• Kenal, Sayang Dan Bimbing

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


    "Wahai orang-orang yg beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkn kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yg diperintahkan."

    (At-Tahrim : 6)

    Tajuk entry ini adalah tema gempur pada sesi lepas. Sekadar mengambil kata-kata tema ini untuk muhasabah diri. Entry ini saya ingin sekali membincangkan sejauh mana kita mengenali insan, menyayangi insan dan membimbing mereka. Tajuk ini menarik perhatian saya untuk membawa isu yang lebih tepat iaitu berdakwah kepada keluarga. Isu ini benar-benar mengisi segala ruang fikiran saya sejak sebulan dua ini memandangkan saya juga mengalaminya dalam masa yang sama, dipersoalkan dengan soalan ini.
    ................................................................................................................................
    * ( ) = Dalam hati

    Situasi 1 : Lepas usrah

    xxxx : Kak, saya rase sedih..
    Saya : Knape plak..

    xxxx : Akak, keluarga akak mesti baik2 cam akak jgak kan.
    Saya : Ai, knp plak.. Akak bkn baik sgt pun.. Haha..Keluarga akak pun biase2 je..

    xxxx : Akak, sy sedih. Segan sbnrnye nak ckp. Akk tahu kn, sy ade sorang abang, sy agk rapat dengan dia. Bagi sy, dia baik je. Bru2 ni sy blk umah, adik sy citer, dia rase abg sy tu kdg2 xsmayang. Bila dia ckp camtu, kami same2 la jugak perhati. Sy pun syak ade wktu2 dia xsmayang. Kak, sy sgt sedih.. Ape patut sy bt???
    Saya : =) (erk, Allah, perunding bicara lg aku..haha)


    Situasi 2 : Lepas meeting, terpandang gambar dkt laptop sorang budak ni.

    saya : Gambar sape tuh!!! Awek ea.. Cun bangat..haha
    yyyy : =) . Xla kak, ni kakak sy. Mmg cun pun, ramai peminat.. Dah lawa..(muke kaku cam duit seposen)

    saya : Ooo, hmm, cantik..(Awat la muka seposen je)
    yyyy : Kan best kalau sy ade kakak mcm akak, tudung labuh, sopan je.. Hehe

    saya : Ai, kakak sndr da ade, nk sy jd kakak awk plak. Tp sy mmg da jd kakak pd ramai org pun..Haha..Alah, tudung labuh xsemestinye baik.(merujuk pd sy, bkn org lain).Tudung biase2 pun kalau masih tutup aurat ok what.
    yyyy : Tu kalau tudung biase akak, kalau tudung simpang siur, kdg2 free hair je, tu pe citer kak.

    saya : Ops, adoi, hmm, ni nk masuk topic ape plak nih..hehe
    yyyy : Akk nk tahu, kakak sy tu cantik, tp sedih gk la, sy tgk dia keluar g mane2 tudung da la kecik, simpang siur plak, baju kecik, ketat plak tu. Dia pun slalu gak tak pakai tudung keluar umah. Akk, hati prmpuan kn lembut, tp knp susah btul nak ubah dia. Bukan sy xpenah tgur..

    saya : (Allah, erk, aurat, tegur, haih, mcm mane)...

    Situasi 3: Tengah jalan2.

    zzzz : Zira mmg cam ni dr dulu???
    saya : Mcm ni?? Mcm Mane??

    zzzz : Ye la, mmg dr dulu ke zira pakai tudung labuh.
    saya : Erk, ooo. Hehe, xla. Dulu tak pun.

    zzzz : Zira skolah agama???
    saya : Xpun, ai, bnyk soalan plak, nape ni?? Best kn sape2 skolah agama. Awat la dulu zira xmasuk skolah agama. Haih.

    zzzz : Saje tny..hehe, ambik Arab x?? Zira tau kn kite skolah agama dlu.. hehe
    saya : Ambik, PMR, tp da xingt pa pe da. Nyesal sungguh..hehe..Tau2, beruntung sungguh..haha

    zzzz: skolah agama xsemestinye beruntung zira, xsemestinye baik, tgk la kite, bkn baik pun. Kite ni degil tau zira. Abah kite ustaz kat surau. Mak kite pun tudung labuh. Mak abah kite slalu suh kite pakai elok2 sikit, pakai tudung labuh, tp kite xnak. Blk slalu kene bebel di mak ayah. Hahaha.

    saya : Lorr, bgus nye mak bapak camtu..hehe, nape xikut je ckp mak ayah. Xske ea pakai tudung labuh??
    zzzz : Kite ske je tgk org pakai, tp kite xske pakai, xtahu knp..Rimas kot..Entah la, xdapat hidayah lg..hehe
    ...............................................................................................................................
    Situasi yang berbeza namun pada pendapat saya ia merupakan masalah yang sama. Entry kali ini saya ingin sekali mengajak kita semua berfikir bagaimana cara untuk berdakwah di kalangan ahli keluarga.

    Dalam berusaha mengatasi masalah ini, saya sertakan beberapa penyelesaian hasil daripada perkongsian daripada penulisan sahabat-sahabat.
    ...............................................................................................................................
    kredit to >>>  mutiara baserah.. =) (sebahagian drpd penulisannya - cara penulisan sedikit berbeza setelah di alter, isinya tetap sama)

    Saya juga bertanya soalan yang sama kepada beberapa sahabat. Benarkah sukar berdakwah kepada keluarga sendiri berbanding orang lain dan apakah cara terbaik untuk berdakwah kepada keluarga sendiri??

    Salah seorang dari sahabat saya itu menjawab, “depends pada family kita. Tapi bagi ana, ana lebih suka guna pendekatan dakwah bil hal. Dakwah secara fizikal, akhlaq, peribadi dan lain-lain. Kurangkan penggunaan dakwah bil lisan. Macam pengalaman sendiri, …….. And it’s took time.

    Yang penting, jangan lupa doa. Any changes took times. Ingat doa Nabi pada penduduk Thaif, mereka tak beriman pada zaman Nabi, tapi selepas kewafatan baginda, mereka jadi pendokong utama Islam. Dakwah perlukan 3 perkara ini untuk berjaya, 1-sabar, 2-sabar, 3-sabar (Ali- Imran : 200). Ni benda yang seringkali pendakwah lupa, and mereka selalu sangat-sangat nak tengok keputusan dalam masa yang singkat.”

    Seorang lagi sahabat saya pula menjawab, “untuk soalan tu, ada banyak cara dakwah, tapi paling berkesan adalah cara qudwah hasanah. Cuma pamerkan akhlak paling baik tanpa perlu beri kata/nasihat apa-apa lagi pada mad’u. proses ini memang ambil masa lama sedikit tapi amat-amat berkesan. Kalau untuk ahli keluarga ana nampak ada satu lagi unsur iaitu kasih sayang tanpa syarat kepada ahli keluarga yang didakwah walau dia benci/tolak nasihat kita. Kerana sayangnya kita pada dia akan menyebabkan dia menerima dakwah kita akhirnya.
    ...............................................................................................................................
    kredit to >>> sabahan muslim.. =) (sebahagian drpd penulisannya - cara penulisan sedikit berbeza setelah di alter, isinya tetap sama)

    "Alhamdulillah bagus la tu. Enta balik cuti ni jangan RTM (Rehat,Tidur,Makan) ja. Manfaatkan cuti ni untuk dakwah keluarga enta. Cuma, ada la cara-cara nak berdakwah dengan family ni. Kena masuk perlahan-perlahan dan secara indirect. Bukan la terus bersemangat, tiba-tiba ajak ke tahajjud contohnya..hehe.." Ana beri sedikit perkongsian berdasarkan ilmu dan pengalaman.

    "Owh, betul gak. Keluarga ana ni bukan jenis yang dekat sangat dengan islam. Macam abang ana tu pun tidak solat. Solat jumaat pun tidak. Ana dulu pun teruk juga akh. Tapi Alhamdulillah masih terjaga solat. Tapi abang ana entahlah. Ana sejak ditarbiyyah ni baru ana sedar banyak perkara. Ana sedih la bila terkenang keluarga ana. "Mad'u ana mula meluahkan dengan nada sedih.

    "Biasalah tu akh, sepanjang ana dalam tarbiyyah, ana dah banyak dengar masalah macam ni. Ramai ja ikhwah kita berasal dari keluarga yang agak jauh dari islam. Ada ikhwah kita ibubapa dia pun tidak solat. Tapi inilah tugas kita bagi yang dah mula ditarbiyyah. Untuk kita sebarkan tarbiyyah dalam lingkungan kita. Abang enta apa masalah dia sebenarnya?" Ana cuba mengorek lagi akar daripada permasalahan abangnya untuk mengkaji punca utama masalah tersebut.

    "Abang ana ni, dulu waktu sekolah darjah, dia lah paling baik antara kami. Abang sulung kan. Dia la yang selalu jaga solat dan baca Quran. Akademik pun ok. Tapi waktu dia masuk sekolah menengah terus banyak perubahan. Dia berubah terlalu jauh. Sampai mak dengan bapa pun sakit hati pasal sikap abang. Banyak benda-benda buruk yang dia buat. Tapi abang terlalu baik dengan ana. Dalam keluarga ana, dia la yang paling baik dengan ana. Tapi, walaupun dia baik dengan ana, ana tahu sikap buruk dia kat luar. Tak tau la. Ana sedih juga tengok dia. Ana sayang dia. Ana mau dia berubah..tapi. Ana dah tak tau macam mana lagi mau dakwah dia. Hati dia sudah keras sangat. Ana pun......"

    Mad'u ana tiba-tiba menangis meluahkan ujian yang ditimpanya. Ana turut terkesan atas tangisannya. Tangisan atas dasar tidak mampu untuk mendakwahi abang kesayangannya. Ana teringat surah At- Taubah ayat 92,

    "Dan tidak ada pula dosa orang-orang yang datang kepadamu (Muhammad), agar engkau memberi kenderaan kepada mereka, lalu engkau berkata, "Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu", lalu mereka kembali dengan bercucuran air mata kerana sedih, disebabkan mereka tidak peroleh apa yang mereka infakkan (untuk ikut berperang)."

    Namun hakikat sekarang, ramai yang gembira tatkala tidak dapat turun berjihad di jalan Allah.

    Ana biarkan mad'u ana untuk bertenang seketika. Kereta sudah sampai dihadapan blok asramanya. Tapi dia masih terus mengharapkan sedikit bekalan ilmu dan pendapat untuk membantu dakwah kepada keluarga.

    "Dakwah kepada keluarga bukan suatu yang mudah akhi. Berdakwah dalam lingkungan yang terlalu sering bersama kita. Yang mengetahui sikap ragam kita. Suatu perkara yang perlu dirancang dengan berhikmah. Tapi akhi, ana cadangkan enta sekarang tolong dakwah dari segi akhlak enta. Tunjukkan yang enta ada perubahan dari sebelumnya.

    Dakwah keluarga kita kena menyisip secara halus. Jangan pula tunjukkan perkara yang terlalu drastik. Itu bahkan akan merosakkan lagi dakwah family kita. Sampai-sampai rumah baca quran kuat-kuat depan TV la, marah adik-adik untuk jaga solat, selalu tidak consider pandangan mak bapa kita. Bukan gitu caranya. Bukan mudah kita mau fahamkan perubahan yang berlaku pada diri kita.

    Enta kena dakwah pelan-pelan. Guna konsep qudwah qabla dakwah. Enta kena tunjukkan yang enta bukan seperti dulu. Sekarang tolong eratkan dahulu hubungan enta dengan keluarga enta. Enta kena selalu call parents, tanya khabar dorang. Balik ni sentiasa bantu dorang. Jangan mau tunggu disuruh. Enta sendiri yang kene offer pada mereka. Siram bunga ka. Cuci kereta ka. Menyapu dan apa-apa kerja di rumah. Mutabaah mesti terus dijaga.

    Kalau dulu selalu bangun jam 11 pagi. Ubah bangun awal-awal. Selepas tahajjud pergi solat subuh di masjid atau surau. Tidak payah paksa dorang ikut sekali dulu. Cukup sekadar kejut sikit-sikit ja sebelum pergi ke masjid. Enta tak payah mau tunjuk terang-terang perubahan enta. Biar amal yang berbicara. Buat ja biasa-biasa di depan dorang. Dorang pasti sedar perubahan enta secara tidak langsung.."

    "InsyaAllah. Ana akan cuba usahakan. Ana memang agak teruk time di rumah akh. Tapi lepas dapat tarbiyyah ni, baru ana sedar banyak perkara. Doakan ana akh. Kalau untuk abang ana pula macam mana?"

    "Hurm, bahaya juga abang enta ni. Sampai solat jumaat pun dia tinggalkan. Untuk dia ni. sama juga enta tidak boleh secara direct tau. Kena dakwah dia secara indirect. Contohnya, enta kan rapat ngan dia. Time enta bersembang atau bersama dia tu, setiap kali masuk waktu solat enta cuba minta izin dengan dia, enta cakap ja. "sekejap ya bang, ada hal kejap." Tdak payah dulu secara direct. Biar amal berbicara. Akhlak yang berdakwah. Ana yakin dia pasti tahu enta ke mana time tu, cuma kita biar saja dulu buat dia selesa dengan kita. Buat secara perlahan la akhi..insya Allah lama-lama nanti sifat ego dia hilang sendiri, sebab kalau mau terus cakap suruh dia pergi solat belum masanya lagi, pelan-pelan kita tarbiyyah hati dia, boleh insyaAllah.."

    "Betul gak akhi. Sebelum ni masa ana di MRSM, ana ada juga dengar tazkirah di sana. Ada gak rasa perlu sebarkan islam pada abang ana. Sampai hari tu ana ada marah dia untuk pergi solat. tapi dia bahkan ego dan melawan. Dia cakap dah cukup alim la tu. Dan macam-macam la. Ana pun dahla background buruk.. Dia lagi abang sulung. Memang susah la akh.."

    Enta kena banyak bersabar, banyakkan berdoa pada Yang Berkuasa DIA yang mampu membolak-balikkan hati manusia. Yang penting enta dah usaha yang termampu. Janganlah harap mau tuai dah padi yang baru semalam kita tanam. Dalam bilik enta letak artikel-artikel mengenai solat. Jangan pula sengaja lekat di depan pintu dia, sekali lagi. Buat secara indirect. InsyaAllah, Enta boleh punya..ok?"
    ...............................................................................................................................

    Sahabat-sahabiah sekalian

    Tidak semua daripada kita beruntung di lahirkan dalam sebuah keluarga soleh, sebuah keluarga yang mempunyai kefahaman yang utuh mengenai Islam. Namun, jangan menganggap kamu merupakan golongan yang rugi kerana Allah sedang memberi mu peluang untuk meraih pahala berganda, mendidik diri dan keluarga ke arah mentaatiNya.

    Ramai di kalangan kita yang aktif berdakwah di kalangan masyarakat. Ramai juga di kalangan kita berkobar-kobar ingin membina rumah tangga muslim yang berbekalkan ilmu dan amal, berlumba-lumba menjadi lelaki soleh dan wanita solehah. Kedua-duanya tidak salah malah ia suatu tuntutan yang wajib di laksanakan. Namun, jangan di abaikan tanggungjawab kita kepada keluarga kita, mereka juga menagih untuk bersama-sama kalian di syurga kelak. Kata 'sayang' pada keluarga, tapi sejauh mana aplikasi sayang yang kita berikan dan tunaikan. Adakah cukup sayang dalam erti kata keduniaan.

    Membina sebuah generasi baru mungkin lebih mudah di mana lelaki soleh dan wanita solehah di satukan dan kedua-duanya membawa matlamat yang sama ingin menjadikan sebuah rumah tangga muslim yang diredhai Allah. Lalu mereka berusaha mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dalam masa yang sama mendidik anak-anak mereka mengikut acuan Islam. Begitu juga mendidik adik-adik yang masih kecil adalah lebih mudah bagi insan-insan yang berkefahaman Islam dan beramal dengan nya.

    Tetapi mendidik dan mentarbiyyah ibu bapa atau, adik yang telah besar, atau kakak dan abang bukanlah suatu yang mudah untuk di lakukan, dan bukan mengambil waktu yang singkat untuk melihat perubahan. Didikan secara lembut, sayang dan berhemah sangat penting memandangkan hati kita dan hatinya sudah sedia terikat dengan perasaan kasih dan faham yang mendalam sejak dulu lagi. Selain itu, sabar sangat penting. Jangan di harapkan perubahan yang mendadak, perubahan dalam masa sehari, atau seminggu. Konsisten dan berterusan dalam mendidik dan tidak mengabaikannya juga penting, jangan mudah putus asa.

    Doa adalah senjata orang mukmin. Doa sangat penting kerana Allah lah yang berkuasa memberi petunjuk dan hidayah kepada hamba-hambaNya, manusia hanya lah berusaha, tidak berkuasa langsung dalam merubah seseorang manusia. Maka, rendahkanlah suaramu, abdikanlah dirimu, kerna kita hambaNya yang lemah, kita tidak mampu untuk melakukan sebarang perubahan melainkan kehendak DIA merubah sesuatu.

    Gunakan cara-cara di atas secara berpadu, bukan hanya mengambil satu. Moga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

    -Moga menjadi peransang untuk diri dalam mendidik diri dan keluarga, bukan meletakkan diri sebagai insan yang baik, bukan meletakkan ahli keluarga sebagai keluarga yang bermasalah dan tidak berkesedaran Islam, tetapi kami bersama-sama saling menasihati untuk menuju dan mencapai kesempurnaan iman-

    “Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.
    Aal-Ashr : 2-3

    Wallahua'lam

4 comments:

  1. nak jadi baik said...

    :)

  2. jom jadi baik..
    hehe =)

    Sape la insan 'nak jd baik' ni..

  3. Anonymous said...

    insyaAllah:)sama2 jadi baik..

    Ukht' Al-Faqirah~

  4. Insya Allah.. Ameen

    =)