Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
"Tidak ada tuhan selain Dia, Dia yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Tuhanmu dan tuhan nenek moyangmu."
Ad-Dukhan
Tanda-tanda kematian mengikut ulama'adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambaNya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakiNya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepadaAllah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Artikel ini saya ambil daripada blog kawan saya. Saya tidak pasti kesahihan artikel ini sebab saya tak jumpa siapa yang meriwayatkan hadis ini. Andai sahabat-sahabat tahu, tolong inform saya ye.
Saya telah membaca artikel ni sudah lama, ingat-ingat lupa tentang tanda-tandanya. Apa yang saya ingat adalah bahagian pusat akan terasa berdenyut-denyut, tetapi saya tidak dapat mengingati itu tanda-tanda ajal pada hari yang ke berapa.
Sahabat, mungkin saya akan pergi dahulu berbanding kamu semua. Saya dapat merasakan tanda-tanda ajal ini sejak akhir-akhir ini. Apa yang saya rasa sekarang adalah saya di stage tanda-tanda ajal pada hari ke 40. Bila difikirkan kembali, sejak akhir-akhir ini, saya memang merasa getaran pada badan saya, hatta ketika menulis artikel "Maaf" pun saya rasa getaran itu. Saya hanya merasa getaran, saya dapat rasa ada sesuatu yang akan berlaku, tetapi saya tidak ingat tentang kematian lagi ketika itu sebab seperti yang saya cakap tadi saya da baca artikel ni da lama, tak ingat semua tanda-tanda kematian.
Semalam saya tak dapat tidur, saya takut mengingatkan kematian, hatta untuk membuka kembali lembaran artikel ni saya tidak berani, bimbang andai betul tanda-tanda ini. Pagi ini, saya kuatkan juga untuk kembali membaca artikel ni, dan saya dapati tanda-tanda ini wujud pada saya. Ya Allah, hanya Engkau Yang Mengetahui ajal ku, andainya benar tanda-tanda ini wujud, aku sangat takut.
Sahabat dan teman
Saya sangat takut menghadapi kematian ini. Saya sangat takut menhadapi sakaratulmaut. Saya sangat takut menghadapi alam kubur. Saya sangat takut menghadapi perbicaraan di padang mahsyar kelak. Adakah kamu mengerti perasaan saya sekarang???
Sahabat dan teman,
Apabila kematian saya tiba, tolong doakan untuk saya ya. Doakan saya dimudahkan menghadapi sakaratulmaut, dijauhkan dari seksa kubur dan dimudahkan ketika perbicaraan di padang mahsyar nanti. Tolong sedekahkan bacaan-bacaan ayat suci al-Quran buat saya, moga-moga Allah perkenankan sedekah kamu semua dan dapat membantu saya di alam kubur nanti.
Sahabat dan teman,
Saya minta maaf atas segala silap dan salah saya sepanjang berkenalan dengan kamu semua, andainya masih terluka dengan saya, tolong bagi tahu saya ya. Kepada sesiapa yang saya masih berhutang harta, wang dan kebendaan yang belum saya lunaskan, inform saya, moga-moga saya boleh lunaskan terlebih dahulu sebelum kematian saya.
Sahabat dan teman.
Saya punya banyak impian buat keluarga saya sebab saya sangat sayangkan keluarga saya. Moga-moga saya dan mereka menjadi hamba-hamba Allah yang soleh dan solehah. Esok saya akan pulang ke Terengganu, bercuti lebih lama di kampung. Apa yang perlu saya maklumkan kepada keluarga saya ye.
Sahabat dan teman.
Jangan lupa doakan saya ye. Saya sangat takut sekarang. Cuba membaiki semua kelemahan terutamanya dalam ibadah. Sempatkah saya?? Masihkah Allah terima taubat saya?? Kawan-kawan, andai kamu mengerti perasaan saya sekarang, saya sangat takut. Saya pernah merasa, umur saya tidak panjang. Akhir-akhir ni saya selalu demam on and off. Sejak exam hari tu. 3 hari demam. 3 hari baik. Lepas tu demam balik.
Kalau saya dah mati nanti, blog ni akan sunyi la. Maafkan saya ye kawan-kawan. Moga kita semua bertemu di syurga Allah kelak.
" Kemudian setelah itu , sungguh kamu pasti mati. Kemudian sungguh kamu akan dibangkitkan dari kuburmu pada hari kiamat."
Al-Mu'minun : 15-16
Wallahua'lam
p/s : kawan-kawan jangan lupa tau. Kalau tahu sumber artikel ni, tolong inform saya ye.
slm.kak...
rs sayu baca..n takut..
sungguh..saya pun takut akan kematian..
bukan krn cintakan dunia semata,tapi sebab saya rs masih byk tggjwb belum dilunaskan..
betapa saya berharap dapat membalas jasa emak ayah..
dapat berbakti sepenuhnya,menjaga mereka..
lebih2 lagi..saya anak sulung,adik masih kecil..justeru sering saya berdoa dipanjangkan usia agar saya dapat terus membantu emak ayah..
akak..saya nak tulis komen ni pun rasa takut..
kematian mmg di tanganNya..
namun...
sungguh saya tak dapat mengelak rasa berdebar akan perkataan ajal itu kadangkala bila mana mendengar ada kematian yang berlaku..
sekadar berkongsi rasa..
apapun..kita doakan yang terbaik bersama ya kak..insyaAllah
Wslm incik..
Syukran..doakan yang terbaik untk kte semua..
Gementar dan sgt takut sbnrnye..
Harungi dgn baik, jaga ibadah sesempurna mgkn, moga Allah masih menerima ibadah ku..
Dari Aisyah radhiyallahu ’anha beliau berkata: Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:“Lakukanlah amal sesuai kesanggupan. Karena sesungguhnya Allah ta’aala tidak akan bosan sehingga engkau menjadi bosan. Dan sesungguhnya amal yang paling Allah ta’aala sukai ialah yang terus-menerus dikerjakan walaupun sedikit. Dan bila ia beramal ia beramal dengan teguh pendirian.” (HR Abu Dawud 1161)
~zira, smg kte trus berusaha beramal & istiqaamh dalam amaln pada waktu yang masih dipinjamknNya..insyaallah~
syukran anony..
insya Allah..
cara penulisan kate2 ini seolah2 ku kenal..sy sgt hargai kate2 shbt..
Buat shbt2 y lain y xkomen kat sini tetapi lbh senang ber ym dgn sy membicarakan soal ini, syukran sgt2 dgn kata2 dan semangat korg semua dan jgn terlalu sedih dgn artikel ini..Same2 lah kite menyediakan diri..Apa yang pasti adlah kematian itu tetap akan hadir walau mungkin cepat, walau mungkin lambat..