentera boleh menyampaikan pendapatnya, saya wajib menyatakan tempat ini terbuka dan terdedah kepada musuh dan dekat dengan benteng. Kerana di sini tidak ada bangunan dan pohon-pohon, para pemanah dari benteng dengan mudah dapat memanah markas tentera kita."
Prinsip Islam yang sangat penting iaitu mesyuarat dan menghormati pendapat orang lain. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda..
"Bila kamu ada cadangan tempat yang lebih baik, akan saya pindahkan khemah kita ke sana."
Lalu Hubab mengesyorkan tempat di belakang pohon tamar lalu markas kemudiannya dipindahkan ke sana.
Dengan kegigihan dan pengorbanan, benteng pertama Khaibar iaitu benteng Na'im dapat ditakluki. Penaklukan dibayar dengan syahidnya Mahmud bin Maslahah bin Al-Anshari dan 50 orang tentera Islam cedera. Mahmud bin Maslahah Al-Anshari syahid apabila terkena lontaran batu-batu dari atas kepala.
Setelah menakluki benteng Na'im, dewan perang memutuskan untuk menyerang benteng Qamus. Pemimpinnya adalah Ibn Abi Al-Haqiq. Benteng ini akhirnya jatuh ke tangan umat Islam termasuk Safiyah, puteri Hay bin Akhtab di mana kelak Safiyah merupakan isteri Rasulullah. Penaklukan kedua benteng telah menguatkan moral dan semangat orang Islam dan ketakutan mula dilanda oleh orang-orang Yahudi. Namun kaum muslimin menghadapi keterbatasan makanan sehingga mereka harus memakan daging yang makruh. Benteng yang penuh dengan sumber makanan masih belum jatuh ke tangan orang-orang Islam.
Ketika kaum muslimin menghadapi kelaparan dan kebuluran, muncul di hadapan Nabi s.a.w seorang lelaki berkulit hitam, bekerja sebagai pengembala Yahudi dan meminta Rasulullah untuk mengajarnya Islam. Mendengar kata-kata Rasulullah yang lembut dan berkesan, akhirnya pemuda itu memeluk Islam sambil berkata :
"Semua biri-biri ini di amanahkan kepada saya (oleh orang Yahudi). Apa yang harus saya lakukan sekarang setelah hubungan saya dengan mereka telah terputus?"
Nabi s.a.w bersabda dengan jelas di hadapan ratusan tenteranya yang lapar :
"Dalam agama ku, mengkhianati amanah merupakan salah satu kejahatan yang besar. Kamu harus membawa seluruh biri-biri ke gerbang benteng dan menyerahkan kepada pemiliknya."
Mulianya Rasulullah, berlaku jujur dalam semua keadaan.
Lalu pemuda itu menurut perintah Nabi s.a.w, bergabung tenaga bersama-sama tentera-tentera muslimin.
Selama pengepungan, biri-biri itu bebas bergerak sepanjang hari dan tidak ada seorang pun tentera muslimin yang terfikir untuk menangkap ternakan itu, mereka telah berlaku lurus dan jujur di bawah ajaran mulia pemimpin mereka. Namun, pada suatu hari, Nabi s.a.w membenarkan mereka menangkap 2 ekor biri-biri kerana mereka tidak dapat menahan kelaparan. Lalu kemudiaannya Rasulullah berdoa kepada Allah,
"Ya Allah, Biarlah tentera Islam menakluki benteng tempat penyimpanan makanan."
Setelah benteng kedua ditakluki, mereka mengalih perhatian kepada benteng Watih dan Sulaim. Serangan tentera muslimin dilawan dengan gigih oleh kaum Yahudi. Akhirnya, Nabi s.a.w memerintahkan Ali bin Abi Thalib untuk mengetuai peperangan itu. Nabi s.a.w mengingatkan Ali untuk menyeru pemimpin-pemimpin Yahudi yang memimpin benteng-benteng untuk memeluk Islam. Apabila mereka menolak, serulah mereka untuk meletakkan senjata dan hidup bebas di bawah perlindungan Islam dengan membayar jizyah, jika mereka menolak, maka perangi lah mereka.
Benteng-benteng Watih dan Sulaim yang gagal ditakluki oleh beberapa pemimpin sebelum ini memberi tamparan hebat kepada Ali dan tentera-tentera Islam untuk menaklukinya.
Lalu Ali bin Abi Thalib mengenakan baju perang dan menyelitkan pedangnya, Zu Al-Fikar pada pinggangnya. Kemudian, beliau mendekati benteng dengan keberanian sebagai seorang pejuang di medan perang lalu memacakkan panji Islam di benteng. Gerbang Khaibar di buka, tentera-tentera Yahudi pun keluar. Harith, merupakan tentera Yahudi yang pertama keluar, dengan suara pekikan yang mengerikan sehinggakan tentera-tentera Islam yang berada di belakang Ali berundur. Ali dengan penuh keberanian akhirnya dapat membunuh Harith.
Marhab iaitu saudara Harith, maju ke arah Ali untuk membalas kematian saudaranya, dengan lengkap bersenjata. Ia mengenakan baju besi buatan Yaman dan memakai topi yang dibuat daripada batu khusus yang ditutupi dengan topi besi. Bunyi desingan pedang dan tombak dari 2 pejuang yang menakjubkan dan amat menakutkan. Akhirnya pedang tajam pahlawan Islam menetak kepala Marhab dan sekaligus membelah perisai, topi besi, topi batu dan kepalanya sampai ke gigi. Tentera Yahudi akhirnya melarikan diri ke benteng gerbang. Dengan kegigihan tentera-tentera Islam untuk terus berjuang, mereka terus mengejar dan bertempur sehingga akhirnya benteng itu ditakluki oleh Orang Islam.
Begitu lah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsi dengan pembaca-pembaca. Kisah peperangan di zaman Rasulullah yang sangat perit dan getir untuk menaikkan agama Islam, mengekalkan kemurniaan negara Islam yang tertubuh di kota Madinah Al-Munawarrah. Penulisan ini hanyalah sebahagian yang sangat kecil sahaja yang dapat saya simpulkan hasil daripada pembacaan saya. Strategi-strategi peperangan di atur. Kekuatan dan kelemahan musuh diintai dan digunakan sebaik-baiknye. Sukarnye untuk menterjemahkan strategi-strategi peperangan di zaman Rasulullah untuk di aplikasikan dalam medan peperangan di masa kini. Moga Allah memberi petunjuk dan jalan untuk saya gegarkan gempur kali ini, strategi yang bergaya, kekuatan muslimin muslimat yang padu mesti di gunakan.
"Mengapa kamu tidak memerangi orang-orang yang melanggar sumpah (janjinya), dan telah merencanakan untuk mengusir Rasul, dan mereka yang pertama memerangi kamu? Apakah kamu takut kepada mereka, padahal Allah lah yang lebih berhak kamu takuti, jika kamu orang-orang yang beriman."
At-Taubah : 13
Wallahua'lam
p/s : sekadar menaikkan semangat untuk meneruskan medan gempur yang tertunda seketika memberi laluan dalam jihad akademik.Moga saya dan sahabat-sahabat tidak putus asa dan terus bersemangat untuk merangka dan menjayakan gempur kali ini.
salam zira. ait, kesian kucing tu...hehe
peristiwa perang khaibar ni memang sgt banyak pengajarannya yang boleh di aplikasikan dalam kehidupan berorganisasi...sgt suka artikel ni sbb mengingatkan kte pd sejarah2 islam :)
keep it up dan selamat menghabiskan pembacaan, kemudian boleh kongsi disini
wslm..hehe, tp kucing tu xkene tembak lg..stylo la kucing..pndai menggayekan aksi..haha
Insya Allah, masih sedang manghabiskan buku2 ni..Moga cuti yang ade ini dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat..